Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Secara RingkasKonsep Tagal yang menjadi amalan sesetengah kaum di sabah khususnya dari kaum kadazan-dusun, yang menjadikan sungai-sungai berdekatan kampung mereka sebagai tempat pemuliharaan atau dengan erti kata lain sebagai sanctuary bermusim dimana hasil akan dituai pada musim perayaan pesta menuai yang disambut pada 30-31hb mei pada setiap tahun. Pada masa tu semua penduduk kampung bergotong-royong menangkap & boleh dikatakan macam pesta menangkap ikan beramai-ramai la senang cerita...
Ok pada akhir musim tuaian, sungai pun kosong dengan tidak berpenghuni lagi, jadi penduduk kg. sekali lagi bergotong royong membuka penghadang sungai (empangan batu sungai) untuk membenarkan benih-benih ikan dari hulu sungai masuk kedalam kawasan Tagal, dimana kawasan tersebut juga adalah sungai cuma ia dihadang antara hulu & hilir (senang cakap Tagal Territory la).
Selepas benih baru masuk, penghadang hulu akan ditutup & dibiarkan selama setahun, dalam tempoh ini ikan tidak boleh lagi kemana pun...kan dah kena Tagal..

...jadi kesempatan ini diambil oleh penduduk kampung menjadikan kawasan Tagal ini sebagai produk argo pelancongan berkonsepkan sanctuary ..
perghhh!!! alang bagusnya kalau ada ditempat kita disemenanjung...kan!!....
antara spesis ikan yang terdapat..dalam sistem tagal ni....tak lain tak bukan pelian (kelah), sebarau, kejor, lampam & macam2 lagi la yg kawan tak pasti jenisnye.....senang cerita..datang sabah singgah sg. moroli dekat dgn ladang sabah tea sana tu...
Tagal ni pun ada jugak peraturannya seperti berikut:-
1) Tidak boleh bising (sebab takut ikan lari atau stress ikan tu)
2) Tidak boleh tangkap diluar musim tuai (kena denda seberat2nya..jgn main2)
3) Makanan dari luar tidak dibenarkan sama sekali (takut ikan diet tak sama...)
4) Jangan pegang & angkat ikan untuk bergambar (dalam air je dibenarkan ..kot2 ikan lemas kurang O2)
5) Patuhi peraturan lawatan tertakluk pada terma & syarat ( masuk kena bayar beb...syarat2 tu dlm tiket tu dah dinyatakan).
TAGAL SG. MOROLI, RANAU SABAH 















Kesimpulannya: anda yang tentukan..fikir-fikirkan lah ye...yang penting jaga alam sekitar tanggungjawab bersama...cheers..
