Trip kali ini tidak banyak ikan yang dapat dinaikkan. Rabut 2 kali semasa di spot haruan tasik. Reel yang dipakai oleh kawan saya Shimano Twinpower 4000 dengan Majorcraft Crosstage PE1.5-3 tidak dapat bertahan dengan larian haruan tasik dan akhirnya tali terbelit dengan tali unjam dan ikan pun lucut.
Bila di spot Tenggiri Bunga, banyak jig hilang dipotong oleh tenggiri bunga kerana kami hanya menggunakan shock leader 20-30lb.
Tekong nasihatkan supaya menggunakan shock leader 50lb dengan hanya panjang 8inch sudah mencukupi. Jika pakai satu atau dua depa, balingan jauh agar sukar dilakukan.
Sila layan gambar.


on the way to spot tenggiri

mencuba jig yang baru beli Jigging Master Fallings 150g & 200g

hook up pertama oleh Dennis

Reel: Shimano Twinpower 4000
Rod: Majorcraft Crosstage PE1.5-4
Braid: TUF Line XP 30lb
Jig: Jigging Master Fallings 150g


Tenggiri kedua juga dinaikkan oleh Dennis Chong

Double hook up Tenggiri Bunga oleh Raymond dan Steven

saya bersama tenggiri bunga menggunakan:
Reel: Shimano Nasci C3000
Rod: Majorcraft Crosstage PE0.6-1.5
Braid: TUF Line XP 15lb
Jig: Maria 40g

nilah yang diseksa oleh haruan tasik dan terbelit dengan tali unjam

Saya dengan haruan tasik 9kg
Reel: Jigging Master Power Spell PE4
Rod: Evergreen Poseidon PHPJ 501
Braid: TUF Line Indicator 30lb
Jig: Shout! Shab Shab 160g
