It is currently Thu May 23, 2013 4:29 am

All times are UTC + 8 hours




 Page 1 of 1 [ 6 posts ] 
Author Message
 Post subject: SUNGAI DI ASIA TERANCAM DENGAN PENCEMARAN
PostPosted: Mon Mar 31, 2008 4:57 pm 
Alu-alu
Alu-alu
User avatar

Joined: Thu Mar 22, 2007 5:44 pm
Posts: 531
Location: Gombak
GENEVA: Lima batang sungai utama di Asia yang menanggung punca kehidupan kira-kira 870 juta penduduknya, kini diancam pelbagai masalah serius akibat pembinaan empangan tidak terancang, kemerosotan air bersih, sisa kumbahan serta pemanasan suhu bumi, lapor Dana Hidupan Semula Jadi Sedunia (WWF), Selasa lalu.

Sungai Yangtze, Salween-Nu, Indus, Ganges dan Mekong-Lancang kini dalam perhatian rapi WWF dan diletakkan dalam senarai 10 sungai utama yang perlu diberi keutamaan selepas mendapati ia menjadi mangsa salah urus sekian lama.

Di benua lain, Sungai Rio Grande/Rio Bravo dan La Plata (Latin Amerika), Sungai Danube (Eropah), Sungai Nil-Tasik Victoria (Afrika) dan Sungai Murray-Darling (Australia) turut berdepan masalah serupa.

“Hampir setiap orang mendiami kawasan lembangan sungai dan ini bererti setiap orang juga harus menjadi penyumbang menangani masalah pada sungai berkenaan bagi menghalang ia daripada menjadi malapetaka kepada alam sekitar seluruhnya,’’ kata Pengarah Progam Air Bersih WWF, Jamie Pittock.

Menurutnya, semua sungai utama berkenaan berdepan pelbagai masalah yang saling berkaitan dengan polisi pentadbiran dan memerlukan pendekatan realistik bagi mengatasinya dalam tempoh terdekat.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan dibanyak negara mula sedar kesan pemanasan suhu bumi mungkin menyebabkan kemarau, lalu mereka merancang membina lebih banyak empangan untuk menyimpan bekalan air bagi rakyat tanpa disedari ia sebenarnya ‘mematikan’ lebih banyak anak sungai dan mencetuskan masalah ekologikal berganda selepas itu.

“Banyak juga kerajaan memberi fokus untuk membina empangan dengan tujuan menjana keperluan tenaga elektrik tetapi di sebalik pembinaan itu, lebih banyak sungai akan mati bersama hidupan di dalamnya,’’ kata Pittock.

Laporan WWF itu juga menyebut masalah pencemaran sebagai penyumbang utama kerosakan sungai sambil merujuk kepada lembangan Sungai Yangtze, China, yang sudah menjadi lokasi industri berat dan empangan sejak berdekad lalu dan kini dipenuhi dengan pelbagai jenis lapisan sedimen daripada kerja tebus guna tanah untuk pembangunan di sekitarnya.

Manakala Sungai Mekong berdepan masalah kepupusan hidupan akuatik akibat tangkapan ikan berlebihan. Sungai Salween, La Plata dan lembangan Danube juga berdepan masalah serupa tetapi berpunca daripada empangan.

Begitupun Pittock memuji Kerajaan China yang cepat sedar untuk menangani masalah berkenaan.

“China sebenarnya berdepan masalah besar, tapi mereka juga mempunyai sumber yang banyak untuk mengatasinya. Kerajaan China sangat aktif mendapatkan pandangan pakar antarabangsa. Mereka belum bertindak. Polisi yang mereka ada menjanjikan potensi untuk melakukan yang terbaik selepas ini,’’ katanya.

WWF juga memberi amaran mengenai krisis lebih teruk jika sungai dan persekitarannya dipandang remeh oleh pentadbir utiliti awam, misalnya, sesebuah negara bakal berdepan kekurangan sumber air minuman domestik, penularan penyakit dan penurunan standard nutrisi penduduknya.

“Di kebanyakan negara, orang ramai tidak pernah mengambil kisah masalah itu. Sebenarnya ia amat kritikal jika membabitkan manusia,’’ katanya.

Image


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Mon Mar 31, 2008 10:05 pm 
Firdz...terima kasih dengan info2 yang berguna di atas..keep it coming, bro! :D


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 01, 2008 3:08 pm 
Alu-alu
Alu-alu
User avatar

Joined: Thu Mar 22, 2007 5:44 pm
Posts: 531
Location: Gombak
sama2 kasih... :P :P

kadang2 bile pikir balik, aku pon sama gak..
gi mancing, isap rokok buang puntung sana sini...
sesuka ati je...

tp semenjak ada g mancing dgn sorang otai ni..
die bnyk menyedarkan aku tentang tabiat buruk kite...
pas makan,sepahkan aje, sampah buang je mcm tu..
plastik2 matakail, tali2 pancing kite, kite biarkanje mcm tu..
langsung xde inisiatif nk kutip balik..
bukan smph org lain.. smph kite..

smp die kata lg, if we want to judge someone's manner, look at his own attitude..
mule2 x paham ape la yg pakcik tu ckp..
pas tu die terangkan yg attitude di sini adalah sikap kite sewaktu memancing

kadang2 tgk pertandingan mancing..
sampah 3 kali ganda dari orang yg datang..
cmane kita nk pupuk kesedaran tentang benda ni?

isu ni memang xkan selesai smp bile2..
aku ambik contoh mcm kat china..
sungai yangtze die..
kalau kat bandar, air die dah hitam..
mula2 ingat longkang, tp bile tanya kat guide kat situ, rupanye tu la sungai yg satu masa dulu diorang banggakan..


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re:
PostPosted: Fri Feb 06, 2009 11:21 am 
Tenggiri
Tenggiri

Joined: Sat Mar 29, 2008 1:31 pm
Posts: 2812
Location: Tg Malim
dgr cte sg area penang pun antra sg paling tercemar kat asia tenggarakan.jd kita amik iktibar klu sume sg dh tercemar mana tempat kita nak cr ikan freshwater lg.


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Re:
PostPosted: Thu Mar 12, 2009 11:43 am 
Alu-alu
Alu-alu
User avatar

Joined: Thu Nov 13, 2008 3:35 pm
Posts: 680
Location: bangi, putrajaya, 0199558182
Kepada pemancing2 semua..
Aku cume nk bg pandangan di sini..

Dari pemerhatian aku setelah 25 thn aku lahir di bumi niee..apa yg aku nampak ttg isu ini ialah "sikap tanggujawab dalam diri"..

:talk: :talk:
Tggjawab dlm diri sape? Dalam diri sendiri!! Banyak yg kita duk nampak pencemaran nie berpunca dari penduduk, kedai2 n sebagainya yg berhampiran sungai.. Ade juge yg kite x sedar adalah dari sistem perparitan di negara kite.. Kebanyakan sistem perparitan di negara kite sumenye di salurkan terus ke sungai.. Apa yang berlaku, jika saluran parit tu datangnya dari perumahan, pusat bandar, pasar2, tapak pasar malam dan sebagainyalah yg akan mnjadi punca sebenarnyaa.. Ini adalah sebahagian dari puncanya..

:talk: :talk:
Sebahagian besar lg adalah datangnya dari sikap pemancing2 yg tidak bertanggugjawab.. Bukan sekadar memancing, tetapi membuat sampah di sekitar sungai.. Walaupun sampah tu x dibuang ke dalam sungai, bila air sungai mulai tinggi, maka sampah2 tersebut mulai hanyut..

:talk: :talk:
Oleh yg demikian, aku bercadang create banner atau apa2 jenis makluman/iklan n sebagainya berkenaan kesedaran di dalam diri setiap pemancing. Sebelum kite hebahkan di luar, baik kite hebahkan di dalam forum... Sama ade KPN, MFN, Lubuk.net atau mana2 yg berinfomasikan memancing.. Inisiatif terpulang kepada pihak tuan tanah yg menentukan..

:talk: :talk:
Daripada cara ini, sekurang2nya dapat membantu mengurangkan pencemaran sg2 kite..Tunjukkan dan buktikan kepada masayarakat yang KAKI MANCING NI ADALAH SEBAHAGIAN GOLONGAN YANG CINTAKAN ALAM SEKITAR selain memanfaatkan apa yg dikurniakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi..

Sekian,

Yg baik dari Allah, dn yg kurang sbb aku main hentam jee..hehe ;)


Offline
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
 Page 1 of 1 [ 6 posts ] 



All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to: