|
It is currently Sat May 25, 2013 6:10 pm
|
 |
|
 |
|
| Author |
Message |
|
Syakir
|
Post subject: Penipuan Dalam Dunia Pemancing Malaysia  Posted: Thu Jun 05, 2008 3:52 pm |
| Administrator |
 |
 |
Joined: Fri Dec 30, 2005 11:31 am Posts: 1911 Location: Kuala Lumpur
|
Berikut adalah surat yang diminta untuk disiarkan oleh Editor Pancing, En Faiz Karim.
Harap maklum.
-----
NOTIS:
Dunia Pemancing Malaysia Kecil, kepada para penipu, berhati-hati!
Baru-baru ini terdapat berita bahawa ada wakil daripada Majalah Pancing dengan surat palsu (dengan tandatangan palsu) daripada editor majalah tersebut datang untuk meminta sumbangan (sponsorship) dalam bentuk barangan pancing untuk trip memancing beliau. Bedebah ini, yang menamakan diri sendiri sebagai Wan, kurus, tinggi dan berkulit gelap juga dilengkapi dengan kamera berteknologi tinggi, berjanji akan menulis artikel untuk Majalah Pancing dan akan memasukkan sekali nama kedai tersebut. Dia juga mempunyai banyak pengetahuan dalam barangan pancing terutamanya barangan Shimano. Satu kes terjadi ialah kepada empunya Kedai Pancing Joran Bagus (Joran Bagus Tackle Shop) di Kota Tinggi Johor, En. Azmi yang hilang barangan pancing sebanyak RM 4000 kepada bedebah ini.
Dalam cerita lain wartawan kami Adlizam Yasin menerima tawaran Abu Revo Inshore yang sangat murah daripada seseorang dari Johor Bahru yang juga dikenali sebagai Wan, yang mengatakan beliau kata barang tersebut adalah daripada kelab yang baru ditutup milik beliau. Beliau juga mengatakan beliau bekerja sebagai Jurutera Shimano di Singapura. Setelah siasatan dijalankan, Shimano Singapura hanya mempunyai bahagian jualan dan tiada melayu yang bekerja disana. Oleh itu, ketulenan Revo itu juga diragui.
Satu lagi kejadian yg berlaku di Kenyir pengusaha rumah bot hijau yang terkenal tekong Ibrahim. Seseorang yg menyatakan dirinya daripada Majalah Pancing meminta satu sesi memancing percuma ataupun sesi memancing dengan potongan harga. Modus operandi masih sama iaitu berjanji untuk menulis rencana tentang sesi memancing bersama pengusaha bot didalam majalah Pancing. Selepas habis sessi memancing, orang ini didapati hilang tanpa dapat dikesan.
Saya tidak nafikan masih terdapat banyak kes seperti ini berlaku sebelum ini, yang tidak dilaporkan kepada kami.
Kami hanya membenarkan penulis sambilan yang disenaraikan sebagai wakil kami iaitu Pok Mud (Tahizam Abdul Karim, Selangor), Ariffin Ramli (Johor), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bodol (Serawak), Raccos (Mohd Norsham Hashim, Selangor), Ali Marzuki (Selangor), dan Abu Syahrani Bujang (Serawak). Segala sumbangan untuk nama-nama yang tertera di atas mesti melalui pejabat Majalah Pancing dan tidak terus kepada mereka.
Oleh itu, kepada semua kedai pancing dan pengedar barangan pancing, tekong & operator, hotel, chalet, kolam memancing, tolonglah lebih berhati-hati. Setiap kali ada orang yang mengaku datang daripada Majalah Pancing, pastikan dia boleh memberi bukti sah seperti kad nama atau surat rasmi sah daripada Pancing, Life Publishers Berhad atau jika masih ragu-ragu, sila telefon saya di 012.3911.787 atau email faiz_karim75@hotmail.com untuk pengesahan.
Terima kasih diatas kerjasama semua.
Faiz Karim
-------------
NOTICE:
Malaysian Angling World is Small, to the frauds, be carefull!
Recently there was a fraud Pancing's representative with fake letter (with fake signature) from the Editor of the magazine asking for sponsorship in term of fishing tackles for his fishing trip. This culprit, known name as Wan, is skinny, tall and dark skin was also equipped with sophisticated camera, promised to write article for Pancing magazine and also would include the tackle shop name as well. He is also sound known very well about the tackle industry dan fishing tackles especially Shimano products. One case happened to the owner of Joran Bagus Tackle Shop in Kota Tinggi Johore, En. Azmi that lost fishing equipment worth RM 4000 plus to this person.
On the other hand my reporter Adlizam Yasin had been offered a very cheap Abu Revo Inshore from a guy from JB also named Wan, who claimed that the item was belong to his recently closed fishing club. He claimed he worked as Shimano Engineer in Singapore. When further investigated by us, Shimano Singapore only handles sales and no Malay worked there. Therefore we also doubt of the originality of the Revo.
Another case happened in Kenyir to the Green Boat House handled by the famous tekong Ibrahim. A person claimed from Pancing Magazine asking for free or discount fishing trip. Modus of operandi still the same, a promise to write article for Pancing. After the trip, news about the person was good as gone.
I'm afraid there are more cases happened before, which never been reported to us.
We only allowed our part time writers as listed to be our representatives that are Pok Mud (Tamizam Abdul Karim, Selangor), Arifin Ramli (Johore), Ibrahim Jusoh (Kelantan), Azmi Ariffin (Penang), Faizul Osman (Selangor), Daud Bogol (Sarawak), raccos (Mohd. Norsham Hashim, Selangor), Ali Marzuki (Selangor) and Abu Syahrani Bujang (Sarawak). Any sponsorship for these said name must go through Pancing's office not directly to them.
So, for all tackles distributors, tackle shops, fishing operators, hotels, chalets, fishing ponds, fishing charters, please be inform and be extra careful. Each time any person claims come from Pancing Magazine, make sure he can produce genuine name card or letter from Pancing, Life Publishers Berhad or if still doubt, call me on my HP 012-3911 787 or email faiz_karim75@hotmail.com for further confirmation.
Thanks for your cooperation.
Faiz Karim
Last edited by Syakir on Mon Jun 16, 2008 4:57 pm, edited 1 time in total.
_________________ Hook the fish, or die trying!
|
|
|
|
 |
|
kazukeshiki
|
Post subject:  Posted: Fri Jun 06, 2008 10:59 am |
| Jenahak |
 |
 |
Joined: Sat May 26, 2007 2:56 pm Posts: 442 Location: Kuantan, Dungun
|
sepatsiam wrote: ada juga malaun macam ni..........kalu dapat tangkap kita potong2 jer wat umpan
ader ker ikan nak makan umpan tu bro? takut sampai ke ikan dukang pn x nak telan. die sepak2 jer. hehehe...
_________________ Kazukeshiki (Kazu@Haikal) 019.923.2394 kazukeshiki@kakipancing.net
|
|
|
|
 |
|
toman_harimau24
|
Post subject:  Posted: Fri Jun 06, 2008 2:56 pm |
| Alu-alu |
 |
Joined: Fri Apr 18, 2008 10:37 am Posts: 621 Location: Puncak Alam / Bukit Subang
|
|
"Baru-baru ini terdapat berita bahawa ada wakil daripada Majalah Pancing dengan surat palsu (dengan tandatangan palsu) daripada editor majalah tersebut datang untuk meminta sumbangan (sponsorship) dalam bentuk barangan pancing untuk trip memancing beliau."
Dalam soal ini, aku rasa tauke kedai takkan rasa syak wasangka kalau kita datang hanya untuk membeli umpan katak, keli & etc.
Kalau gi TCE Tackles pon, takkanlah kita nak kata kita dr Majalah Pancing? Padahal nak window shopping je.
Aku rasa individu yg membuat nama pemancing buruk di mata tauke2 kedai ialah individu yg betul2 dah desperate nak duit sbb harga minyak naik kot?
Tapi sekiranya benda ini berlaku, kira individu ini mmg seorg yg profesional, pandai bermuka2 dan putar alam. Dia juga dah tak fikir soal agama dalam hal2 begini.
HIDUP DIA TAKKAN AMAN/SELAMAT JIKA MEMBUAT KEJAHATAN DI DUNIA
(pergh..... nie kira pendapat + nasihat + motivasi, hehehehe)
|
|
|
|
 |
|
raccos
|
Post subject:  Posted: Fri Jun 06, 2008 4:30 pm |
| Sembilang |
 |
Joined: Tue Apr 08, 2008 10:02 am Posts: 51 Location: Bkt Beruntung/Selayang/Hulu Selangor
|
Takpe ler geng...biar pihak berkuasa yg menjalankn tugas ni. Yg penting kite dan kawan2 lain lebih berhati2 kerana kes macam ni mana2 pun blh berlaku.
Tapi yg pastinya janji kite blh mancinggggggg........ 
|
|
|
|
 |
|
Octopussy
|
Post subject:  Posted: Sat Jun 07, 2008 2:26 am |
|
|
raccos wrote: Takpe ler geng...biar pihak berkuasa yg menjalankn tugas ni. Yg penting kite dan kawan2 lain lebih berhati2 kerana kes macam ni mana2 pun blh berlaku. Tapi yg pastinya janji kite blh mancinggggggg........ 
Sham,
Amacam? Dah dapat semua foto2 dari FunFishing dan PakcikAbu?
Sori la beb tak dpt bantu dengan efisien bab foto2 dan repot tu
sebab memang agak sibuk dengan tugasan harian yang tiba2
berlonggok sementelah selesai BTR hari tu..
Takpe...free nanti gua turun minum dgn lu plus Jpon...
Cheerio!
___________________________________________________
Pasal isu ini, aku rasa tokey2 kedai pun perlu tau cara2 menghubungi
dengan cara yang tepat wartawan2 yang dilantik oleh majalah.
Dan majalah2 yang ada juga perlu mencatatkan nama2 wartawan2
tersebut didalam majalah mereka. Ini bagi memudahkan tokey atau
mana2 individu utk mengenali wartawan2 yang bertugas secara
sepenuh masa dan separa masa.
Rasanya penipuan ini ujud atas dasar tidak ambil peduli dengan
senario pemancingan professional dimana majalah2 kita di Msia
semakin baik pasaran dan ramai wartawan2 yang terlibat tidak
dikenali kecuali anda seorang pembeli tetap majalah2 tersebut.
Andai wartawan2 yang sedia ada dapat dikenali walaupun sekadar
hanya catatan nama di majalah, itu sudah lebih mencukupi bagi
rujukan orang lain.
Namun, kalau dah nama penipu, macam2 cara ada...hmmm.... 
|
|
|
|
|
 |
|
mat tarpon
|
Post subject:  Posted: Sat Jun 07, 2008 10:17 am |
| Bilis |
 |
 |
Joined: Wed Apr 16, 2008 6:43 am Posts: 12
|
sekarang nei sungguh senang nak dapat benda free tanpa mengira batas2 ketatasusilan....penipu macam nei patut kita ajar...jail ke sula.
biar dia sedar...........
mat tarpon
|
|
|
|
 |
|
raccos
|
Post subject:  Posted: Mon Jun 09, 2008 8:56 am |
| Sembilang |
 |
Joined: Tue Apr 08, 2008 10:02 am Posts: 51 Location: Bkt Beruntung/Selayang/Hulu Selangor
|
Octopussy wrote: raccos wrote: Takpe ler geng...biar pihak berkuasa yg menjalankn tugas ni. Yg penting kite dan kawan2 lain lebih berhati2 kerana kes macam ni mana2 pun blh berlaku. Tapi yg pastinya janji kite blh mancinggggggg........  Sham, Amacam? Dah dapat semua foto2 dari FunFishing dan PakcikAbu? Sori la beb tak dpt bantu dengan efisien bab foto2 dan repot tu sebab memang agak sibuk dengan tugasan harian yang tiba2 berlonggok sementelah selesai BTR hari tu.. Takpe...free nanti gua turun minum dgn lu plus Jpon... Cheerio! ___________________________________________________ Pasal isu ini, aku rasa tokey2 kedai pun perlu tau cara2 menghubungi dengan cara yang tepat wartawan2 yang dilantik oleh majalah. Dan majalah2 yang ada juga perlu mencatatkan nama2 wartawan2 tersebut didalam majalah mereka. Ini bagi memudahkan tokey atau mana2 individu utk mengenali wartawan2 yang bertugas secara sepenuh masa dan separa masa. Rasanya penipuan ini ujud atas dasar tidak ambil peduli dengan senario pemancingan professional dimana majalah2 kita di Msia semakin baik pasaran dan ramai wartawan2 yang terlibat tidak dikenali kecuali anda seorang pembeli tetap majalah2 tersebut. Andai wartawan2 yang sedia ada dapat dikenali walaupun sekadar hanya catatan nama di majalah, itu sudah lebih mencukupi bagi rujukan orang lain. Namun, kalau dah nama penipu, macam2 cara ada...hmmm.... 
Pasal gambar tu semua sattle dah...TQ Bro...
Kalau xde masalah insyaallah bulan depan keluar ler report BTRII.
Nak lepak minum tarak hal bro...
|
|
|
|
 |
|
md7
|
Post subject:  Posted: Fri Jun 13, 2008 12:41 pm |
| Jenahak |
 |
 |
Joined: Tue May 01, 2007 8:55 pm Posts: 283 Location: Penang--Kuantan--Kelate
|
Syakir wrote: bro md7,
orang kalau nak menipu, tak pikir halal haram dah. tak pikir dunia akhirat dah. title utk orang mcm ni adalah 'scammer', bukan lagi 'frauder'. mcm mana kite benci spam, camtu la kite benci scam.
orang lain kumpul duit 4-5 bulan pasal nak beli brg yang diingini, tapi ade orang amik jalan pintas. ape la nak jadi m'sia skang ni.
betul tuh bro syakir...
tapi takper...kalau dia memang betul nak berubah...and insaf atas segala perbuatan dia tuh...kita beri dia peluang...
sebenarnya sy sendiri pun almost tertipu dengan dia nih...
dah nak kirim barang mancing dah ngan dier...nasib baik sempat sedar ngan email nih...
|
|
|
|
 |
|
toman_harimau24
|
Post subject:  Posted: Fri Jun 13, 2008 2:21 pm |
| Alu-alu |
 |
Joined: Fri Apr 18, 2008 10:37 am Posts: 621 Location: Puncak Alam / Bukit Subang
|
md7 wrote: katanya: namanya Wan, umurnya 37 tahun dan berasal dari Kedah tapi menetap di Johor Bahru, sekarang bekerja di Shimano Spore sebagai Instrument Engineer, dan mempunyai 2 org anak. gambarnya ada....tapi tak dapat nak dipublish untuk memberi peluang untuk 'Wan' memperbaiki diri dulu...
Kepada 'Wan' nih.. kalau anda terbaca nih....harap dapat perbaiki diri anda.... takkan aman hidup kita dunia akhirat kalau hidup ngan menipu org nih.... lagipun, takkan la duit yg kita dapat dari hasil menipu tuh nak diberi makan anak kita?
insaflah....
dia juga adalah salah seorg dr members KPN nie??
|
|
|
|
 |
|
BILIS
|
Post subject:  Posted: Fri Jun 13, 2008 10:29 pm |
| Bilis |
 |
Joined: Wed Nov 14, 2007 11:18 pm Posts: 30
|
|
Ni yang buat masalah .... kawe selalu gak order barang dari thread mancing.... dah le miskin... kena tipu plak.... nak kena beringat sebelum kena. Nick Seluang buluh ni dah lama senyap... atau tuko nick lain Md7?
|
|
|
|
 |
|
md7
|
Post subject:  Posted: Wed Jun 18, 2008 11:01 am |
| Jenahak |
 |
 |
Joined: Tue May 01, 2007 8:55 pm Posts: 283 Location: Penang--Kuantan--Kelate
|
BILIS wrote: Ni yang buat masalah .... kawe selalu gak order barang dari thread mancing.... dah le miskin... kena tipu plak.... nak kena beringat sebelum kena. Nick Seluang buluh ni dah lama senyap... atau tuko nick lain Md7?
tak pasti la bro BILIS...
p/s: bro BILIS nih FIZZI kan?
|
|
|
|
 |
|
BILIS
|
Post subject:  Posted: Sat Jun 28, 2008 9:29 pm |
| Bilis |
 |
Joined: Wed Nov 14, 2007 11:18 pm Posts: 30
|
md7 wrote: BILIS wrote: Ni yang buat masalah .... kawe selalu gak order barang dari thread mancing.... dah le miskin... kena tipu plak.... nak kena beringat sebelum kena. Nick Seluang buluh ni dah lama senyap... atau tuko nick lain Md7? tak pasti la bro BILIS... p/s: bro BILIS nih FIZZI kan?
Maaf ler lambat reply;
Bukan ler... saya Seluang kat MFN... tu yang terkujat tuh...nama selaung kat sini dat owang amik.
|
|
|
|
 |
|
|
 |
|
 |
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum
|
|