Pak Ngah wrote:
Sekarang dah lari topik bang...
Tetapi, bila memikirkan kebajikan dan ilmu yang memberi manafaat kepada manusia lain, tentu saya akan bantu..
Produk "anti-mabuk" dipasaran ada banyak jenis, dan digunakan untuk pelbagai indikasi.. mabuk, muntah, pening2, meloya, selsema dan belbagai lagi....Tidak semua orang sesuai mengambilnya dan perlu awasi kesan sampingan yang kadang kala memudaratkan kesihatan.
Apapun nama-nama yang diberikan adalah nama dagangan (brand name) dan ia sering diguna oleh pengguna. Bagi ahli farmasi, kami lebih selesa dengan nama generik (nama umum) sebab ada berpuluh ribu jenis ubat dipasaran...menggunakan pelbagai nama dagangan.. Macam ubat gigi. (satu nama sahaja) tetapi banyak nama dagangan dipasaran...(colgate, darlie, zaiton dan macam lagi..
Novomin mengandungi ubat dimenhyrdinate manakala Cephadol mengandungi Difenidol yang tergolong dalam ubat-ubat anti-muntah dan mabuk. Banyak ubat-ubat jenama lain untuk mabuk dan muntah juga mengandungi nama /jenis ubat ini.
Ubat-ubat ini hanya boleh dibeli dari farmasi atau melalui pemeriksaan doktor di klinik sahaja. Jika ada kedai lain yang menjualnya,ia adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.
Ubat Novomin perlu dimakan 1 atau 2 biji tiga kali sehari, dan bagi pemancing,1-2 biji 30minit sebelum turun ke laut. Saya tidak syorkan ambil Cephadol bagi pemancing-pemancing. Ianya agak kuat dan lebih digunakan untuk rawatan penyakit ketidak-seimbangan yang dialami berkaitan gangguan dalam telinga. Kesannya tidak sebaik ubat-ubat lain yang sering diberi oleh doktor atau farmasi.
Saya akan nasihatkan pemancing, jika tak mabuk atau kesan mabuk tidak menjejaskan aktiviti dilaut, tidak perlu ambil ubat-ubat ini. Jika nak makan ubat juga, memadai dengan ambil 2 biji vitamin B6 (pyridoxin) sahaja.
Saya selalu syorkan mengambil 1 atau 2 biji Meclozine atau kombinasi meclozine dan Vitamin B6, ubat yang murah dan terbukti berkesan. Dimenhydrinate (Novomin) hanya disyorkan kepada mereka yang memang akan mengalami mabuk laut yang teruk setiap kali kelaut.
Harus ingat, ubat-ubat ini akan menyebabkan kesan sampingan seperti lemah-lemah badan, mengantuk, mulut kering, pening-pening dll. Maka, merbahaya jika memandu kereta atau sedang melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan (membaiki mesin, ikatan tali dll).
Kalau kita juga mengambil ubat-ubat lain juga seperti ubat batuk, selsema, gatal akan meningkatkan kesan buruk ubat ini. Maka dos ubat mabuk ini perlu dikurangkan kepada 1 biji sahaja.
Kesan-kesan sampingan mungkin berbeza mengikut individu, dan perlulah mendapat nasihat dari doktor atau farmasi untuk maklumat dan panduan terbaik.
Saya akan bantu kaki pancing...Mungkin pihak admin boleh letakan ruangan khas bagi panduan ini agar banyak pihak dapat maklumat ini..