It is currently Sun May 19, 2013 7:32 am

All times are UTC + 8 hours




 Page 1 of 2 [ 47 posts ]  Go to page 1, 2  Next
Author Message
 Post subject: Alam Sekitar
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 1:49 pm 
Mari kita perbincangkan tentang kemusnahan tempat kita khususnya
dalam kawasan sekitar yang kita biasa memancing.
Mungkin dengan ini dapat kita berkongsi maklumat dan mungkin juga
dapat panggil Karam Singh Walia buat liputan. :wink:

Actually kawasan2 yang musnah akibat pembalakan melampau,
projek perumahan, projek padang golf dan lain2 akan membuat
kawasan tadahan hujan dan sungai2 menjadi rosak dan ikan2 yang
biasanya ujud disitu telah diketahui pupus seperti yang terjadi di
kawasan Empangan Habu di Cameron Highland dimana aku dulu
sering naik kesana sambil2 mountain biking aku gi mancing Lee Koh
atau Kap rumput di situ tapi sekarang dah takde semua tu..

Image
Empangan Habu, Cameron Highlands

So, kita bincangkanlah kawasan2 yang biasa kita gi memancing tapi
kini dah rosak dek gejala ketamakan manusia..
Mungkin kita boleh buat sesuatu untuk menangani benda2 ni semua!

Terima kasih. :D [/img]


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 2:12 pm 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: Fri Jan 05, 2007 9:44 am
Posts: 1091
Location: Bangi,Selangor
ye lahhh..
teman pun terasa perubahan tempat tempat yang pernah teman kunjungi...ye lah...teman pun dah berumur, bagi yang masih muda lagi mungkin tak rasa keperbedaan yang telah berlaku. Kita sebagai manusia kene bertanggungjawab keatas perkara perkara yang telah dan akan kita lakukan kepada alam semulajadi, kita kene adil kepada semua...termasuk kepada alam semulajadi. Teman bekerja berkaitan langsung dengan bahan bahan kimia dan bahan synhtetic ...seperti polyurethne, polypropylyne dan bahan bahan aromatic compound yang amat merbahaya pada kita semua... Bahan bahan ini kebanyakannya tidak biodegradable...
bayangkan plastic yang biasa kita guna untuk membungkus barang barang di kedai runcit tu mengambil masa beratus ratus tahun untuk degradasi dan semasa degradasi nya..ia melepaskan beberapa bahan kimia yang toksik....
teman rasa kita tak payah lah nak menyalah kan sesiapa....cuma bermula dari saat ini teman harap kenkawan yang lain tu, berfikir lah dulu sebelum membuang sampah, menggunakan plastik, mengubah apa apa structure dan apa apa saja yang melibat kan alam sekitar, fikirkan cucu cicit kita nak memancing......bagi lah diorang peluang untuk rasa tarik klah, susur batang,ketutu,sebarau,toman,tenggalan,klabau,semperih,daun,kejor(jangan mara kejor),patong dan lelain yang hampir teman tak jumpa dah....


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 2:51 pm 
Intresting topic Bro Octo,

Pertama sekali, saya ingin memberi komen, pendapat & pandangan saya tentang beberapa lokasi padang pancing yang dulunya adalah antara yang terbaik tetapi kini sunyi sepi.

1. Kawasan Sg.Sepang & Bagan Lalang.

Dahulunya kawasan ini amat mewah dengan specis ikan dan kerang-kerangan.. Tetapi sekarang banyak specis ikan dan hidupan lautnya sudah tidak kelihatan lagi. Pada suatu ketika dahulu sungai ini tercemar dengan pelepasan sisa najis khinzir yang tidak dirawat dengan betul ini menyebabkan sungai ini sepi daripada sebarang aktiviti penangkapan ikan. Setelah sekian lama pencemaran ini berlaku hingga bagi saya pada masa tersebut memang tiada lagi jalan penyelesaiannya, datang anugerah daripada ilahi.

Wabak JE melanda tanah air kita, penghapusan besar-besaran khinzir dan kandang-kandangnya telah dijalankan. Saya masih ingat lagi bau busuk yang datangnya daripada bangkai2 tersebut menyelubungi ruang udara di sekitar daerah Sepang hampir sebulan lamanya... Kami semua sebagai penduduk kampung merasa amat gembira kerana tiada lagi gangguan bau. Setelah beberapa bulan berlalu, sungai sepang yang dulunya bewarna hitam pekat bertukar beransur-ansur menjadi jernih kembali. Ikan-ikan kembali bermain di sungai ini. Specis kerangan seperti siput, lokan dan sebagainya kembali membiak dengan pesat sekali.

Jeti2 yang dulunya hampir terbiar, kembali meriah dengan kehadiran bot dan sampan. Sekarang satu lagi ancaman baru tiba (bagi pendapat aku la) iaitu pembangunan. Seperti yang semua tahu daerah sepang telah dilanda pembangunan yang pesat sekali impak daripada wujudnya KLIA, Putrajaya & Cyberjaya. Tidak tertinggal juga pantai bangan lalang yang sekarang sedang giat dimajukan. Beberapa projek perumahan dan perlancongan telah dijalankan di sepanjang pantai Bagan Lalang.

Antara yang terkenal projek Sepang Gold Cost. Projek rumah peranginan ala-ala Pokok Palma. Pada satu ketika dulu penduduk2 kampung yang rata-ratanya nelayan pernah membantah akan projek ini. Saya sendiri antara orang yang terlibat secara serius dengan bantahan ini. Pelbagai alasan kami berikan agar projek ini tidak diteruskan. Bak perpatah melayu, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH itu yang boleh disimpulkan apabila kebanyakan nelayan berubah hati apabila disuakan sedikit habuan dengan kata lain pampasan..Bagi mereka baik ambik kalau tak melepas, kerajaan jgn dilawan, nak tak nak mereka akan buat juga. Antara alasan yang biasa didengar daripada mulut mereka.

Sepanjang pantai Bagan Lalang di berikan kepada Gold Coast... tak yah saya nak cite lanjut sapa syer holder dlm company ni.. buat penat menaip je.. walaupun apa pun alasan yang akan mereka bagi, pembangunan seperti ini pasti merosakkan ekosistem disini. Sekarang pun dah nampak musibahnya... tiada lagi kepah,pepahat nak cari perumpun pun dah susah... ikan makin lama berkurangan.. nelayan2 dah mula mengeluh.... aku sering dibahasakan sebagai orang yang tak tau pembangunan, buta kemajuan dan sbgnya, biarlah apa orang nak kata janji mereka gembira.

Cuma ku khuatiri peristiwa beberapa tahun dulu berulang kembali... :!:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 3:08 pm 
Teruskan lagi kawan2 dengan komen2 tentang lokasi setempat.
Moga2 dengan info2 Alam Sekitar ni kita dapat membuka mata hati
kita sendiri sebelum dapat membuka mata orang lain...

Kita ni sikit tapi kalau dgn suara ramai, insyallah tak mustahil anak
cucu kita esok2 bleh memancing Kelah, Tengas, Sebarau bila balik
ke kampung halaman...takyah nak organise trip 4-5malam pastu
kena trekking berjam2 semata2 nak lepas gian tarik ikan besor!...

so, PLeDesa,
Camana dgn projek Gold Coast tu? still ON lagi ke?..


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 3:21 pm 
masih berjalan mcm biasa sekarang bertambah giat lagi 24jam sehari semalam. Dulu projek ni kena gantung jap sebab kitaorang report kat TV3. Kecoh lah kejap. Pegawai2 kerajaan yang terlibat tak putus2 dtg 'tengok'. Sekarang dah diam balik...

Octopussy wrote:
Teruskan lagi kawan2 dengan komen2 tentang lokasi setempat.
Moga2 dengan info2 Alam Sekitar ni kita dapat membuka mata hati
kita sendiri sebelum dapat membuka mata orang lain...

Kita ni sikit tapi kalau dgn suara ramai, insyallah tak mustahil anak
cucu kita esok2 bleh memancing Kelah, Tengas, Sebarau bila balik
ke kampung halaman...takyah nak organise trip 4-5malam pastu
kena trekking berjam2 semata2 nak lepas gian tarik ikan besor!...

so, PLeDesa,
Camana dgn projek Gold Coast tu? still ON lagi ke?..


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 3:28 pm 
pelesit_desa wrote:
masih berjalan mcm biasa sekarang bertambah giat lagi 24jam sehari semalam. Dulu projek ni kena gantung jap sebab kitaorang report kat TV3. Kecoh lah kejap. Pegawai2 kerajaan yang terlibat tak putus2 dtg 'tengok'. Sekarang dah diam balik...


Tu lah diorang ni...datang 'tengok' aje...pastu diam ekk...
Ini sebenarnya yang mendatangkan masalah besar pada sikap
manusia itu sendiri...
Nanti bila cakap lebih2 sket...IkutSukaAku plak take over...aduhaiii...... :cry:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 3:36 pm 
lebih kurang macam tu citenya, tak mustahil satu hari nanti nak gi pantai tak leh dia pacak signboard 'prebet beach' cth dah ada...tgk saja di Port Dickson... tak lama lg nak masuk pantai ada plaza tol: cth: hutan lipor kancing, bukit tinggi. Tak tau apa nak jadi tuhan bagi pantai2 tu free je..takde pun suruh bayar... tak lama lagi yang berniaga kat sana semua kena sapu bersih... dengan penyapu siap reben... itu pun ramai yang tak sedar diri... :)


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 4:33 pm 
Administrator
Administrator
User avatar

Joined: Fri Dec 30, 2005 11:31 am
Posts: 1911
Location: Kuala Lumpur
bang pelesit,

jika tak keberatan, boleh upload gambar situation semasa tak pantai bagan lalang tu? nak gak tengok camne progress project dgn kerosakan yg diorang buat tu.



_________________
Hook the fish, or die trying!
Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 12, 2007 10:20 pm 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: Fri Jan 05, 2007 9:44 am
Posts: 1091
Location: Bangi,Selangor
halamak kir.......kalu hang biasa tengok pantai bagan lalang pada tahun tahun 80an....hang mesti tangkap syahdu punya....tu pasal la....kitorang dah tak mancing kat situ lagi....dan berpindah ke lukut....


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 13, 2007 1:53 pm 
benar abg akek, satu ketika dulu pantai BL ni memang kaya dengan khazah laut.. takat nak cari kepah seguni pun tak sampai pun 3 jam boleh dapat...sekarang apa yang tinggal.. disebelah n9 lak sepanjang sungai giat dibangunkan laut ditambak...sekarang dah ada pulak ternakan udang & ikan dalam sankar. Emmmm.... setiap kali memancing menyusuri sungai ini aku merasa bertambah pilu mengenangkan nasibnya.


akek wrote:
halamak kir.......kalu hang biasa tengok pantai bagan lalang pada tahun tahun 80an....hang mesti tangkap syahdu punya....tu pasal la....kitorang dah tak mancing kat situ lagi....dan berpindah ke lukut....


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 13, 2007 1:57 pm 
insaallah akan diusahakan : mereka kata semua projek mereka mematuhi syarat2 yg telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Pada luarannya memang cantik tetapi hakikatnya tuhan saja yang tahu.. sungai yang dulunya dalam dah semakin cetek... karang2 laut semakin hilang... :cry:

syakir wrote:
bang pelesit,

jika tak keberatan, boleh upload gambar situation semasa tak pantai bagan lalang tu? nak gak tengok camne progress project dgn kerosakan yg diorang buat tu.


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 13, 2007 2:24 pm 
sedikit info :

Mereka2 ini mendapat kelulusan untuk memajukan hampir 13km kawasan pantai termasuk kawasan bakau. Seperti mana yang semua sedia maklum kawasan2 ini menjadi habitat & tempat pembiakan banyak specis ikan. (Walau pun diorang claim akan dijadikan sebagai pusat pembelajaran dan perlancongan).

Kawasan berhampiran pantai juga di bangunkan dengan banyak projek perumahan. Bagi saya ini bakal mengundang masaalah kerana apabila pertambahan penduduk berlaku dengan pesat di kawasan pantai dan sungai kebiasannya masaalah pencemaran berkaitan manusia akan bertambah. (terutamanya sampah).

Didalam keriuhan ini semakin ramai lagi yang telah sedar akan pentingnya menjaga sungai dan pantai anugerah tuhan ini. Saya lihat telah ada pemancing yang membawa balik sampah mereka untuk dilupuskan secara betul. Telah ramai nelayan disini yang telah tahu dan faham akan pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan sungai dan laut disini, ini mungkin kerana kawasan sungai dan laut disini menjadi sumber rezeki mereka.

Cuma harapan saya agar pembangunan dan alam sekitar dapat maju se iring dan sejalan.. Teringin rasanya nak melihat malaysia dan rakyatnya ini seperti mereka2 di Jepun, walaupun mereka merupakan antara negara yang termaju di dunia alam semulajadi mereka masih ditahap no 1. Ikan2 yang cantik2 masih berenangan di sungai serta longkang2 mereka..

Kita sebagai Khalifah yang telah di amanahkan untuk mentadbir alam ini haruslah menjaga amanah yang telah diberikan kepada kita dengan sehabis baik.


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 13, 2007 2:46 pm 
Itulah hakikatnya, memang benar kadangkala kepentingan politik melebihi segala-galanya. Seperti berlaku di tempat saya.. sepanjang pengetahuan saya takde sorang pun penduduk daerah disini yang berkemampuan nak beli rumah pokok palma tu..rata2 yang beli tokoh2 koporat dan orang dari luar.. pernah juga saya bertekak dengan security kat situ apabila dia marah saya nak jalan2 kat kawasan disitu. Dia kata tak boleh jalan2 kat situ kawasan larangan. Saya jawab balik tempat ni belum ada saya dan kencing berak kat sini.. U orang mana... kubur aku ada kat sini kau punya kubur kat mana???? ayat tengah marah la tu... :mrgreen:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 13, 2007 2:53 pm 
Nak buat bodoh, berdosa. Nak buat tak tau, dah tau. So yang boleh kita buat... buatlah apa yang termampu.. tak boleh tegur pakai mulut pakai hati... 8)


dinrias wrote:
Apa yang perlu kita lakukan dalam situasi begini apabila kita tersepit di tengah tengah... 'Gajah sama Gajah berjuang , kancil tersepit ditengah tengah'.. :(


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 13, 2007 4:44 pm 
Terima kasih Pelesit Desa & Dinrias dengan info2 anda yang cukup
berguna untuk kita jadikan teladan dan sempadan..

Terima kasih! 8)


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Dec 18, 2007 8:57 am 
sedikit info: Perdana Menteri kita akan datang ke bangan lalang pada hari minggu ni untuk merasmikan Sepang Gold Cost. Harapan saya adalah selaku orang no 1 negara beliau akan nampak apa yang telah terjadi di bagan lalang kemusnahan ekosistem dan nasib penduduk asal BL.


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Dec 18, 2007 1:22 pm 
pelesit_desa wrote:
sedikit info: Perdana Menteri kita akan datang ke bangan lalang pada hari minggu ni untuk merasmikan Sepang Gold Cost. Harapan saya adalah selaku orang no 1 negara beliau akan nampak apa yang telah terjadi di bagan lalang kemusnahan ekosistem dan nasib penduduk asal BL.



Ko ada nak buat rusuhan ke demonstrasi kat situ? ISA tu bangg..
hihihhkks.... :lol:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Tue Dec 18, 2007 3:11 pm 
ikutkan hati memang nak buat...tp tak berani... :( so harap2 ada la sapa nak serah bantahan ke...apa2 ke2 hu..hu.. :D


Octopussy wrote:
pelesit_desa wrote:
sedikit info: Perdana Menteri kita akan datang ke bangan lalang pada hari minggu ni untuk merasmikan Sepang Gold Cost. Harapan saya adalah selaku orang no 1 negara beliau akan nampak apa yang telah terjadi di bagan lalang kemusnahan ekosistem dan nasib penduduk asal BL.



Ko ada nak buat rusuhan ke demonstrasi kat situ? ISA tu bangg..
hihihhkks.... :lol:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Dec 19, 2007 11:04 am 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: Mon Jul 02, 2007 8:09 am
Posts: 2040
Location: kuala lumpur
saba abg din...saba..siapalah kita utk mengatasi msalah2 g2.kita hanya layak menjaga.'depa2' tu yg lebih berkuasa.menentukan untung hari ini dr kenang untung utk masa depan. :cry: :cry:


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 11:55 am 
Sekadar renungan


Pada cuti krismas yang aku dan beberapa orang kawan memancing di sungai sepang... disebabkan air terlalu laju bak torpedo kami banyak memancing di kawasan2 yang berhampiran dengan tebing.


Semasa memancing boleh dilihat ada beberapa orang sedang memancing di tebing, siap camping lagi. Aktiviti riadah seperti itu saya rasa amatlah baik. Walau bagaimanapun ada beberapa sikap mereka yang membuatkan aku merasa amat geram sekali. Mereka membuang sampah ke dalam sungai dengan selamba sahaja. Bungkus dalam plastik lepas tu lencun ke dalam sungai, seperti sungai tu satu bekas tong sampah yang besar nak buang apa pun tak kisah.

Di sebabkan tak tahan melihat sikap mereka aku mula bersuara menegur mereka. Aku cakap tak leh nak bawak sampah tu balik ke bang? jangan buang dalam sungai mcm ni x elok. Terkejut aku apabila dia sound aku balik, yang ko bising2 ni sungai ni bapak kau punya ke?

Di sebabkan terlalu hangin dengan ayat tersebut aku mengeluarkan parang lalu ku tunjukkan kan diorang. Ni nampak, kalau ko anak jantan ko tunggu kat situ aku datang.. Sampai di darat dengan nada marah aku bertanya kat mamat ni KAU ULANG SEKALI LAGI APA KAU CAKAP TADI. Disebabkan suara aku yang agak kuat orang di pengkalan keliling situ datang untuk melihat apa yang terjadi.. Nasib baik ada beberapa rakan disitu yang bertindak meleraikan, kalau tak mungking panjang ceritanya.

Disini kita boleh lihat ada segelintir antara kita yang kadang kala terlupa tanggungjawab kita terhadap alam sekitar, dan yang paling sedih lagi apabila kita cuba memperbetulkan tindakan kita tersebut.

Disini aku memohon maaf jika mungkin mereka2 itu merupakan ahli disini kerana sikap panas baran aku itu.

Aku cuma menegur kerana aku rasa itu tanggungjawab aku sebagai seorang insan...

cheersss..... :D


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 12:49 pm 
Kadang2 mengajar sekor anjing lebih mudah....hmm.. :?


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 1:00 pm 
Kadang2 aku berasa sedih apabila masih ada manusia yang beperangai semedikian. Aku rasa didikan dari awal amat penting, sebab jika didikan tentang menghargai alam sekitar ini diterapkan dari kecil aku rasa lebih ramai manusia akan sedar bertapa pentingnya menjaga amanah ilahi ini.. :)


Octopussy wrote:
Kadang2 mengajar sekor anjing lebih mudah....hmm.. :?


  
 
 Post subject:
PostPosted: Thu Dec 27, 2007 3:46 pm 
Tenggiri
Tenggiri
User avatar

Joined: Mon Jul 02, 2007 8:09 am
Posts: 2040
Location: kuala lumpur
gua selut lu bro PD.sesuai ngan nick pon.ada bgusnye gak sesekali kita berperangai cam bro PD tadi.bkn utuk bergaduh atau bertekak tp untuk menyedarkan org lain.jgn ada lg golongan yg mengamalkan 'tak pa'.tapi beranikah kita ni bersikap cam bro PD???? :cry: :cry:

bravo...bro PD.....


Offline
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Jan 02, 2008 2:43 pm 
Bukan apa bag din, semasa segelintir golongan yang besusah payah menjaga alam sekitar (sanggup berhabis duit/masa/tenaga) bagi memastikan jenerasi akan datang mendapat faedahnya masih ada juga makhluk yang menggelarkan diri mereka manusia membuat sesuka hati mereka... tidakkah mereka boleh berfikir dengan sedikit akal yang telah dianugerahkan??????... :)



dinrias wrote:
Mak aiii... siap nak berparang lagi tu.... aku respek dengan keikhlasan hati ko PD... kalau semua manusia berfikiran seperti ko.. nescaya suatu hari nanti negara kita akan bersih seperti 100 tahun yang lalu... tanpa pencemaran sampah dan sebagainya. Tapi siapalah kita terhegeh hegeh keseorangan tanpa sokongan . Sedangkan orang orang di luar sana langsung tidak menghargainya. :cry:


  
 
 Post subject:
PostPosted: Wed Jan 02, 2008 2:49 pm 
thx bro realbuntal diatas sokongan.. saya berpendapat bahawa manusia ini ada masanya perlu di didik dengan kekerasan.. bukannya saya ingin membetulkan tidakan saya apa lagi untuk menunjuk yang diri ini berani atau terer... tetapi sedikit usaha yang mampu lakukan supaya alam sekitar kita terpelihara... kalau semua penduduk /pengunjung berperangai sedemikian mcm mana keadaannya sungai kita ini......?? :D


realbuntal wrote:
gua selut lu bro PD.sesuai ngan nick pon.ada bgusnye gak sesekali kita berperangai cam bro PD tadi.bkn utuk bergaduh atau bertekak tp untuk menyedarkan org lain.jgn ada lg golongan yg mengamalkan 'tak pa'.tapi beranikah kita ni bersikap cam bro PD???? :cry: :cry:

bravo...bro PD.....


  
 
Display posts from previous:  Sort by  
 Page 1 of 2 [ 47 posts ]  Go to page 1, 2  Next



All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to: