It is currently Mon May 20, 2013 5:51 am

All times are UTC + 8 hours




 Page 1 of 1 [ 8 posts ] 
Author Message
 Post subject: Puncak Alam
PostPosted: Tue Dec 18, 2007 12:04 pm 
Kemusnahan Flora dan Fauna di Puncak Alam :


Nak berkongsi sedikit tentang kemusnahan yang berlaku di Puncak Alam. Mungkin ada sesetengah daripada kita yang mengangap isu ini sudah lapuk atau basi. Apapun jua tanggapan kita kemusnahan tetap telah terjadi. 10 tahun dulu kawasan ini memang kaya dengan khazah rimbanya. Sehingga wujudnya taman bukit cerakah (pada ketika itu).

Apabila melalui jalan utama di puncak alam menuju ke meru atau ke bt arang, ada masanya teringat kisah lama yang mana dulunya hutan ini ada tempat aku menuntut ilmu memancing dan berburu dengan arwah atuk aku. Ada masanya mod aku yang baik tiba2 bertukar marah apabila melihat pelbagai jenis rumah dari kos rendah hingga yang nilainya mencecah jutaan ringgit tumbuh bagaikan cendawan yang tumbuh pada waktu pagi.

Sebagaimana semua sedia maklum, pada suatu ketika kecoh di media massa tentang kerosakan yang telah terjadi sehinggakan orang no 1 kita turun sendiri melihat kemusnahan yang telah berlaku, banyak syarikat2 yang telah diheret ke mahkamah kerana mengabaikan kebajikan alam sekitar. Walau apapun jua jenis tindakan yang dilakkukan kemusnahan tetap telah berlaku.

Jika diperhatikan dengan teliti, sudah tiada lagi papan tanda menunjukkan gambar tapir disitu. Jika pergi kesungai-sungainya tiada lagi dapat dilihat kocakan sebarau, kelah dan sebagainya. Sungai-sungainya menjadi keroh bak air teh tarik, yang mana dulunya lebih jernih daripada air paip dirumah kita.

Musibah daripada penerokaan hutan secara besar-besaran dan tidak dikawal selia dengan baik telah pun terbentang di depan mata. Kawasan kampung yang dulunya tidak pernah banjir sekarang penduduknya duduk dalam kebimbangan apabila hujan lebat. Kawasan tadahan air (dekat tempat antatuya kena bom) airnya semakin keroh dan berkeladak.

Apabila melihat kemusnahan sebegini kadang2 aku bertanya kepada diri sendiri, apa yang kau telah buat untuk menghalang perkara-perkara sebegini daripada berlaku. Setelah penat berfikir dan bertanya dengan diri sendiri takde satu jawapan pun yang diperolehi, akhirnya baru aku sedar yang rupa-rupanya aku tidak membuat apa2. Jadi saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sakalian agar buatlah sesuatu jika perkara-perkara sebegini berkaku dikawasan anda. Jangan sampai masa, bila kemusnahaan terjadi baru kita hendak bertindak.

Bak perpatah melayu : Mencegah lebih baik daripada mengubati...


  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Thu Oct 30, 2008 3:56 pm 
Sembilang
Sembilang

Joined: Wed Sep 17, 2008 12:39 pm
Posts: 65
Location: shah alam..sg siput..kamunting
biasalah kena berkorban untuk kemajuan


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Sat Jan 31, 2009 2:24 pm 
Bilis
Bilis
User avatar

Joined: Sat Oct 25, 2008 5:25 pm
Posts: 22
Location: taman medan - nilai - sg.besar
masa ni lah kita boleh tengok tenuk,berok,monyet,ular dll merayap depan n blakang rumah dengan senang...bila ade kemalangan yang menyebebkan haiwan2 nih baru lah nak kecoh pasal penerokaan melampau nih..
pastu baru lah agensi tertentu akan buat kerja..sebelum tuh hanya makan gaji buta jer..sedih betullah dengan keaadan macam nih..


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Wed Mar 11, 2009 1:21 am 
Bilis
Bilis

Joined: Thu Feb 19, 2009 8:35 pm
Posts: 19
Location: Tg.Karang,Selangor
cuba Sekalian bayangkan sekiranya kolej diploma cawangan terbesar UiTM Puncak Alam Sudah mula beroperasi,Jumlah penghuni2 di puncak alam pasti akan meningkat ape yang kita lihat skrng ni hutan di puncak alam smakin lama habis di gondolkan...
Jalan Makin sesak, udara di waktu pagi x sesegar udara pagi 3,4 tahun dulu...


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Thu Mar 12, 2009 10:59 am 
Alu-alu
Alu-alu
User avatar

Joined: Thu Nov 13, 2008 3:35 pm
Posts: 680
Location: bangi, putrajaya, 0199558182
kITANG wrote:
cuba Sekalian bayangkan sekiranya kolej diploma cawangan terbesar UiTM Puncak Alam Sudah mula beroperasi,Jumlah penghuni2 di puncak alam pasti akan meningkat ape yang kita lihat skrng ni hutan di puncak alam smakin lama habis di gondolkan...
Jalan Makin sesak, udara di waktu pagi x sesegar udara pagi 3,4 tahun dulu...


Sume itu punca apa yg berlaku dan apa yg slalu kite dengar dan lihat..

tanah runtuh, banjir kilat n sebagainyee..
disebabkan ini juga bumi akan mnjadi semakin tua(sakit).. :geek:


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Thu Mar 12, 2009 8:37 pm 
Bilis
Bilis

Joined: Thu Feb 19, 2009 8:35 pm
Posts: 19
Location: Tg.Karang,Selangor
Betul tu..
Projek perumahan sane-sini,Korek sane timbus sini..
System saliran air tdk diselenggara dngan cermat
hujan sikit air b'takung...
So, ape yg kite leh buat hanyalah tngu&Lihat Segala Kemungkinan Yg mendatang..


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Fri Mar 13, 2009 3:58 pm 
Alu-alu
Alu-alu
User avatar

Joined: Thu Nov 13, 2008 3:35 pm
Posts: 680
Location: bangi, putrajaya, 0199558182
kITANG wrote:
Betul tu..
Projek perumahan sane-sini,Korek sane timbus sini..
System saliran air tdk diselenggara dngan cermat
hujan sikit air b'takung...
So, ape yg kite leh buat hanyalah tngu&Lihat Segala Kemungkinan Yg mendatang..


Jgn tunggu dan lihat saja..nnt kita matii..
Klu nampak tanah nk runtuh lari jauh2..
Klu nampak nak banjir, cari tempat tinggi atau bot..

Baru selamat.. :smoke:


Offline
 Profile  
 
 Post subject: Re: Puncak Alam
PostPosted: Sun Mar 15, 2009 3:29 am 
Bilis
Bilis

Joined: Thu Feb 19, 2009 8:35 pm
Posts: 19
Location: Tg.Karang,Selangor
btul gak tu yer... buat per nak tungu heeeeheee...


Offline
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
 Page 1 of 1 [ 8 posts ] 



All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to: