Sekadar renungan
Pada cuti krismas yang aku dan beberapa orang kawan memancing di sungai sepang... disebabkan air terlalu laju bak torpedo kami banyak memancing di kawasan2 yang berhampiran dengan tebing.
Semasa memancing boleh dilihat ada beberapa orang sedang memancing di tebing, siap camping lagi. Aktiviti riadah seperti itu saya rasa amatlah baik. Walau bagaimanapun ada beberapa sikap mereka yang membuatkan aku merasa amat geram sekali. Mereka membuang sampah ke dalam sungai dengan selamba sahaja. Bungkus dalam plastik lepas tu lencun ke dalam sungai, seperti sungai tu satu bekas tong sampah yang besar nak buang apa pun tak kisah.
Di sebabkan tak tahan melihat sikap mereka aku mula bersuara menegur mereka. Aku cakap tak leh nak bawak sampah tu balik ke bang? jangan buang dalam sungai mcm ni x elok. Terkejut aku apabila dia sound aku balik, yang ko bising2 ni sungai ni bapak kau punya ke?
Di sebabkan terlalu hangin dengan ayat tersebut aku mengeluarkan parang lalu ku tunjukkan kan diorang. Ni nampak, kalau ko anak jantan ko tunggu kat situ aku datang.. Sampai di darat dengan nada marah aku bertanya kat mamat ni KAU ULANG SEKALI LAGI APA KAU CAKAP TADI. Disebabkan suara aku yang agak kuat orang di pengkalan keliling situ datang untuk melihat apa yang terjadi.. Nasib baik ada beberapa rakan disitu yang bertindak meleraikan, kalau tak mungking panjang ceritanya.
Disini kita boleh lihat ada segelintir antara kita yang kadang kala terlupa tanggungjawab kita terhadap alam sekitar, dan yang paling sedih lagi apabila kita cuba memperbetulkan tindakan kita tersebut.
Disini aku memohon maaf jika mungkin mereka2 itu merupakan ahli disini kerana sikap panas baran aku itu.
Aku cuma menegur kerana aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang insan...
cheersss.....
