It is currently Mon May 20, 2013 3:56 pm

All times are UTC + 8 hours




 Page 2 of 2 [ 47 posts ]  Go to page Previous  1, 2
Author Message
 Post subject:
PostPosted: Tue Dec 18, 2007 1:22 pm 
pelesit_desa wrote:
sedikit info: Perdana Menteri kita akan datang ke bangan lalang pada hari minggu ni untuk merasmikan Sepang Gold Cost. Harapan saya adalah selaku orang no 1 negara beliau akan nampak apa yang telah terjadi di bagan lalang kemusnahan ekosistem dan nasib penduduk asal BL.



Ko ada nak buat rusuhan ke demonstrasi kat situ? ISA tu bangg..
hihihhkks.... :lol:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Dec 18, 2007 3:11 pm 
ikutkan hati memang nak buat...tp tak berani... :( so harap2 ada la sapa nak serah bantahan ke...apa2 ke2 hu..hu.. :D


Octopussy wrote:
pelesit_desa wrote:
sedikit info: Perdana Menteri kita akan datang ke bangan lalang pada hari minggu ni untuk merasmikan Sepang Gold Cost. Harapan saya adalah selaku orang no 1 negara beliau akan nampak apa yang telah terjadi di bagan lalang kemusnahan ekosistem dan nasib penduduk asal BL.



Ko ada nak buat rusuhan ke demonstrasi kat situ? ISA tu bangg..
hihihhkks.... :lol:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 19, 2007 11:04 am 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: Mon Jul 02, 2007 8:09 am
Posts: 2040
Location: kuala lumpur
saba abg din...saba..siapalah kita utk mengatasi msalah2 g2.kita hanya layak menjaga.'depa2' tu yg lebih berkuasa.menentukan untung hari ini dr kenang untung utk masa depan. :cry: :cry:


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 11:55 am 
Sekadar renungan


Pada cuti krismas yang aku dan beberapa orang kawan memancing di sungai sepang... disebabkan air terlalu laju bak torpedo kami banyak memancing di kawasan2 yang berhampiran dengan tebing.


Semasa memancing boleh dilihat ada beberapa orang sedang memancing di tebing, siap camping lagi. Aktiviti riadah seperti itu saya rasa amatlah baik. Walau bagaimanapun ada beberapa sikap mereka yang membuatkan aku merasa amat geram sekali. Mereka membuang sampah ke dalam sungai dengan selamba sahaja. Bungkus dalam plastik lepas tu lencun ke dalam sungai, seperti sungai tu satu bekas tong sampah yang besar nak buang apa pun tak kisah.

Di sebabkan tak tahan melihat sikap mereka aku mula bersuara menegur mereka. Aku cakap tak leh nak bawak sampah tu balik ke bang? jangan buang dalam sungai mcm ni x elok. Terkejut aku apabila dia sound aku balik, yang ko bising2 ni sungai ni bapak kau punya ke?

Di sebabkan terlalu hangin dengan ayat tersebut aku mengeluarkan parang lalu ku tunjukkan kan diorang. Ni nampak, kalau ko anak jantan ko tunggu kat situ aku datang.. Sampai di darat dengan nada marah aku bertanya kat mamat ni KAU ULANG SEKALI LAGI APA KAU CAKAP TADI. Disebabkan suara aku yang agak kuat orang di pengkalan keliling situ datang untuk melihat apa yang terjadi.. Nasib baik ada beberapa rakan disitu yang bertindak meleraikan, kalau tak mungking panjang ceritanya.

Disini kita boleh lihat ada segelintir antara kita yang kadang kala terlupa tanggungjawab kita terhadap alam sekitar, dan yang paling sedih lagi apabila kita cuba memperbetulkan tindakan kita tersebut.

Disini aku memohon maaf jika mungkin mereka2 itu merupakan ahli disini kerana sikap panas baran aku itu.

Aku cuma menegur kerana aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang insan...

cheersss..... :D


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 12:49 pm 
Kadang2 mengajar sekor anjing lebih mudah....hmm.. :?


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 1:00 pm 
Kadang2 aku berasa sedih apabila masih ada manusia yang beperangai semedikian. Aku rasa didikan dari awal amat penting, sebab jika didikan tentang menghargai alam sekitar ini diterapkan dari kecil aku rasa lebih ramai manusia akan sedar bertapa pentingnya menjaga amanah ilahi ini.. :)


Octopussy wrote:
Kadang2 mengajar sekor anjing lebih mudah....hmm.. :?


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 3:46 pm 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: Mon Jul 02, 2007 8:09 am
Posts: 2040
Location: kuala lumpur
gua selut lu bro PD.sesuai ngan nick pon.ada bgusnye gak sesekali kita berperangai cam bro PD tadi.bkn utuk bergaduh atau bertekak tp untuk menyedarkan org lain.jgn ada lg golongan yg mengamalkan 'tak pa'.tapi beranikah kita ni bersikap cam bro PD???? :cry: :cry:

bravo...bro PD.....


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Jan 02, 2008 2:43 pm 
Bukan apa bag din, semasa segelintir golongan yang besusah payah menjaga alam sekitar (sanggup berhabis duit/masa/tenaga) bagi memastikan jenerasi akan datang mendapat faedahnya masih ada juga makhluk yang menggelarkan diri mereka manusia membuat sesuka hati mereka... tidakkah mereka boleh berfikir dengan sedikit akal yang telah dianugerahkan??????... :)



dinrias wrote:
Mak aiii... siap nak berparang lagi tu.... aku respek dengan keikhlasan hati ko PD... kalau semua manusia berfikiran seperti ko.. nescaya suatu hari nanti negara kita akan bersih seperti 100 tahun yang lalu... tanpa pencemaran sampah dan sebagainya. Tapi siapalah kita terhegeh hegeh keseorangan tanpa sokongan . Sedangkan orang orang di luar sana langsung tidak menghargainya. :cry:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Jan 02, 2008 2:49 pm 
thx bro realbuntal diatas sokongan.. saya berpendapat bahawa manusia ini ada masanya perlu di didik dengan kekerasan.. bukannya saya ingin membetulkan tidakan saya apa lagi untuk menunjuk yang diri ini berani atau terer... tetapi sedikit usaha yang mampu lakukan supaya alam sekitar kita terpelihara... kalau semua penduduk /pengunjung berperangai sedemikian mcm mana keadaannya sungai kita ini......?? :D


realbuntal wrote:
gua selut lu bro PD.sesuai ngan nick pon.ada bgusnye gak sesekali kita berperangai cam bro PD tadi.bkn utuk bergaduh atau bertekak tp untuk menyedarkan org lain.jgn ada lg golongan yg mengamalkan 'tak pa'.tapi beranikah kita ni bersikap cam bro PD???? :cry: :cry:

bravo...bro PD.....


  
 
 Post subject:
PostPosted: Mon Apr 07, 2008 4:39 pm 
Update story:
Sungai sepang dalam perjuangan:


Fuhh lamanya tak log in kat dalam forum ni.. terlampau banyak komitmen yang perlu di dahulukan sehingga akhir2 ini masa terluang hampir tiada lansung. Cuma nak update sikit pasal perkembangan sungai sepang dengan member2 kpn. Hari ini laporan tentang implikasi alam sekitar dan hidupan marin kerana pembangunan di sepanjang sungai sepang telah berjaya disiapkan.

Mungkin dalam masa terdekat ini kami akan membuat temujanji dengan MB Selangor yang baru dengan satu harapan laporan kajian ini dapat memberikan sedikit input kepada kerajaan selangor agar dapat membuat tindakan susulan yang sepatutnya terhadap pembangunan yang tidak terkawal di sepanjang sungai sepang.

Didalam laporan ini ditunjukkan angka-angka yang telah didapati semasa kajian telah di lakukkan dan bolehlah disimpulkan bahawa tahap kerosakkan yang akan dan telah terjadi di tahap yang boleh dikatakan kritikal. Insyaallah dengan izin tuhan perjuangan kami untuk memastikan sungai sepang terus terpelihara akan menjadi satu kenyataan.

Dan disini saya memohon rakan2 agar dapat mendoakan agar usaha kami yang tidak seberapa ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Laporan tersebut akan saya cuba muatkan disini untuk rujukan rakan2 selepas segala perkara berbangkit diselesaikan. Sekiranya rakan-rakan mempunyai cadangan/ idea yang mahu dikongsi amatlah dihargai. Terima kasih.


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 12:36 am 
Deiii PD....lu mana lama tarak nampak...??...

Harap2 perjuangan korang dgn Sg. Sepang dan persekitarannya
akan membuahkan hasil yang diingini.
Kalau ada apa2 yang ingin KPN dan kawan2 lain tolong2 tu, bagi
aje la tau.... :D


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:08 am 
teramatlah diharapkan....agar generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam sekitar yang berada di tahap terbaik. Inssallah...


Octopussy wrote:
Deiii PD....lu mana lama tarak nampak...??...

Harap2 perjuangan korang dgn Sg. Sepang dan persekitarannya
akan membuahkan hasil yang diingini.
Kalau ada apa2 yang ingin KPN dan kawan2 lain tolong2 tu, bagi
aje la tau.... :D


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:16 am 
Tenggiri
Tenggiri

Joined: Wed Mar 14, 2007 11:18 pm
Posts: 1027
Location: Shah Alam
uikkksss... idup lagi mamat ni..... :twisted:


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:27 am 
Belum sempat lagi nak buat appoitment dengan MB Selangor tentang laporan hari ni ada cadangan kerajaan negeri nak buat pusat ternakan khinzir moden di Sepang. Kos projek dianggarkan dlm lingkungan 100juta. Emmmm.. malam tadi berdebat sakan kita orang tentang perkara ni dan kami mengambil keputusan akan membantah dengan sekeras-kerasnya projek ini.

Aku sendiri sebagai rakyat sepang tidak merasakan projek ini akan dapat menjamin mutu alam sekitar tidak akan terjejas. Kami dah serik dengan perkara ini sungai sepang baru sahaja nak pulih, kehidupan masyarakat terutama beragama islam di kawasan sekitar baru sahaja hendak dipulihkan.

Apakah manusia sudah lupa tentang apa yang telah terjadi dengan sungai sepang satu ketika dulu.. ?? Airnya hitam pekat, penyakit berbahaya JE.. adakah manusia tidak serik2 dengan ini semua??

Kami sepakat akan menggunakan segala saluran yang ada untuk memastikan (mencuba) projek ini tidak dilaksanakan. Saluran politik & undang2 menjadi pilihan kami. Kami juga mungkin akan mengadakan demostrasi secara aman membantah projek ini. Dan rakan-rakan sekalian dijemput untuk bersama-sama membantah projek ini. Tarikh dan tempat akan di beritahu kelak...

Dalam aspek perundangan kami telah berbincang dengan beberapa rakan peguam untuk memohon mahkamah membatalkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan projek ini sehingga satu laporan tentang implikasi alam sekitar dan impak terhadap masyarakat setempat dibuat.

Dan ada diantara rakan2 disini yang mempunyai pandangan atau cadangan amatlah diharapkan. Terima kasih. :)


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:28 am 
amboi bang menyindir nampak..... :P


belue_castpro wrote:
uikkksss... idup lagi mamat ni..... :twisted:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:30 am 
Tenggiri
Tenggiri

Joined: Wed Mar 14, 2007 11:18 pm
Posts: 1027
Location: Shah Alam
ye tak ye yek.... kenapa tak di buat sahaja pusat ternakan ni di
kawasan penempatan yang bukan beragama islam macam kat
penang ker..... lagi pon diorang jugak yang makan menatang ni... :cry:


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:31 am 
Tenggiri
Tenggiri

Joined: Wed Mar 14, 2007 11:18 pm
Posts: 1027
Location: Shah Alam
pelesit_desa wrote:
amboi bang menyindir nampak..... :P


belue_castpro wrote:
uikkksss... idup lagi mamat ni..... :twisted:


bukan nyindir..... lama dah menyepi.... tu kira ayat rindu le tu...muaahh :twisted:


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:34 am 
banyak masaalah berbangkit bro pasal natang ni..

antara masaalahnya :
1. Kalau nak pindahkan kat tempat lain contohnya penang.. kerajaan sana tak bagi. Cth seperti kes kat melaka.
2. Kerajaan negeri selangor bukan nak buat tempat ternakan baru tetapi nak kumpulkan penternak2 yang sedia ada di satu tempat yang mempunyai kemudahan yang berteknologi tinggi (itu kata merekalah)


belue_castpro wrote:
ye tak ye yek.... kenapa tak di buat sahaja pusat ternakan ni di
kawasan penempatan yang bukan beragama islam macam kat
penang ker..... lagi pon diorang jugak yang makan menatang ni... :cry:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:42 am 
itu selepas bermacam-macam komplen dibuat tu bang din. Untuk menghalang projek yang dah jadi amat sukar bang din tapi kita boleh pantau mcm mana diorang buat projek adakah mengikut garis panduan/ syarat-syarat yang telah ditetapkan... cuma bang masuk ke dalam sikit susur sungai kat situ tengok mcm2 pembangunan yang telah dibuat sepanjang sungai ni. Baik di sebelah selangor atau di sebelah N9.


dinrias wrote:
Sabtu lepas aku baru bawak anak bini ke pantai bagan lalang... aku dapat saksikan pembinaan Gold Coast yang dimaksudkan... akan tetapi dari pemerhatian aku tidaklah seteruk yang seperti digambarkan sebelum ini...
Mungkin jarang aku kesana... aku masih boleh try fly kat tepi pantai bahagian ujung sekali...


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 9:50 am 
harap2 mcm tu gak la.. elokla bang din turun sana lihat dengan mata sendiri...baru puas.. hu..hu..hu

dinrias wrote:
Nanti seminggu dua lagi aku mungkin kesana untuk menyusuri sungai tersebut... bukan apa.. cuma untuk menilai sendiri apa yang telah berlaku disana...

Dan mungkin setelah MB baru nie naik akan ada perubahan drastik dari segi perlaksanaan dan penguatkuasaan... W.B.S..


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Apr 08, 2008 10:00 am 
kalau kena masanya kita turun sama2 yekkkkk :D


dinrias wrote:
Kita kena lihat sendiri apa yang berlaku... nanti kalau aku jadi turun aku kontek ko nanti PD...


  
 
 Post subject:
PostPosted: Sun Jun 22, 2008 9:47 pm 
Jenahak
Jenahak
User avatar

Joined: Tue Feb 20, 2007 3:05 pm
Posts: 371
Location: Sungai Petani, Penang
aku antara setuju dengan tak setuju dengan projek 100juta tu..
ada pro dan kontra..projek tu ilham dan lame..bile skang nak start buat baru bunyik macam macam...dulu pejamkan mate je pun...pekakkan telinge...padahal dah berpuluh tahun benda dok jadi..tetibe baru dengar sume melatah...selame ni bagus sangat ke diaorang dok pacak kandang tepi sungai dan buang kumbahan ke sungai tu...kalu betul la sistem baru ni boleh eliminate benda tu ape salahnya...aku bukannya pandai sangat..aku bukan keje engineer pun..tapi aku percaye dalam dunia yang moden sekarang takkan la takde care yang selamat untuk buang sume sisa pepejal n kumbahan tu..kite cakap kite tak makan bende tu..memang la..tapi takkan kita nak halang orang lain makan bende tu..rasional la sket..aku tak sokong mana mana..aku cume secara warasnya menyatakan pendapat aku...kalu nak cakap sape betul sape salah menang 18thn pun takkan habis..kesimpulannya aku setuju dengan projek tu...dari dibiarkan benda benda yang lapuk dan memudaratkan terus berlaku baik ada satu cara untuk mengekang benda dari terus berlaku....kudis lama lama akan melarat kalau tak di sapu ubat..setiap orang akan pertahankan pandangan sendiri..betul tak...yang penting cari jalan yang paling efektif untuk mengurangkan sume punca punca pencemaran yang ada..nak dihilangkan terus...mustahil...memang sume berkait rapat dengan sensitiviti kaum...fikiran kene positif...kalu macam yang bro katakan tu..nape tak letak je penternakkan ni kat kawasan yang 'kaum' tu je ada...memang boleh..contohnye ada...di pulau pinang memang ada..di tasik gelugor..tapi...haaa...ada tapinya...bila tak di urus dengan baik semua sisa sisa kumbahan masuk dalam sungai dan mengalir melalui kampung kampung....kampung sapa..kampung kita jugak..kita tak bela pun..tapi ada lalu kat celah celah kampung...sapa yang salah??..PBT ? Kementerian ? Kerajaan Negeri ? Kerajaan Malaysia ? aku sayang negara malaysia ni..tapi bila ada orang yang muka baik tapi bertopengkan wang ringgit semata mata Kapal tanker lalu depan mata pun buat derk je..macam yang karam singh walia cakap ari tu..
"adakah semua menteri menteri di malaysia ini buta..tak nampakkan orang menarah bukit bukit di cameron highland masa diaorang nak pergi main golf..atau butakah mereka bila TV menunjukkan pencemaran sungai akibat najis 'haiwan2' yang tak sepatutnya...BUTAKAH MEREKA "
kesimpulannya...di negara kita ini yang aman merdeka selagi orang orang atasan buat buat tak nampak (d'orang ni nampak sebenonye..tapi dan tokey golf club bagi lifetime membership terus mate tak nampak) dengan sume masalah ni selagi tu la kita yang berumah di tepi sungai dan memancing kat sungai ni akan menghadapi masalah yang same.tu pandangan peribadi aku je..kalu ada yang tak setuju takpe...tapi memang frust sangat2....
ada orang bagi ilham...nape tak berkayuh je ke tempat keje macam kat holland atau sweden..d'orang boleh..kenape kite tak boleh....memang la boleh..tapi realitinya..negara kita berbahang and humid...berapa ramai yang sanggup buat macam tu..ada yang bagi cadangan nak berkayuh ke parlimen setiap hari....parlimen je ke ? yang 100km lagi naik kete menggunakan fossil fuel tu macam mane?yang tu tak lagi membahangkan keadaan ke ? kalu ye la pun sume tak naik kete ke tempat keje...naik komuter ngan LRT je...bende alah tu pakai ape?...electric kan...datang dari mana? stesen janakuasa diesel dan arang batu kan..berapa peratus je letrik datang dari empangan hidro...tapi...empangan hidro kan memusnahkan alam sekitar jugak...kita ni khalifah allah di muka bumi...apa yang kita dah buat untuk bagi bumi lagi elok ? pegi tesco pakai beg plastik jugak kan...buang kat mane...pelupusan sampah kan...bende tu tak bio degradable pun...jadi apa peranan kite...fikir fikirkan lah...bende kecik kecik pun tak terbuat..bende tu la yang jadi lagi besar...memang kecewa...
peace....cume pendapat 2 sen dari aku..



_________________
Botak (Pakli)
botak@kakipancing.net
Offline
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
 Page 2 of 2 [ 47 posts ]  Go to page Previous  1, 2



All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to: