|
It is currently Thu May 23, 2013 8:21 am
|
 |
|
 |
|
| Author |
Message |
|
Octopussy
|
Post subject: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Thu Jan 17, 2008 2:02 am |
|
|
Ini adalah salinan dari kiriman Bro Aznir Malek untuk tatapan dan
pembelajaran kita semua!...Enjoy...
PENGENALAN
MENDUGA KELAH: DARI ENDAU KE INDIA
Pengalaman seorang pemancing - oleh Aznir Malek ( 52 tahun )
Memancing sejak kecil
Seorang “angler” yang serius sejak 1984
Pancing kolam / lombong
Pancing sungai hutan sejak 1986: Taman Negara, Pahang
Sg Teliang, Sg Perak, Ulu Sg Selangor, Sg Muar, Sg Endau & Kemapan, Sg Keniam, Sg Tanum, Sg Paka, Sg Lebir, Sg Galas
Tasik Temengor, Bersia, Kenering, Cenderoh, Kenyir, Bera, Cini
Pancing layang (fly fishing) sejak 1995
Menulis sejak 1996
Rod & Line
Pancing
Sirip
Fishing Forays; An Angler’s Travels in Malaysia
VCD: Fishing Malaysia: A Haven Called Endau
VCD: Taming The Giants of Cauvery
Penglibatan dalam PeMM & KAGUM
KELAH PERTAMA!
Sungai Keniam Ogos 1986
500g saja!
Tali 17 lb.
Umpan cacing
Guide: Yaakub (Pak Anjang)
Pengajaran:
Kekuatan dan ketangkasan kelah yang extreme.
Antara spesis ikan endemic yang tercantik.
MEMANCING KELAH SECARA SERIUS…
1996 : Beberapa trip telah di buat ke sungai hutan
Sg. Lebir (Taman Negara Kelantan,, Kuala Koh)
Sg Tanum
Sg Endau
Kuala Kemapan
Akhirnya, kelah kedua ditangkap di Kuala Kemapan
2.0kg. , tali 20 paun, umpan sawit., Sarang Ketam
Setelah 15 hari memancing! 5 trip menjangkau 6 bulan!
Testing tali, mata kail dll.
Pengajaran:
Perlu belajar secara lumat: ikan, habitat, kaedah
Semua kena “tip-top”: peralatan, terminal, pendekatan, lokasi,
umpan, persembahan, pengetahuan habitat, pergerakan kelah, cara melawan ikan.
|
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject:  Posted: Thu Jan 17, 2008 2:04 am |
|
|
|
MENDUGA KELAH: DARI ENDAU KE INDIA
Pengalaman seorang pemancing - oleh Aznir Malek
PETUA ASAS MEMANCING KELAH
:arrow: “UNDANG-UNDANG”
Cari Ikan!
Bila dah jumpa, jangan takutkannya!
Guna umpan yang sesuai.
Fikirkan ‘persembahan’.
Guna peralatan yang sesuai.
Senggara peralatan dengan betul.
Belajar dari kesilapan diri dan orang lain!
:arrow: LOKASI IKAN
Lebih baik ambil masa untuk mencari ikan, berbanding memancing di lubuk yang kosong!
Lokasi ikan:
Lokasi makanan (food lie)
Lokasi keselamatan (security lie)
Lokasi optimum (prime lie)
Selalunya, kelah :arrow: lokasi optimum !
Faktor-faktor mustahak
Keadaan air sungai: jernih/keruh; tinggi/rendah; hujan/panas; musim, aliran arus; topografi dasar sungai (batu/bangkar/daun/pasir)
Pemangsa
Aktiviti manusia : bot, mandi, pemancing
:arrow: BILA DAH JUMPA, JANGAN TAKUTKAN IKAN !
KALAU ANDA BOLEH NAMPAK SANG IKAN, KEMUNGKINAN BESAR IA BOLEH NAMPAK ANDA JUGA.
Mengendap
Sembunyi.
Lokasi rendah (concept 10 darjah).
Pakaian yang sesuai
Tidak terang: hijau / biru pudar, sama dengan keadaan tebing sungai.
Celoreng??
Pergerakan
Membuat casting.
Joran yang berkilau.
|
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject:  Posted: Thu Jan 17, 2008 2:04 am |
|
|
|
MENDUGA KELAH: DARI ENDAU KE INDIA
Pengalaman seorang pemancing - oleh Aznir Malek
PETUA ASAS MEMANCING KELAH
:arrow: UMPAN YANG SESUAI
Umpan utama
umpan yang kelah sedang makan.
Ara, neram, maris, pelir pelanduk, mata lembu, perah
Udang, anak ikan, ketam, cacing
Umpan luaran
Perlu tabur dahulu ( tanam saham )
Ubi kayu, Buah sawit
Umpan eksotik
Epal merah, tomato, chili merah!
Bawang putih?
Perlu di ingat: lain umpan, mungkin lain kaedah memancing!
:arrow: PERSEMBAHAN (PRESENTATION)
BEBERAPA FAKTOR PERLU DIAMBILKIRA:
Keadaan air
Air ‘hitam’: tali seperti Maxima Chameleon
Air hijau: Trilene Big Game hijau, Ironsilk
Air laju: batu ladung berat (No. 5 keatas)
Topografi sungai
Daun di dasar: perambut panjang
Batu tajam: perambut kasar
Kelakuan Kelah
Makan pada tempat tertentu saja ( kedai kopi Sang Kelah )
Makan di arus tengah: pancing hanyut, menggunakan daun
Jenis umpan semulajadi
Bagaimanakah umpan sampai ke ikan? Begitulah cara anda mempersembahkannya.
(neram, buah perah)
:arrow: PERALATAN YANG SESUAI
Mata kail: short-shank suicide hook: Gamakatsu, Daichii, Owner Cutting Point. Saiz 1, 1/0 hingga 3/0
Tali: 10 – 20 lb. Tahan geseran; tidak ‘terang’, tidak berbunyi!
Maxima Chameleon; Sufix 10x; Berkley Trilene Big game (hijau); Excalibur; Berkey XT, Tortue
Tali perambut: Fluorocarbon (Sufix, Vanish) 40lb.; Daiwa Crystal Clear (20 – 30 lb.)
Joran: hujung lentik, pangkal kuat: Team Daiwa 7’; Daiwa Beachcaster 8’; Fenwick HMX 9’, Fenwick Classic Glass; Ryobi Legend
Mesin kekili: Tahan lasak, drag yang licin: Penn Spinfisher; Daiwa BG; Finnor Ahab #8 & #12
Peralatan lain: multitool (Leatherman), lampu picit (kecil & besar), pisau (kecil & besar), tongkat/pancang, topi, semota, ‘Rayban’ (polarising), pengasah mata kail, pemetik api, getah, tarpaulin / poncho nipis, kamera kecil, bateri, kekili kuat (Sampo), ubat,..
Jadi...get the best!!
:arrow: SENGGARA PERALATAN
Mesin kekili: pastikan bersih dan di minyak; drag dan bail-arm roller sempurna
Joran: cincin dibersihkan
Tali: tali baru setiap trip! Periksa keadaan tali bila memancing.
Tali perambut: Periksa tali setiap kali sebelum casting.
Mata kail: pastikan tajam sentiasa.
Ikatan: periksa ikatan selalu.
SEMUA PERALATAN MESTI SENTIASA ‘TIP-TOP’ !
:arrow: BELAJAR DARI KESILAPAN : SENDIRI & ORANG LAIN
Peritnya belajar dari kesilapan sendiri: ikan terlepas, kecederaan dll.
Lagi senang belajar dari orang lain:
Sentiasa buat kawan!..
Hadiri seminar / kursus.
Jadi ahli persatuan / kelab.
Membaca buku / majalah / internet.
“Lain padang, lain belalang!”
Perlu menimba pengetahuan ‘local’.
Selalu berfikir: “Bagaimana boleh saya buat dengan cara yang lebih berkesan?”
|
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject:  Posted: Thu Jan 17, 2008 2:05 am |
|
|
|
MENDUGA KELAH: DARI ENDAU KE INDIA
Pengalaman seorang pemancing - oleh Aznir Malek
:arrow: KELAH DI NEGARA LAIN
NAMA-NAMA KELAH
Malaysia: Kelah, Empurau, Semah Tor tambra (tambroides, deuronensis), Pelian
Luar Negeri: Tor putitora, T. musullah, Lissochilus hexagonolepsis.
Mahseer / mahasir (Big Head): Golden, silver, black, red, copper/ brown (kejor)
Kelah = Kurriah, Kukhiah? Kajra = Kejor?
THAILAND
Thai Mahseer (Tor tambroides)
Beberapa sungai pergunungan utara
Saiz = tidak diketahui
MYANMAR
Kelah gergasi: >70 lb. (32 kg.)
Ulu Sungai Irrawaddy (Ayerwadi), Sungai Chindwin
Umpan: sesudu perak atau tembaga: 2 – 4 inci, fly.
Juga patin dan kenderap gergasi : 50kg
BANGLADESH
Brown mahseer (kejor): 25 lb. (12kg)
PAKISTAN
Kajra (kejor). Tiada maklumat
IRAQ
Golden mahseer: 214 paun (98 kg): Sg Euphrates & Tigris
INDIA
Hampir semua jenis mahseer
Perairan Sg Ganga: Dehra Dun; Tor putitora (greyhound mahseer): 60lb.;
Umpan: sesudu, ‘Rapala’
Perairan Brahmaputra (Arunachal Pradesh): Tor putitora :70 lb
Umpan: sesudu
Perairan Cauvery: Galibore, Bhimeshwari, Dodda Makali, Kabini:
Tor musullah (humpbacked mahseer): golden/silver/black mahseer: 200-lb.
:arrow: REKOD-REKOD PENANGKAPAN KELAH
MALAYSIA: SEMENANJUNG
12 kg. ; Jeram Besu, Sg Lipis, 2001; Zainuddin. Umpan cengkerik
18.0 & 18.5 kg.: Sg Galas (Gua Musang)
25 kg; Sg Paka; (tidak rasmi); umpan sawit
MALAYSIA: TIMUR
Empurau terbesar: 27 kg.
Pancingan?
BURMA
70 lb., Sg Irrawady di Myitkyina, 1936
INDIA
Rekod: 126 lb. (Tor musullah) Van Ingen 1928 di Kabini
Record terkini: 102 lb. Mark Thompson, 1992 di Bhimeshwari;
118 lb 2000 di Galibore
Umpan: “ragi”, “chilwa” (ikan hidup) (500g)
160 lb.: belum dapat ditangkap!
:arrow: INDIA: REKOD PEMANCING MALAYSIA DI CAUVERY
PEMANCING MALAYSIA PERTAMA
34 lb.; Bhimeshwari; Mei 1997; Dr Khor (Mangalore)
TRIP PERTAMA SAYA
92 lb.; Bhimeshwari; Nov 1997; Aznir
88 lb.; Bhimeshwari; Nov 1997; Kwong Choy Kee
TRIP SUSULAN
66 lb.; Kenggal; Dec 2002; Datuk Shahrazi
58 lb.; Kenggal; Dec 2002; Datuk Shahrazi
70 lb.; Balumudhu; Dec 2005; Aznir
:arrow: REKOD SAIZ BAGI SUNGAI-SUNGAI SEMENANJUNG
(Pengetahuan peribadi)
Ulu Muda: Sg Teliang: 3 kg.
Sg Perak: Temengor: 13 kg ; muara sungai
(Kejor: 5 kg., Belum, Hj. Hamdan)
Sg. Bernam: 3 kg.
Sg. Selangor: 3 kg. (Ampang Pecah)
Sg Endau: 10 kg. , Lubuk Batu Gajah
Ulu Endau: 6 kg.; Kuala Kemapan
Sg Tahan: 8.7 kg.; Lubuk Melantai 2.
Sg Tekai: 15 kg.
Sg Paka: 25 kg
Sg Lebir (Kuala Koh): 8.7 kg.; Lubuk Kedah
Sg Tanum: 5 kg.
|
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject:  Posted: Thu Jan 17, 2008 2:30 am |
|
|
MENDUGA KELAH: DARI ENDAU KE INDIA
Pengalaman seorang pemancing - oleh Aznir Malek
MENGAPA MENDUGA KELAH?
“THE ULTIMATE GAMEFISH!”
Kelah adalah antara ikan yang paling susah untuk di pancing.
Perlu menjadi pemburu, bukan saja pemancing:
Mencari: lokasi yang jauh / terpencil.
Mengendap: ikan yang pemalu.
Memikat: ikan yang cerewet.
Melawan: kekuatan serta stamina.
Mendarat: bertarung hingga kesaat akhir.
Ikan yang cantik: merah, emas, biru.
:arrow: PERLUNYA KONSERVASI KELAH
KADAR TUMBESARAN YANG AMAT LAMBAT
Pada 2 tahun pertama; 500g setahun.
Kelah betina hanya matang pada kira-kira 3 kg.
KADAR HIDUP (SURVIVAL RATE)
Lebih kurang 200 ribu telur semusim
Kadar hidup telur/anak?
KEMUSNAHAN HABITAT
Pembalakan : air berselut: kehilangan oksigen & habitat untuk telur.
Pembukaan tanah.
Pencemaran kimia.
PENANGKAPAN TANPA KAWALAN
“Pemancing kommersil”
Harga daging kelah yang tinggi.
Penangkapan anak kelah untuk industry akuarium.
Usaha penetasan kelah belum berjaya (walaupun boleh berjaya)
Kawalan sungai kelah yang longgar.
“To protect the fish now, we need to OPEN the rivers for angling!”
PRINSIP LEPASAN PERIBADI
DAHULU: Saiz: lebih 1.5 kg., kurang 2.5 kg.
Hanya satu ekor disimpan bagi kumpulan pemancing, bagi satu trip.
SEKARANG: lepaskan semua! Hanya sekadar ambil gambar untuk kenangan.
:arrow: PERANAN PEMANCING
- Di merata dunia sekarang, golongan pemancing menjadi “pengawal” bagi stok ikan sungai.
Mereka lah yang tahu menahu akan pergerakan serta kesihatan ikan sungai, dan isu-isu
terkini mengenai ikan dan keadaan pencemaran sungai.
- Tidak cukup sekadar meletakkan undang-undang atau pun ‘warden ikan’.
Konservasi ikan dan perairan memerlukan penglibatan aktif golongan pemancing.
- Pemancing perlu lah memainkan beberapa peranan penting:
Mengamalkan ‘tangkap dan lepas’.
Mengambil rekod tentang tangkapan ikan.
Melapurkan aktiviti yang menjejaskan kesihatan sungai serta ikannya.
-Tolong bersihkan sungai dari sampah dan pencemaran lain.
Mengambil bahagian dalam persatuan, supaya menjadi satu suara yang lantang,
untuk mendorong negara untuk mengambil berat tentang isu-isu ini.
Semoga kita bersama menjaga warisan kita… Sang Kelah yang terhandal!
By Aznir Malek a.k.a Jungle Bum
TERIMA KASIH
__________________________________________________________________________________________________
Diharap artikel ini dapat membantu dan membuka minda kawan2 lain
dalam perihal memancing Kelah dan Konservasinya!.. 
|
|
|
|
|
 |
|
MeorShahriman
|
Post subject:  Posted: Sun Feb 03, 2008 4:17 pm |
| Gelama |
 |
Joined: Mon Sep 03, 2007 11:41 pm Posts: 206 Location: orang SITIAWAN keje KOLUMPO
|
|
Thx bro Octo.. n special thx to En Aznir...
|
|
|
|
 |
|
asam
|
Post subject:  Posted: Mon Feb 04, 2008 8:08 am |
| Bilis |
 |
Joined: Wed Nov 21, 2007 3:48 pm Posts: 20 Location: KL
|
|
terasa seperti aku nie banyak benda yang tak tahu.....terimas bro
|
|
|
|
 |
|
kakaptodak
|
Post subject:  Posted: Tue Feb 05, 2008 9:35 am |
| Tenggiri |
 |
Joined: Fri Mar 02, 2007 11:41 am Posts: 1102 Location: Klang
|
|
Kelah...
Kalau nak di nilai dgn wang ringgit...
Pada aku memang tak ternilai...
Hanya orang yang pernah merasa
Tarikan nya saja yang tau...
Tiada istilah yang boleh digunakan
Untuk mendapatkan nya..
Kecuali dengan Istilah MEMBURU...
Tetapi mesti kita ingat....
Memburu ikan tak sama dgn memburu binatang...
Kelah! Oh! Kelah...
Tahun ni... bila nak memburu kelah ni ye ?????
|
|
|
|
 |
|
gerong_belang
|
Post subject:  Posted: Tue Feb 05, 2008 11:04 am |
| Layaran |
 |
 |
Joined: Tue Oct 10, 2006 11:44 am Posts: 5517 Location: Selangor kekadang Dungun.
|
er... octo.. aku musykil sket....
takder rekod tangkapan kelah kat nenggiri ke?
seba aku pernah bacer... komform. ade satu review kat nenggiri, sekali tu ader sorang pemancing sana dapat induk kelah seberat 33 kilo.
tolong betulkan kalau ade salah yerk... 
_________________ Man GB - 013.350.5153 / gerong_belang@kakipancing.net Rokok ? Gua nak berenti la.. hehe...
|
|
|
|
 |
|
aidil62nd
|
Post subject:  Posted: Tue Jun 17, 2008 6:28 pm |
| Alu-alu |
 |
Joined: Mon Feb 04, 2008 3:11 pm Posts: 723 Location: shah alam
|
|
perghh thanks bro octo..good information...lepas nie aku plak nak jadi macam aznir malek nie...aku nak jadi kan dier idola aku..ermm..
|
|
|
|
 |
|
mhafizahmad
|
Post subject:  Posted: Fri Jul 11, 2008 11:10 am |
| Alu-alu |
 |
 |
Joined: Wed Feb 06, 2008 11:14 am Posts: 577 Location: Seremban To Bukit Jalil
|
|
kengkadang terasa sedih pon ade bace artikel ni.. bukan sedih ape, sebab aku pon nasib mcm orang lain..
dulu kat kampong aku setakat nak mancing keli, haruan beso betis, baung, selambe je, byk port. skang ni, aku nak carik tilapia beso tapak tangan pon dah payah... kengkadang terase sedih gak sebab ramai org kampong aku byk buat aktiviti menjaring... tak kesah nak menjaring, sebab rezeki ni Allah yg bagi, tapi ikan yg saiz kecit tu sume lepaskan le balek, amek sekadar cukup and utk dijual saje udah le. ini idak, abih sume dieorang amek bawak balek.. kalo sume terjual takpe, ni ade yg terbiar lame kat umah pastuh busuk pastuh buang mcm tu je... itu dah membazir.. membazir amalan syaitan..
aku sedih gak sebab byk gewang aku kat dlm box ni tak teruji sebab balek kampong je port dah takde.. aku takut satu ari nanti anak2 kite langsung tak kenal ape itu "IKAN"...
isk.. ni dah sesi meluahkan perasaan ni, hehehe...
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject:  Posted: Fri Jul 11, 2008 10:49 pm |
|
|
Kawan2 semua..
Beginilah senario di Malaysia dan mungkin juga beberapa tempat
lain di luar sana. Kelah atau ikan2 tempatan lain jadi satu buruan
untuk menghasilkan duit dan kepuasan. Bagi yang mahu memancing
dan menghasilkan kepuasan bertarung mungkin adalah satu kenikmatan
yang terhingga hingga sanggup berjalan kaki belasan kilometer.
Dapat seekor untuk makan ( bagi yang tak pernah merasa isi Kelah )
dan lain2 dilepaskan semula. ( atau tak payah makan langsung! )
Ini dikategorikan sebagai pemancing yang ada wawasan dan
menghormati orang lain dan alam semulajadi serta isinya.
Bagi yang memburu untuk 'wang', kategori ini memang dikatakan
menambah kesengsaraan proses menambahbiak, penstokkan semula
atau penjagaan stok sedia ada. Golongan ini lebih rela menangkap
ikan2 tempatan ini dan 'menyediakan istana sempit' untuk ikan2
ini. Akuarium yang 'sekangkang beruk' dijadikan perhiasan utk
tontonan kawan2 dan tetamu dimana ikan2 ini dijadikan satu
kebanggaan yang palsu. Satu kebodohan nyata dimana ikan2 yang
sepatutnya berenang bebas di ruang mega ciptaan Allah SWT, golongan
ini lebih rela mengurung ikan2 ini disangkar kaca. Satu siksaan pada
makhluk lain.
Pernah saya ditawarkan seekor 'silver mahseer' dgn harga RM1,000
seekor - 1kg( hidup ) oleh seorang pengusaha akuarium. Katanya
stok ini mudah didapati dari seorang pembekal di negeri Pahang.
Susah nak cakap kat orang yang tak bermindakan 'penjagaan stok'
ikan. Mereka lebih senang memikirkan 'penjagaan stok poket!'.
Bagi saya, selagi kita sebagai manusia yang tahu mengenal mana
yang baik, mana yang buruk, pasti kita dapat menilai perkara ini
dengan lebih baik. Mudah sahaja, 'selagi tidak ada permintaan, selagi itu tidak ada pemburuan atau penangkapan'. Bilamana tidak ada
pemburuan/penangkapan haram, maka spesis ini pasti tidak akan
mengalami kepupusan ditahap kritikal spt. sekarang.
Tidak dinafikan memang ramai pemancing sekarang telah menyedari
hakikat ini. Terima kasih dan syabas saya ucapkan pada anda semua!.
Harapan kecil saya agar bukan sekadar ikan Kelah sahaja
yang boleh dipancing/lepas semula, malah banyak spesis lain spt.
Tengas, Sebarau, Kejor, Temoleh, Tapah dan banyak spesis lagi yang boleh
menggunakan kaedah ini bagi menjamin stok ikan yang banyak bagi
menampung sukan memancing ini dan secara tidak langsung dapat
juga menampung mereka yang menyandarkan harapan ekonomi
keluarga dengan penangkapan ikan.
Sekian, terima kasih! 
|
|
|
|
|
 |
|
asai
|
Post subject: kelah  Posted: Wed Aug 13, 2008 1:25 am |
| Newbie |
 |
Joined: Sun Jun 01, 2008 10:38 am Posts: 3 Location: Kl,Selangor,Kedah,PP,Banding,Perlis
|
|
usaha pihak kat tenganu bagi ikan kelah berkumpul tu patut di teruskan kat negri lain lak. (tengok maj 3) trkh tak ingat lak... kan bagus kalu ada kat semua tpt kat malaysia ni.........bagus utk warisan generasi akan datang..........saya dah banyak kali masuk kat banding dengan temengor pun baru dapat beberapa ekor ja tu pun kecilx.......tak sanggup nak ambik..............ada umat yang masuk ikut jalan balak pas tu di bantainya karen......abis anak beranak ikan tu
|
|
|
|
 |
|
Belontok
|
Post subject: Re: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Sat Sep 27, 2008 1:49 pm |
| Sembilang |
 |
Joined: Wed Sep 17, 2008 12:39 pm Posts: 65 Location: shah alam..sg siput..kamunting
|
|
mancing kelah best wooo....
|
|
|
|
 |
|
Badong Hunter
|
Post subject: Re: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Tue Oct 28, 2008 11:46 pm |
| Newbie |
 |
Joined: Fri Aug 08, 2008 11:26 am Posts: 4 Location: Shah Alam
|
|
Jadikn lah memancing sebagai hobi,bukan utk mencari rezeki.
|
|
|
|
 |
|
kakaptodak
|
Post subject: Re: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Thu Oct 30, 2008 12:23 pm |
| Tenggiri |
 |
Joined: Fri Mar 02, 2007 11:41 am Posts: 1102 Location: Klang
|
|
Semalam baru jumpa abang Aznir.. Ada record baru ... Seekor kelah Seberat 9 .7 kg telah didaratkan Mengunakan Spoon Ofmer. Di sungai Tembeling berhampiran Dengan jeti Kuala Tahan..
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject: Re: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Thu Apr 02, 2009 8:05 am |
|
|
Assalamualaikum, Agak lama thread ni diam. Dan semalam saya telah berbual panjang dengan Abg. Aznir Malek ( disertai PacuKang, Akek & Akang ) di sebuah coffee house di D'sara. Perbincangan dan perbualan secara ilmiah yang berkaitan dengan Kelah dan proses konservasinya yang meliputi dari pemuliharaan sungai dan spesis yang menghuninya. Berbagai lagi cerita2 dan info yang diperolehi secara terus dari seorang yang dihormati di Malaysia. Dan insyaAllah, seandainya Bro Aznir Malek free dan tidak dibebani urusan2 kerja, beliau akan personally masuk ke KPN dan menulis disini sebagai penulis tamu KPN. Presiden KAGUM ini juga akan membantu kita dari sudut info dan berbagai perkara lain yang berkaitan dengan pemuliharaan dan aktiviti memancing di Malaysia khususnya 'fresh water fishing'. InsyaAllah! * KAGUM - registered! 
|
|
|
|
|
 |
|
heaxa
|
Post subject: Re: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Mon May 31, 2010 9:35 pm |
| Newbie |
 |
Joined: Fri Nov 06, 2009 9:33 pm Posts: 3 Location: dalam hutan
|
|
ader report terbaru untuk sesi 2010...???
|
|
|
|
 |
|
arroyaziz
|
Post subject: Re: KELAH, PEMANCING dan KONSERVASInya oleh Aznir Malek  Posted: Mon Jun 14, 2010 6:45 pm |
| Bilis |
 |
Joined: Thu Oct 15, 2009 4:30 pm Posts: 34 Location: Keyy eLL
|
|
assalammualaikum bang maaf kalau sy bertanye ckit..errmm abg bwak iswara merah yg kat blakang cermin ada tulis pemburu kelah taman negara btul ke...
|
|
|
|
 |
|
|
 |
|
 |
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum
|
|