All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 135 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4, 5 ... 14  Next
  Print view

Mabuk Laut dan Cara Mengatasinya
Author Message
PostPosted: 18 May 2007, 15:20 
sembang kat sini plak pasal mabuk laut... :D


Top
  
 

PostPosted: 18 May 2007, 15:21 
aliputat wrote:
Terima kasih pak ngah... memandangkan Pak ngah nie expert pasal bab2 farmasi bleh tlg bagi tau jenis2 ubat farmasi utk tahan mabuk laut nie... Yg saya tau 2 jenama jer. Novomin & cephadol


Top
  
 

PostPosted: 18 May 2007, 15:22 
Pak Ngah wrote:
Sekarang dah lari topik bang...

Tetapi, bila memikirkan kebajikan dan ilmu yang memberi manafaat kepada manusia lain, tentu saya akan bantu..

Produk "anti-mabuk" dipasaran ada banyak jenis, dan digunakan untuk pelbagai indikasi.. mabuk, muntah, pening2, meloya, selsema dan belbagai lagi....Tidak semua orang sesuai mengambilnya dan perlu awasi kesan sampingan yang kadang kala memudaratkan kesihatan.

Apapun nama-nama yang diberikan adalah nama dagangan (brand name) dan ia sering diguna oleh pengguna. Bagi ahli farmasi, kami lebih selesa dengan nama generik (nama umum) sebab ada berpuluh ribu jenis ubat dipasaran...menggunakan pelbagai nama dagangan.. Macam ubat gigi. (satu nama sahaja) tetapi banyak nama dagangan dipasaran...(colgate, darlie, zaiton dan macam lagi..

Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi Difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk. Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama /jenis ubat ini.

Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya,ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing,1-2 biji 30minit sebelum turun ke laut. Saya tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing-pemancing. Ianya agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidak-seimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga. Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.

Saya akan nasihatkan pemancing, jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti dilaut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja.

Saya selalu syorkan mengambil 1 atau 2 biji Meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan. Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali kelaut.

Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dll. Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan (membaiki mesin, ikatan tali dll).

Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja.

Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.

Saya akan bantu kaki pancing...Mungkin pihak admin boleh letakan ruangan khas bagi panduan ini agar banyak pihak dapat maklumat ini..


Top
  
 

PostPosted: 18 May 2007, 16:50 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
wooOOOoooo... terima kasih pak ngahhh...

Kepada kwn baik la baca2 info nie. ...

Lagi satu soklan saya... Bagaimana plak sesetengah org yg membeli ubat mabuk kat kedai2 ubat cina tu pada pendapat pak ngah la... Ade sesetengah org kata ubat mabuk kedai cina nie mujarab...


Top
 Profile  
 

PostPosted: 19 May 2007, 12:11 
Haiyaa Mr Ali, yg ko beli kat kedai obat cina tu 'ubat mabuk', bukan obat 'tahan mabuk', kalu dah makan obat mabuk tuu mana leh mabuk laut lagi...........ngek, ngek, ngek, ngek...............:D:


Top
  
 

PostPosted: 19 May 2007, 13:41 
Offline
Tenggiri
Tenggiri

Joined: 02 Mar 2007, 11:41
Posts: 1239
Location: Klang
Yeb lah ali ni suka makan ubat yang memabukkan kot.Bukan nya ubat tahan mabuk.


Top
 Profile  
 

PostPosted: 19 May 2007, 18:31 
Offline
Tenggiri
Tenggiri

Joined: 14 Mar 2007, 23:18
Posts: 1212
Location: Planet bumi
kakaptodak wrote:
Yeb lah ali ni suka makan ubat yang memabukkan kot.Bukan nya ubat tahan mabuk.


bukan ali je yg mabuk.... gewang dia pong mabok gak.. heheeee


Top
 Profile  
 

PostPosted: 20 May 2007, 02:37 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 02 Feb 2007, 12:08
Posts: 3093
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
KURAUKING wrote:
Haiyaa Mr Ali, yg ko beli kat kedai obat cina tu 'ubat mabuk', bukan obat 'tahan mabuk', kalu dah makan obat mabuk tuu mana leh mabuk laut lagi...........ngek, ngek, ngek, ngek...............:D:


Yang aku tau kalau ubat mabuk kat kedai ubat cina tu Guinness Stout....
Yang ubat tahan mabuk kat kedai ubat cina tu cap Kapal terbang..

Yang mana satu tu Alifutatol...??


* Huhuhuhukkskkkshuk......... :mrgreen:

_________________
octopussy@kakipancing.net \ +6019.3622.494


Top
 Profile  
 

PostPosted: 20 May 2007, 18:25 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
aiyah !!!! Aku tershasul la.... :evil: :evil: :evil: :evil: :evil:
Cepat jer jadi bahan... !!! Ubat tahan mabuk !!!!


Top
 Profile  
 

PostPosted: 21 May 2007, 00:32 
Itu macam kalu bila turun laut kena jerit ' YAAAAAAAAAASEEEEEEENG~!!!
Sure tak mabuk laut punya........wakaka...........:D:




Octopussy wrote:
KURAUKING wrote:
Haiyaa Mr Ali, yg ko beli kat kedai obat cina tu 'ubat mabuk', bukan obat 'tahan mabuk', kalu dah makan obat mabuk tuu mana leh mabuk laut lagi...........ngek, ngek, ngek, ngek...............:D:


Yang aku tau kalau ubat mabuk kat kedai ubat cina tu Guinness Stout....
Yang ubat tahan mabuk kat kedai ubat cina tu cap Kapal terbang..

Yang mana satu tu Alifutatol...??


* Huhuhuhukkskkkshuk......... :mrgreen:


Top
  
 

Display posts from previous:  Sort by  

Post new topic Reply to topic  [ 135 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4, 5 ... 14  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to:  



Top Fishing Websites at TopFishingSites.Com