Quote:
Taman Negara
Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/1939 dan dikenali sebagai King George V National Park. Selepas kemerdekaan, ia telah dinamakan semula sebagai Taman Negara. Dianggarkan berusia 130 juta tahun dengan keluasan 4,343 km persegi, Taman Negara merupakan Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu Gunung Tahan setinggi 2,187 meter terdapat di sini.
Taman Negara merupakan satu cantuman tiga buah kawasan perlindungan iaitu Taman Negara Pahang, Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu. Setiap Taman Negara mempunyai perundangannya sendiri tetapi serupa dari segi peruntukan perundangannya. Perundangan yang berkaitan dengan penubuhan Taman negara ini adalah Enakmen Taman Negara (Pahang) No. 2 Tahun 1939 untuk negeri Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No. 14 Tahun 1938 untuk negeri Kelantan dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No. 6 Tahun 1939 untuk negeri Terengganu.
Taman Negara Terengganu
Dengan kawasan seluas 853 km persegi, Taman Negera Terengganu merupakan yang terkecil di antara ke tiga-tiga kawasan Taman Negara. Ia terbentuk daripada kawasan berair (water bodies), kawasan batu kapor serta pergunungan yang diliputi oleh hutan semula jadi. Antara kemuncak tertinggi yang terdapat di dalam Taman ini termasuklah Gunung Gagau, Gunung Mandi Angin, Gunung Sembilu dan Gunung Gemuk. Sistem saliran Taman Negara Terengganu pula terdiri daripada sungai-sungai seperti Sungai Chincin, Sungai Chendana, Sungai Mentong, Sungai Pertang dan Sungai Terengganu. Sebahagian daripada Taman Negara ini berada di dalam kawasan Tasik Kenyir.
Biodiversiti Taman Negara Terengganu pula adalah sebagaimana komposisi fauna dan flora hutan-hutan tanah pamah, tanah tinggi dan hutan montane sabagaimana Taman Negara Pahang dan Kelantan. Pusat pentadbirannya pula terletak di Kuala Terengganu di mana operasinya ditadbir oleh Pengarah PERHILITAN Negeri Terengganu dan dibantu oleh Timbalan Penguasa Taman Negara yang berpusat di Tanjung Mentong. Ia juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara Terengganu.
Masuk Taman Negara Tanpa Permit = HARAM
Memancing Tanpa Permit = HARAM
Bermalam Tanpa Permit = HARAM
Membuang Sampah = HARAM
Menjala = HARAM
Memukat = HARAM
Memburu = HARAMMEMBALAK = HALAL

Di harap pada kawan pemancing & pecinta alam dapat tulis komen/aduan/apa saja pada:
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
http://nrepelanggan.nre.gov.my/Pages/Aduan.aspxJabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
http://www.forestry.gov.my//index.php?option=com_artforms&formid=1&Itemid=196PERHILITAN (Yang Bertanggungjawab MENJAGA Taman Negara tapi tak buat kerja)
http://perhilitan.wildlife.gov.my/maklum/maklumbalas.htm