|
It is currently Fri May 24, 2013 3:21 pm
|
 |
|
 |
|
|
raccos
|
Post subject:  Posted: Mon Jun 30, 2008 10:18 am |
| Sembilang |
 |
Joined: Tue Apr 08, 2008 10:02 am Posts: 51 Location: Bkt Beruntung/Selayang/Hulu Selangor
|
Penyalahgunaan Nama Editor dan Majalah Pancing
Berikut adalah petikan dari emel Wan si penipu,
Faiz Karim wrote:
Salam sejahtera kepada Warga Joran Bagus, saya Ketua Editor daripada Majalah Pancing ingin memberitahu bahawa saya telah menghantar salah seorang krew Majalah Pancing bahagian Photoghrapy dan Pengiklanan ke Joran Bagus untuk tujuan pengiklanan Joran Bagus di Dalam majalah kami.
Pengiklanan bermula dari May 2008 hinggalah April 2009 iaitu cerita mengenai kedai Joran Bagus, Tip memancing dari Joran Bagus, dan Trip memancing dari Pro Team dari Joran Bagus.
Dengan ini saya meminta kerjasama daripada Joran Bagus agar dapat menaja sedikit sebanyak 3 orang daripada krew Majalah Pancing dengan set pancing yg termampu dari Joran Bagus. Pengiklanan Joran Bagus di Majalah adalah percuma daripada kami tanpa bayaran cuma saya meminta jasa baik Joran Bagus menaja krew baru kami iaitu Wan kerana dia kekurangan barang pancing. berikan sedikit tunjuk ajar kepada Wan, dan dia juga adalah pakar IT majalah kami, jika inginkan bantuan untuk membuat website, bolehlah meminta bantuan daripada beliau.
Saya sekarang berada di Taiwan bersama krew yang lain kecuali Wan, kami sedang mengadakan sesi lawatan memancing ke seluruh asia, tajaan daripada Pure Fishing Asia. dengan itu saya meminta kerjasama daripada Joran Bagus agar dapat bekerjasama denagn Majalah Pancing sampai bila-bila untuk kejayaan bersama!
Yang Benar,
Faiz Karim - 012-5998488 (saya berada diluar negara sekarang, apa- pertanyaan bolehlah bertanyakan kepada krew kami, Wan:- 013-7357145)
Sila perhatikan emel yang digunakan si penipu adalah seakan sama seperti yang digunakan saya, tetapi domainnya berlainan, yang tulen adalah faiz_karim75@hotmail.com dan penipu itu menggunakan faiz_karim75@yahoo.com. Begitu juga dengan nombor telefon yang palsu. Tidak hairanlah En. Azmi boleh tertipu sedangkan beliau ikhlas menolong sesama Melayu
Satu lagi kejadian, berlaku di Kenyir kepada rumah bot hijau yang terkenal tekong Rahim. Seseorang yang menyatakan dirinya daripada Majalah Pancing (nama tidak diketahui) meminta satu sesi memancing percuma atau potongan harga. Modus operandi masih sama iaitu berjanji untuk menulis rencana tentang sesi memancing bersama pengusaha bot di dalam majalah Pancing. Selepas habis trip, orang ini didapati hilang tanpa dapat dikesan.
Saya tidak nafikan mungkin masih banyak terdapat kes-kes seperti ini berlaku sebelum ini yang tidak pernah dilaporkan kepada kami.
Pihak Majalah Pancing dan Joran Bagus memandang kes ini sebagai sangat serius dan laporan Polis akan dilakukan.
Oleh itu suka saya nyatakan di sini bahawa kami hanya membenarkan penulis-penulis yang disenaraikan di sini sebagai wakil sah kami iaitu Pok Mud (Tamizam Abdul Karim, Selangor), Arifin Ramli (Johor), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Fauzu Mamat (Selangor), Pisau (Mohd Saufi Mohd Zain, Kelantan), Pak Amin (Mohamed Amin Rahmat. Singapura), Daud Bogol (Sarawak), Mohd Norsham Hashim (Selangor), Mohd. Ali Marzuki (Selangor) dan Abu Syahrani Bujang (Sarawak). Segala sumbangan untuk nama-nama yang tertera mesti melalui saya, Editor Majalah Pancing dan tidak terus kepada mereka. (Sila baca, Majalah Pancing bulan Julai isu 129, m/s 37 untuk gambar-gambar mereka yang tersebut)
Peringatan kepada semua kedai-kedai pancing, pengedar barangan pancing, tekong-tekong bot, operator pancing, hotel, chalet, kolam memancing dan mana-mana yang berkenaan dengan dunia pancing, tolong berhati-hati. Setiap kali ada orang yang mengaku datang daripada Majalah Pancing, pastikan dia boleh memberi bukti sah seperti kad nama atau surat rasmi sah daripada Majalah Pancing, Life Publishers Berhad atau jika masih ragu-ragu, sila telefon saya di 012-3911 787 atau email faizkarim@lifepub.com.my / faiz_karim75@hotmail.com / faizkarim75@gmail.com untuk pengesahan lanjut.
Terima kasih atas kerjasama semua.
Yang Benar,
Faiz Karim
|
|
|
|
 |
|
toman_harimau24
|
Post subject:  Posted: Mon Jun 30, 2008 5:43 pm |
| Alu-alu |
 |
Joined: Fri Apr 18, 2008 10:37 am Posts: 621 Location: Puncak Alam / Bukit Subang
|
|
uish....... masih tak henti2 lagi isu nie...
|
|
|
|
 |
|
abuyon9853
|
Post subject:  Posted: Wed Jul 02, 2008 8:54 pm |
| Gelama |
 |
Joined: Wed Apr 02, 2008 7:57 pm Posts: 228 Location: miri
|
|
bilalah budak ni nak insaf.ada sesiapa yang ada info atau gambar budak ni kalau boleh siarkan sikit.manalah tau kot2 dia buat hal kat sarawak pulak.
|
|
|
|
 |
|
toman_harimau24
|
Post subject:  Posted: Thu Jul 03, 2008 2:00 pm |
| Alu-alu |
 |
Joined: Fri Apr 18, 2008 10:37 am Posts: 621 Location: Puncak Alam / Bukit Subang
|
abuyon9853 wrote: bilalah budak ni nak insaf.ada sesiapa yang ada info atau gambar budak ni kalau boleh siarkan sikit.manalah tau kot2 dia buat hal kat sarawak pulak.
Setuju gak kalau ada pic dia tu... hanya perlu siarkan dlm semua laman web Pancing agar ramai pembaca tahu..
Satu idea yg menarik utk mengembalikan imej pemancing yg bersih.
|
|
|
|
 |
|
gerong_belang
|
Post subject:  Posted: Fri Jul 04, 2008 10:17 am |
| Layaran |
 |
 |
Joined: Tue Oct 10, 2006 11:44 am Posts: 5517 Location: Selangor kekadang Dungun.
|
sib baik abg wan yg aku kenal kat johor tu bukan kaki kencing... ape order memang sampai.. ehhehe...
TQ abg wan...
risau gak takut dier tu terkena tempias sebab name samer...
_________________ Man GB - 013.350.5153 / gerong_belang@kakipancing.net Rokok ? Gua nak berenti la.. hehe...
|
|
|
|
 |
|
bjunt
|
Post subject:  Posted: Wed Jul 09, 2008 2:12 pm |
| Newbie |
 |
Joined: Fri Nov 30, 2007 7:44 pm Posts: 8 Location: wangsa maju
|
|
ader jugak manusia cam tu dlm dunia ni...
terasa cam nak sepak jer lobang hidung dia tu..
|
|
|
|
 |
|
peeja
|
Post subject:  Posted: Wed Jul 16, 2008 12:33 pm |
| Jenahak |
 |
Joined: Thu Feb 14, 2008 1:41 pm Posts: 379 Location: TELUPID-Kota BharU-JERTIH
|
|
apa la tujuan orang tu....
nak rosakkan nama angler2 kita mmg xpatut
|
|
|
|
 |
|
realbuntal
|
Post subject:  Posted: Wed Jul 16, 2008 1:45 pm |
| Tenggiri |
 |
 |
Joined: Mon Jul 02, 2007 8:09 am Posts: 2040 Location: kuala lumpur
|
org2 g2 pk perot dan nafsu sendiri je peeja.bkn pk hak org lain pon.nama pon penipu.itu baru satu penipuan yg direka oleh penipu cam tu...yg akan dtg ni plak apa la yg penipu2 ni akan create plak.kita sbg org yg bakal kene tipu ni kenela lebih berhati2
dinrias wrote:
hahah kalau sama pon mgkn saiz dan lbs nye beza bang din..... 
_________________ Realbuntal (Along) 017.397.6652 realbuntal@kakipancing.net / realbuntal@yahoo.com
|
|
|
|
 |
|
peeja
|
Post subject:  Posted: Wed Jul 16, 2008 2:07 pm |
| Jenahak |
 |
Joined: Thu Feb 14, 2008 1:41 pm Posts: 379 Location: TELUPID-Kota BharU-JERTIH
|
|
sanggup menipu org utk dapat skit duit n barang2(mgkin)...
kesan nyer kita2 ni lah yg sering kali berurusan dgn bot2, guide2 n pekedai2...
sb org akan berhati2 dlm segala urusan...
yg akan mbbkan dorang lebih berhati2 tu dgn kata lain lebih cerewet dgn org yg bukan kastemer tetap...
dorg takut pisang berbuah dua kali....
|
|
|
|
 |
|
Barramundi
|
Post subject:  Posted: Fri Jul 18, 2008 12:38 pm |
| Bilis |
 |
Joined: Tue Apr 01, 2008 11:37 pm Posts: 29
|
Tuan-tuan,
org ini pernah masuk ke dalam web UAT www.utaraanglers.com dengan menggunakan nama samaran seluang buluh. Dia jugak ada menghantar gambarnya dan beberapa maklumat.
namun kami dr UAt tak pasti adakah ini orangnya. Cuma bila diminta buat penjelasan terus dia menghilang. Drp perbincagan dgn Sdr Faiz saya diberitahu memang itulah orgnya.
Dlm dunia Tuhan ciptakan jugak manusia ini, tetapi penipu, penfitnah ada dalam banyak bentuk. kalau anda menerima sesuatu perkara, siasat dulu dan fikirkan apa tujuannya. InsyaAllah kalau kita berhati-hati dan ada kitab ada agama, semua ini akan dapat ditepis. 
|
|
|
|
 |
|
john_off_labu
|
Post subject: Re: Penipuan Dalam Dunia Pemancing Malaysia  Posted: Sat Sep 06, 2008 3:30 pm |
|
|
|
KALAU ADA GAMBAR DIA KITA TAMPAL KAT MANA MANA SUPAYA ORANG DAPAT LIHAT MUKA BERDEBAH TU . KITA CAMPAK KAT LAUT SUPAYA DIA DI JADIKAN IKAN HEHEHE
|
|
|
|
|
 |
|
PB tepeng
|
Post subject: Re: Penipuan Dalam Dunia Pemancing Malaysia  Posted: Tue Oct 28, 2008 11:21 am |
| Alu-alu |
 |
Joined: Tue Aug 05, 2008 12:56 pm Posts: 800 Location: parit raja,UTHM, kemunting perak
|
|
adoiiiiiiii.....sakit ada org mcm ni....pe la yang dia pikir sebenar nya?? kalau tipu ikan guna gewang tu x pe la jugak....ni tipu org idup2.... macam mana la dia nak bg mkan anak bini dia.....guna duit haram jugak ker???? mcm mana perasaan bini dia kalau dapat tau laki dia seorang penipu???dan hasil haram tu bg anak bini dia makan???
p/s:kepada wan kalau baca topik ni...insafla...kalau x kesian kat diri ko...kesian kat anak ngan bini ko tu....jgn dorg makan bnd haram....
|
|
|
|
 |
|
|
 |
|
 |
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum
|
|