Kepala air nie aku dah tengok beberapa kali. Sekali tengok kat Sempeneh, Batu Kurau Perak dan 3 kali kat Bukit Larut, Taiping.
Biasanya kepada air berlaku kat hulu sungai susulan dari kejadian hujan lebat.
Bila hujan lebat, air hujan tidak sempat menyerap ke dalam tanah kerana tanah dah tepu dengan air.
Air hujan yg berlebihan ini akan terus mengalir masuk ke sungai.
Disebabkan kebanyakan kawasan hulu adalah berbukit, maka aliran air darat masuk ke sungai adalah lebih laju dan sungai cepat penuh.
Maka jumlah air yang banyak ini akan meluru ke hilir sungai dalam bentuk Kepala Air.
(rasa macam ahli Geologis plak aku..)

Keadaan kemungkinan terjadi kepala air:
- sungai kawasan hulu
- berlaku hujan lebat di hulu sungai tersebut
- tiba-tiba terdapat banyak daun-daun mati dan ranting halus dalam aliran air sungai yg biasanya bersih.
- air sungai bertukar menjadi keruh
- bunyi deruan air turun dari belah atas sungai (macam air jeram/ air terjun)
Bila ada tanda2 ini kita kena segera keluar dari air dan naik ke tebing sungai.
Tak lama kemudian kepala air akan sampai, dengan segala muatannya..sampah, batang kayu, balak dll.
Sebab itu lah jika kita nak berkhemah di tepi sungai, pilih kawasan tinggi, jangan berkhemah di atas 'pantai' sungai kerana kawasan itu mungkin akan tenggelam jika berlaku hujan dibelah hulu sungai.
Sekian sikit pengalaman 5sen aku.
