Trip ini disertai oleh Prime Anglers members.
Raymond, Dennis dan Melvyn (saya) dari KL
Siang, Boyle, Keong dari Penang.
Taruk Makan, betul ke? yes betul. Dari pagi sampai makan sampai time balik.
Cuaca memang best. alun, ombak angin kuat semua takda. Matahari memang panas gila dan ikan pun makan gila.

sesi bergambar sebelum keluar trip.
Dari Kiri atas: Melvyn (saya), Keong, Boyle
Dari Kiri bawah: Siang, Dennis, Raymond
Kali ini saya bawa Boyle, Siang & Keong (dari penang) pergi jigging. Mereka bertiga 1st time jigging. Selalu mereka hanya pancing bottom. Bila saya ajak mereka, jawapan yang dia orang bagi, eh..... kita tak tahu jigging la. Saya balas dengan senyuman dan berkata asalkan you ada niat nak try dan rajin jigging then I boleh ajar you all teknik jigging. Lepas tu mereka tanya nak pakai reel & rod apa size dan hanya 3 batang rod and reel saja yang boleh pakai dan lepas tu saya berkata, takpa la. I boleh pinjam you rod & reel sebab saya ada extra. Pakai je.
Selepas semua bimbang mereka saya atasi dan mereka pun confirm.
I yang susah actually kerana kena buat persiapan bagi mereka semua tapi takpe sebab diaorang semua kawan dan Prime Anglers member so saya susah takpe, janji mereka enjoy dan paling penting kena racun jigging

. Saya pun pergi beli semua barang keperluan untuk jigging dan sediakan sedikit ikatan jigging hook dan tangsi (untuk tenggiri) bagi mereka.
Saya inform member semua kali ni kita pergi makan angin dengan speed boat. Janji cuaca baik, angin tak kuat dan ombak tak tinggi ini sudah mencukupi dengan dapat buat jigging. Ikan ada ka takda belakang kira. Janji mesti mau dapat ikan? kalau geranti dapat ikan then kena pergi pasar la
ok.sekarang enjoy photo dari trip semalam.

atas boat saya kena ajar mereka semua ikatan yang perlu.

kali ini Ah Cong bawa sekali saudaranya yang datang dari China untuk ikut kami dan jadi assistant dia.

dalam perjalanan ke Pulau Jarak

Raymond yang dulu bottom pakai bangla sekarang pun dah ikut kami buat jigging. Member ini dalam group kami paling tua tapi trip ini dialah orang pertama jigging dapat ikan pertama.

tenggiri

Raymond dengan tenggiri

Dennis dapat hookup dan selepas bertarung berapa miinit, talinya putus

giliran saya dapat ikan kedua.
Reel: Jigging Master Power Spell PE4
Rod: Evergreen Poseidon PHPJ 510
Line: Tuf Line Indicator 30lb

saya dengan tenggiri.

kita lucut dalam 4-5 ekor tenggiri selepas tu sebab ikan gigit kena jig je tak kena hook. Lepas tu kami pun tambah treble book dan lepas itu takda ikan lagi. Tekong pun berpindah ke lubuk lain.

jigging jigging jigging

Selepas beberapa minit, member baru pun start letih sebab tak biasa main jigging. Saya nasihat kalau dah penat rehat sekejap then baru continue...

Siang dapat sotong dengan jig 180g. 1st time jigging bukan ikan naik tapi sotong yang kena

Dennis dapat hook up tapi tengok rod dia ini ikan kecil je.

Dennis dapat ikan kerapu baby

saya dapat sentapan yang kuat dan ini mesti cobia dan lepas beberapa minit saya boleh rasa line saya bergesel dengan benda macam tali dan sekejap je tali saya pun putus. Tekong cakap ini mesti cobia dah lari dan bergesel dengan tali unjam.
Alamak...sayangla. rod poseidon saya melentung dan extimate ini cobia above 10kg tapi takda luck la. Ada video clip lagi semasa line saya putus.

Raymond dapat hook up lagi.

Majorcraft Giant Killing in action

tu dio...cobia
Reel: Shiman Vanquish 4000XG
Rod: Majorcraft Giant Killing PE1-3
Line: Power Pro 30lb
Lure: Jackson Pintail Tune 40g

Raymond first time dapat cobia. dia cakap melvyn, ini cobia fight memang kuat.

on the way sampai Pulau Jarak nak pergi lunuk berhampiran.

tenggiri bunya yang kami nak target tapi dapat 3 ekor je. Tenggiri bunga memang suka ima gun ganpeki jig 40g

selepas tu kami berpindah lubuk dan masa ni la nampak boiling.

I dapat GT pakai Jackson Pintail Tune 40g

Evergreen Poseidon, Twinpower dengan Pintail Tune 40g

Keong dapat talang

Double hook up biasa saja untuk trip ini

Boyle dengan GT

semua GT catch, photo and release.

kalau pakai gaff, jangan gaff kepala ikan, gaff kat body belah belakang. kalau ada net lagi bagus

Dennis dengan GT lagi

sekejap boiling, sekejap boiling, sampai tepi boat pun nampak GT panjang around 3ft

saya tengah bertarung

saya terlupa dan silap ambil rod majorcraft crosstage PE1-3 pair dengan Shimano Nasci C3000 dan braided 12lb pakai ima gun ganpeki jig 40g terus baling dan dapat GT besar ini. Selepas kena ikan baru perasaan alamak ini ligh jigging punya so terus bertarung dengan GT dari boat depan sampai boat belakang bertarung dengan lama baru ikan dinaikkan. ini memang menyeksa tapi syiok

double hook up dan bergambar bersama saudara tekong (assistant)

Semua GT dilepaskan... ingat ya

Siang dapat GT juga.... semua member pun dapat GT. berapa ekor i pun tak tau kira. dalam 15 ekor atau lebih sikit kot.

Keong dengan GT pakai surecatch jig

Raymond tengah enjoy dengan GT

thomas stroke PE1 pair with Shimano Twinpower C3000 in action

GT

semua dengan muka senyuman

lepas tu air bertukar arus dan kami pun pergi sampai tepi Pulau Jarak untuk mencari sedikit sotong dan berehat sekejap tapi sotong stu pun tak dapat entah mana pergi.

saya dengan background Pulau Jarak

Prime Anglers member sesi bergambar dengan cap

Prime Anglers member sesi bergambar without cap

\
selepas berehat sekejap, tekong Ah Cong pun berkata, "melvyn, jom kita pergi popping, time untuk ikan makan"
I pun tanya balik " Ah Cong, itu ikan Whatsapp you cakap dia mau makan sekarang ar?" Dia dengan confident nanti you tengok la.
Baru baling kali kedua popper dihentap oleh Talang besar ini. Ah Cong pun cakap, har..... tengok i sudah bagitau you ikan nak makan. Tekong Ah Cong ini memang bagus dan berpengalaman dan yang paling rajin bertukar lubuk jika tiada ikan.

Reel: Shimano Stella SW8000PG
Rod: Shimano Kaibutsu Caranx 8'4"
Line: power pro 50lb
Popper: Williamson
Berat talang: tak timbang pun, ikan tengah mengamuk tapi Ah Cong estimate around 6-7kg.

Dennis dengan Talang popping
Reel: Shimano Twinpower SW6000HG
Rod: Evergreen Poseidon POHS Ocean Hunter 7'7"
Line: TUG Line XP 40lb
Popper: surecatch (i lupa model)
Selepas ini dapat lagi 4-5 talang tapi camera saya out of memory sebab banyak video clip.
Untuk video clip, saya tengah buat editing dan mengambil masa. bila dah siap, saya akan post kat sini.

on the way balik ke yatch club.
Thank you all for reading my report. All GT are safely release back into sea.
Ah Cong TUNA II boat booking for weekend all full till next year. I only got 2booking for december weekend.