All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 54 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next
  Print view

Etika-etika Pemancing
Author Message
PostPosted: 25 Apr 2007, 15:42 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
Byk benda kita dah bincang pasal pancing nie tapi pasal etika seorang pemancing kita x diskuss pun lagi... Bleh x kita senaraikan apa etika-etika nie x kira la kita memancing kat kolam, sungai, laut, jeti, kelong...

Kdg2 kita selalu sebut kat org xde etika tetapi adakah kita sendiri mempunyai etika2 memancing nie... Contoh masa aku gi OFB hari tu pastu ada group lain siap pasang koyan ngan pelampung sampai 30 meter sampai mengganggu org lain utk memancing kat atas pelantar ofb tu. Adakah org tu bleh dikatakan tidak beretika??

Harap supaya ia bleh menjadi panduan bagi kita kat KPN nie... :D


Top
 Profile  
 

PostPosted: 25 Apr 2007, 16:24 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 10 Oct 2006, 11:44
Posts: 5788
Location: Selangor kekadang Dungun.
jangan bahayakan diri sendiri..
jangan menyusahkan dan buat angler lain marah..
jangan mencemar alam sekitar..


:mrgreen:

_________________
Man GB - 013.350.5153 / gerong_belang@kakipancing.net
Rokok ? Gua nak berenti la.. hehe...


Top
 Profile  
 

PostPosted: 25 Apr 2007, 16:27 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
1)jangan bahayakan diri sendiri..
2)jangan menyusahkan dan buat angler lain marah..
3)jangan mencemar alam sekitar..

Ade lagi x ?


Top
 Profile  
 

PostPosted: 25 Apr 2007, 16:29 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
klu x dpt ikan jgn lak gi tuba, karen, bom dan lain2 yg sewaktu dgnnye


Top
 Profile  
 

Re: Etika-etika Pemancing
PostPosted: 25 Apr 2007, 19:10 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 02 Feb 2007, 12:08
Posts: 3093
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
aliputat wrote:
Byk benda kita dah bincang pasal pancing nie tapi pasal etika seorang pemancing kita x diskuss pun lagi... Bleh x kita senaraikan apa etika-etika nie x kira la kita memancing kat kolam, sungai, laut, jeti, kelong...

Kdg2 kita selalu sebut kat org xde etika tetapi adakah kita sendiri mempunyai etika2 memancing nie... Contoh masa aku gi OFB hari tu pastu ada group lain siap pasang koyan ngan pelampung sampai 30 meter sampai mengganggu org lain utk memancing kat atas pelantar ofb tu. Adakah org tu bleh dikatakan tidak beretika??

Harap supaya ia bleh menjadi panduan bagi kita kat KPN nie... :D


Satu topik yg cukup bagus utk diperbincangkan!!

Aku tak berapa ada masa nak bentangkan pendapat dan lain2...sbb ni dah nak kuar bertolak ke Langkawi atas urusan
kerja dan lain2...
So, bila balik ke KL nanti on Monday, bleh lah rasanya aku bagi
pendapat dll lagi tentang topik yang bagus nih...

Aliputat....caya lu..!! ( menggewang sampai lebam...)



* Letih campur lenguh...... :D

_________________
octopussy@kakipancing.net \ +6019.3622.494


Top
 Profile  
 

PostPosted: 25 Apr 2007, 23:17 
Offline
Tenggiri
Tenggiri

Joined: 14 Mar 2007, 23:18
Posts: 1212
Location: Planet bumi
aliputat wrote:
klu x dpt ikan jgn lak gi tuba, karen, bom dan lain2 yg sewaktu dgnnye


satu lagi..... jangan menghina set pancing orang lain....heheee





* aku pun pakai pancing cap ayam je..... ketau lutut beb nak beli yang branded *


Top
 Profile  
 

PostPosted: 26 Apr 2007, 11:09 
Hina tak aper bro belue, janji boleh dapat ikan..............:D:


Pernah terjadi pada aku lah kan, kawan-2 ketawa kata apadaa Tokey Kedai Pancing pakai joran dan mesin cap ayam tapi bila gua naik ikan sekor demi sekor, haa terbeliakmata mereka.........hahaha................:D:


Top
  
 

PostPosted: 26 Apr 2007, 11:34 
Offline
Knight
Knight
User avatar

Joined: 22 Nov 2006, 10:55
Posts: 5137
Location: Shah Alam/Klang/PJ
Saya tlg beri sedikit pandangan yea Bang Aliputat...
sedikit dari pemikiran kawan.....

Aper sajer Etika ketika memancing kenalah kengkawan ambil dari segi faktor tempat/lokasi & rakan2 memancing..... :roll:

1. Tempat/ lokasi - Setiap kali kita memancing seperti biasa la jaga tingkah laku......merangkumi semua lar tuh yea seperti mulut kita..kebersihan kena jaga..perangai kita..& bermcm2 lg tingkah laku....... :P

2. Rakan2 memancing - Seboleh2nya cuba kenali rakan2 memancing kita.....ketahui & selami mcm maner perangai dia...
supaya kita dpt masuk dgn cara pergaulan mereka.....

Beserderhana lah kita dlm aper pon tujuan kita di dunia ini.....
Sombong & bongkak tak kemana akhirnya.......

_________________
Allah Menjanjikan Balasan Pada Setiap Kejadian.
Semoga Kita Dpt Kehidupan yg Tenang.


Top
 Profile  
 

PostPosted: 26 Apr 2007, 12:03 
aku quote direct dari baramundi (MFN)...
dah lame dah kitorang bincang pasal topic nie...
so ini conclusion kitorang...


Quote:
Originally posted by Barramundi (MFN)


Inilah dia sebahagian rumusan yang boleh dibuat untuk tajuk ini berdasarkan perbincangan dan sedikit idea sendiri. Tajuk sediti bertukar, tetapi perlu untuk disesuaikan dengan arah perbincangan. Nampaknya bukan setakat di atas bot aje yang memerlukan satu garis panduan tetapi juga sebelum dan selepasnya. Mungkin ini tidak semuanya perfect atau dipersetujui tetapi bolehlah diterima sbagai sebagahian yang cuab diterapkan oleh setiap pengajur. Jika perlukan perubahan InsyaAllah akan diupdate dari masa ke semasa. So nikmatilah....

Yang nih jika menyentuh sensitiviti tak berkaitan dengan yang masih hidup atau mati.

Sebelum Trip:

1. Mendaftar dengan deposit wang tunai sahaja. Jumlah deposit perlu diberikan bergantung kepada kos trip. Bagaimanapun, rayuan dalam kes-kes tertentu boleh ditimbang oleh penganjur bagi kemudahan pemancing.

2. Deposit lupus sepenuhnya jika menarik diri tanpa pengganti tidak mengira waktu trip dikenselkan. Jika ada pengganti, keputusan masih bergantung kepada penganjur untuk menerimanya atau tidak berdasarkan kepentingan dan kebaikan pemancing-pemancing lain. Deposit yg lupus akan dimasukkan sebagai tabung trip (jika ada, jika tidak ada terserah kepada penyusun) dan pemancing tidak boleh mempersoalkannya lagi.

3. Jika pemancing yang ingin mendaftar lebih daripada had trip yang ditetapkan, maka akan dimasukkan sebagai reserve. Peserta reserve boleh menarik diri pada bila-bila tanpa terikat dengan sebarang penalti.

4. Hebahan trip akan dihebahkan secara terbuka melalui MFN. Semua ahli MFN berhak untuk mengikuti trip dengan kadar bayaran yang sama atau diputuskan penganjur. Tidak akan kekecualian atau keistimewaan diberikan untuk kumpulan-kumpulan atau pasukan tertentu sahaja. Sebarang perubahan adalah hak penganjur dan akan dimaklumkan kepada peserta yang membayar deposit. Oleh kerana segala makluman dibuka melalui MFN, maka adalah menjadi tanggungjawab peserta/pemancing untuk mendaftar, mengikuti segala makluman dan prosedur yang dijelaskan dalam/melalui MFN dan bukannya menjadi tanggungjawab penganjur untuk menghubungi/memaklumkan kepada peserta secara persendirian kecuali jika keadaan perlu.

5. Jika wang deposit dimasukkan melalui/secara online atau urusan mesin tunai, maka menjadi tanggungjawab pemancing/peserta untuk memberi makluman/menyimpan resit bayaran bagi urusan deposit itu. Sebarang kehilangan adalah di bawah tanggungjawab pemancing. Seeloknya bukti dikemukakan secara jelas melalui MFN dengan bersertakan segala butirannya.

6. Perjumpaan trip akan diadakan sekurang-kurangnya seminggu sebelum trip dan kehadiran/kerjasama semua pemancing/peserta adalah wajib tanpa prejudis. Jika tidak hadir, peserta dianggap bersetuju dengan segala keputusan yang dicapai/dimakluman oleh pihak penganjur.

7. Peraturan atau etika di atas bot yang jelas akan diedar/diberikan kepada pemancing tetapi bukanlah menjadi satu tugas yang wajib kepada penyusun trip. Peraturan juga boleh diberikan secara lisan mengikut pertimbangan/keperluan semasa dan kemudahan penyusun trip. Jika timbul sebarang masalah atau keadaan yang memerlukan, teguran yang jelas tetapi baik akan dibuat dan pemancing/peserta perlulah menerimanya secara positif. Segala masalah/aduan/ketidakpuasan hati boleh dikemukakan oleh peserta kepada penganjur/kapten trip dan seeloknya jangan meluahkan dahulu kepada pemancing atau tekong jika ia melibatkan/membabitkan sensitiviti pihak terbabit.

8. Kapten akan menggunakan budi bicara jika berlaku apa-apa masalah seperti kes pembatalan trip, kemalangan, perbalahan, keselamatan dan sebagainya yang bersangkutan dengan kepentingan trip. Peserta trip perlu menerima segala yang diputuskan sama ada secara biasa/luar biasa oleh penganjur/kapten tetapi mereka hendaklah dimaklumkan/diberikan penjelasan yang jelas, rasional dan mencukupi dari segi masa.

9. Penyerahan semula wang deposit akan dilakukan dalam tempoh 15 hari sekiranya trip dibatalkan atau peserta dikeluarkan dari trip setelah ditolak segala kos yang telah dibelanjakan/ditanggung penganjur/setiap pemancing.

Semasa Trip:

1. Adalah menjadi hak/tugas penganjur untuk menyusun kedudukan peserta di atas bot. Penganjur akan menggalakkan cara pengundian dilakukan tetapi jika terdapat sebarang kes istimewa (spesial case/request) yang boleh memberi kebaikan kepada semua peserta, maka budi bicara akan digunakan sebaiknya dan seeloknya akan dibincangkan/disepakati bersama. Budi bicara akan digunakan misalnya dalam kes-kes yang melibatkan jenis pancingan, peralatan, teknik dan keadaan-keadaan tertentu yang difikirkan perlu oleh penganjur/kapten. Kapten/penyusun trip boleh membuat keputusan untuk mengubah kedudukan pemancing dalam bot sekiranya terdapat keperluan antaranya dalam kes pemancing mabuk dan tidak dapat meneruskan pancingan, penggunaan peralatan/batu ladung yang tidak sesuai, teknik yang boleh mengganggu peserta atau penggunaan teknik-tenik yang memerlukan pelarasan tempat memancing. Segala budi bicara, dalam kes-kes sebegini, dan kes-kes lain yang melibatkan keperluan semasa, adalaj menjadi hak penganjur/kapten trip.

2. Peserta digalakkan membawa peralatan yang sesuai dengan teknik yang dirancang dalam sesuatu trip. Kaedah/teknik tertentu yang istimewa, jika ingin dilaksanakan/ditetapkan dalam sesuatu trip, mesti dimaklumkan oleh penganjur kepada semua peserta. Jika dengan tujuan itu peserta tidak mempunyai peralatan sesuai, ia harus dimaklumkan kepada penganjur. Jika tidak, penganjur berhak menggantikannya dengan peserta lain sekiranya didapti kes tersebut boleh menjejaskan aktiviti trip dan menyebabkan timbul prasangka dalam kalangan peserta lain. Penggunaan alatan pancing dari segi jenis, kedudukan atas bot, jumlah , kesesuaian dan sebagainya bergantung kepada jumlah peserta, kesesuaian teknik dan keselesaan peserta-peserta lain. Sekiranya penggunaan teknik dan peralatan tertentu boileh menyusahkan peserta lain, budi bicara boleh digunakan oleh kapten/penganjur setelah mendapat/tidak mendapat aduan pemancing lain. Peserta digalakkan membawa peralatan yang perlu sahaja dan memastikan semuanya dijaga dan dikendalikan dalam keadaan yang baik dan tidak mendatangkan masalah dari segi keselamatan, kehilangan, bebanan dan risiko kepada peserta lain. Peserta tidak digalakkan meminjam apa-apa jenis alatan dan aksesori dan dalam kes-kes tertentu, peserta yang kurang senang boleh mengadu kepada penganjur/kapten jika ada kes-kes yang melibatkan masalah di atas. Segala masalah yang melibatkan kehilangan atau keroasakan peralatan adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri dan jika ia melibatkan masalah dengan individu/peserta lain, seseorang peserta yang bertanggungjawab atas kes tersebut perlulah membuat penggantian/pembaikian/memohon maaf atas kapasiti individu. Penyusun trip akan menjelaskan keperluan peralatan dibawa dan menjadi tanggungjawab peserta untuk mengenalpasti/memastikan apakah peralatan yang sesuai/perlu dibawa semasa trip.

3. Segala persiapan dari segi makan minum atas bot akan disediakan oleh pihak penganjur, dan/atau dengan kerjasama yang diperolehi daripada semua pemancing. Setiap pemancing yang diberikan tugas wajib melaksanakan apa yang dipersetujui dan menjadi kesalahan pemancing/peserta tersebut jika tidak ditunaikan bukannya tanggungjawab penganjur yang mengagihkan tugas. Tindakan tatatertib yang terhad akan/mungkin/boleh dilaksanakan oleh penganjur seperti menyuruh urusan diselesaikan dengan segera/mengenakan bayaran tertentu/melarang terlibat dalam trip dan sebagainya yang diputuskan bersesuaian dengan kepentingan semua peserta. Menjadi tanggungjawab semua peserta untuk mematuhi dan tidak menggunakan unsur-unsur semangat ‘geng’, ‘komplot’ atau kumpulan untuk sama-sama membokikot atau menekan penganjur trip kerana keputusan dibuat atas kepentingan semua pemancing.

4. Pemancing dikehendaki menyediakan bayaran yang mencukupi/lebih semasa dalam trip dan menerima segala penambahan kos setelah dimaklumkan/berdasarkan keperluan trip jika berlaku penambahan kos keseluruhan atau wujudnya kos-kos sampingan yang melibatkan kos umpan, makan minum dan segala keperluan lain yang tidak tetap harganya. Jika berlaku perubahan lokasi, penganjur hendaklah mencari kata sepakat dan keputusan dibuat berdasarkan persetujuan semua peserta terbabit. Jika tidak, lokasi tidak akan diubah sekiranya ia mendatangkan kesusahan kepada pemancing dari segi bayaran melainkan jika ia ingin ditampung oleh penganjur sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab peserta/pemancing untuk memastikan keselamatan wangnya semasa di atas bot. Bayaran perlu dibuat sebaik sahaja bot sampai di jeti dan sebelum urusan pemunggahan barang dilakukan.

5. Kos trip akan dimaklumkan oleh penganjur kepada peserta sebelum pendaftaran. Oleh itu, tidak boleh wujud sebarang bantahan lagi sekiranya pemancing/peserta mendaftar berdasarkan kos yang diberikan/dimaklumkan dan menjadi satu yang menyalahi etika sekiranya pemancing yang tidak berpuashati dengan kadar yang dikenakan mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan penganjur dengan menimbulkan parasangka orang lain terhadapnya. Adalah menjadi tugas peserta pemancing untuk bertanya secara jelas/muktamad tentang kos yang perlu dibayar. Sekiranya kos yang dikenakan adalah tinggi, maka ia menjadi pilihan yang harus dibuat oleh peserta/pemancing sendiri sama ada mahu terlibat atau tidak sebelum mendaftar. Jika sudah mendaftar, maka deposit akan hangus jika menarik diri. Penganjur berhak untuk tidak memberitahu tentang kos sebenar tetapi sebaik-baiknya, kos bayaran bot dan caj khidmat sebenar dimaklumkan secara jelas kepada semua peserta. Penganjur juga seeloknya menjelaskan kos-kos lain termasuklah keuntungan yang dicajkan sekiranya ia mengambil untung tetapi biarlah sesuai dengan khidmat yang diberikan. Seeloknya kadar yang dicajkan penganjur tidaklah terlalu tinggi melebihi kadar bayaran bot bergantung kepada keperluan khidmat dan kos-kos tersembunyi yang perlu ditampungnya. Apapun jika khidmat diberikannya adalah sukarela tanpa sebarang caj, maka peserta hendaklah bertimbang rasa untuk membantu menampung segala kos tersembunyi yang ditanggung oleh penganjur dan membantunya. Budi bicara boleh digunakan oleh penganjur untuk menolak penglibatan pemancing pada masa akan datang sekiranya ia mendapati peserta/pemancing terbabit mendatangkan kecurigaan kepada pemancing lain dengan mewujudkan fitnah yang tidak betul tentang khidmat dan kos yang ditawarkan penganjur.

6. Semua peserta dimestikan/diwajibkan mengamalkan etika pancingan yang baik di atas bot dan/atau sewaktu urusan dikendalikan sebelum/semasa/selepas trip. Etika yang boleh diberikan contoh ialah bekerjasama dan tolong menolong dari segi pengetahuan, pelaksanaan asas-asas teknik dan kemudahan trip, sepakat dan bantu membantu dalam memudahkan urusan mengangkut dan mengendalikan semua peralatan, bertimbang rasa dan bertolak ansur jika wujud sebarang masalah remeh temah dan kecil-kecilan, bertungkus lumus semasa memancing, murah hati, berhemah dan bersabar dalam segala keadaan yang memerlukan dan tidak mengeluarkan pendapat/percakapan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama, perasaan individu dan tekong. Arahan dari masa ke sama mengenai cara pemunggahan barang, susun aturnya, keperluan ruang untuk tidur, penggunaan air, kebersihan dan keselesaan, keselamatan, dan semua keperluan lain akan diberikan/dibincangkan dari masa ke semasa mengikut keadaan dan menjadi tanggungjawab peserta untuk memberikan kerjasama/komitmen yang terbaik kepada penyusun trip/kapten. Jika peserta menimbulkan masalah dan perseteruan atau melakukan hal-hal yang mendatangkan kemarahan dan ketidakselamatan dalam bot, penganjur berhak untuk tidak menerima pendaftaran peserta/pemancing terbabit dalam trip-trip akan datang tanpa memerlukan sebarang penjelasan/dengan penjelasan jika perlu.

7. Etika tambahan lain yang berkaitan dengan jati diri seorang pemancing yang baik haruslah diterapkan setiap masa oleh semua yang terlibat dalam trip. Semasa di atas bot, elakkan daripada perbuatan bercakap besar, suruh menyuruh, pinjam meminjam, sindir menyindir, ejek mengejek secara kasar dan berkomplot untuk tujuan-tujuan yang menjejaskan dan menyentuh sensitiviti pemancing lain. Pemancing juga perlu mengenalpasti sensitiviti pemancing lain yang alahan kepada asap rokok sekiranya mereka merokok. Seeloknya mereka meminta kebenaran dan bertanyakan pemancing berdekatan mereka dahulu. Pemancing juga harus mengelakkan daripada membuat keputusan sendiri/membuat teguran sendiri/bercakap kurang ajar dan bertengkar dengan tekong kerana ia boleh menjejaskan bukan sahaja keceriaan dan hasil trip, malah membahayakan. Jika keletihan, pemancing digalakkan tidur atau baring di ruang yang disediakan tetapi biarlah dalam keadaan yang menyenangkan dan memberi ruang kepada ramai pemancing lain. Bagi yang beragama Islam, mereka diwajibkan menutup aurat dan menunaikan solat di atas bot biarpun dalam keadaan mabuk sekalipun dan sebarang salah laku adalah menjadi tanggungjawab pemancing/peserta sepenuhnya, bukan ditanggung oleh penganjur. Jika penganjur mungkin akan membuat teguran tertentu dan jika ia memikirkan penglibatan seseorang peserta boleh menjuruskan kepada perkara yang tidak baik dari segi mashlahat agama, individu atau keluarga, maka penganjur berhak menolak penyertaan pemancing terbabit dengan alasan/penjelasan yang baik.

8. Setiap pemancing harus peka dengan soal keselamatan bukan sahaja barangan tetapi nyawa. Oleh itu, segala tingkah laku seperti perbuatan, teknik dan cara memancing dan sebagainya yang boleh menjejaskan keselamatan misalnya melepak di pagar bot secara tidak selamat, meletakkan peralatan berbahaya (mata kail, popper, jig, batu ladung dsbnya) di tempat-tempat yang boleh mendatangkan ketidakselamatan kepada pemancing lain haruslah dielakkan. Pemancing juga perlu memastikan segala keperluan keselematan seperti jaket dan ubatan tertentu yang sesuai dibawa sendiri. Ubatan mungkin disediakan oleh tekong dan penganjur haruslah memastikannya, tetapi jika dalam kes-kes yang melibatkan penyakit yang tidak dimaklumkan dahulu, maka ia menjadi tanggungjawab sepenuhnya para pemancing/peserta. Penganjur haruslah mengingatkan/membuat teguran jika berlaku hal-hal tersebut untuk mengelakkan hal-hal lain yang tidak diingini. Jika berlaku kemalangan, maka semua peserta perlulah membuat kesepakatan sama ada untuk pulang atau tidak, tetapi jika ia melibatkan kemalangan yang boleh mendatangkan natijah buruk, maka penganjur harus bersikap tegas dan membuat keputusan segera. Selain soal keselamatan, soal kebersihan juga perlulah diambil berat. Pemancing perlulah menjaga kebersihan dari segi/semasa penggunaan tandas, selesai makan, menggunakan umpan yang mendatangkan kesan darah/bau, tidak membuang sampah merata-rata, khususnya ke dalam laut, dan memberitahu sekiranya ingin membuang air di belakang bot yang boleh menimbulkan ketidakselesaan pemancing lain. Sekiranya mereka menggunakan tandas dan air tawar yang disediakan dalam bot, gunakanlah dengan cermat memastikannya tidak kotor dan berlebihan. Elakkan daripada melepas ‘angin’ di hadapan pemancing lain khususnya yang sedang tidur/mabuk laut.

9. Beberapa langkah yang perlu harus dilakukan oleh seseorang pemancing jika mabuk laut. Pertama, ia perlu memastikan tidak mempunyai apa-apa risiko yang memudaratkan dirinya dan jika ada sesuatu yang mustahak perlulah dimaklumkan segera kepada kapten. Kedua, ia haruslah berehat dan baring untuk mengurangkan mabuk di temnpat yang selamat dan tidak menimbulkan risiko padanya. Ketiga, ia haruslah memastikan ruang tidur disediakan digunakan sebaiknya tanpa menjejaskan orang lain yang mungkin akan/sedang mabuk sama. Keempat, ia perlu memastikan peralatan atau joran tindak ditinggalkan begitu sahaja sebaliknya bertanya/memaklumkan kepada kapten/penganjur dan terserahlah kepada penganjur untuk meletakkan pemancing lain di kedudukannya atau untuk mengekalkan tetapi seeloknya dengan tidak membiarkan posisi itu dikosongkan sepenuhnya/umpan tidak diturunkan. Jika ini berlaku, ia akan membawa kerugian sekiranya kedudukan itu merupakan kedudukan pada lubuk yang baik. Kelima, sekiranya ia terasa ingin muntah, muntahlah pada tempat yang sesuai misalnya dalam laut. Keenam, ia perlu bersedia untuk kembali memancing setelah keadaan pulih dan jika tempatnya telah diambil alih pemancing lain, maka ia haruslah menerima tempat yang digantikan. Apapun budi bicara boleh digunakan oleh pihak penganjur sekiranya wujud kes-kes yang perlu demi keselesaan pemancing dan kebaikan trip.

10. Sekiranya sesuatu lubuk pancingan tidak menjadi, suatu tempoh ditetapkan untuk persediaan berpindah dan pemancing haruslah bersedia. Namun urusan berpindah akan diuruskan sebaik mungkin oleh penganjur dengan tekong dan jika perlu/sebaiknya, penganjur akan mendapatkan kesepakatan pemancing. Pemancing tidak dibenarkan sama sekali berurusan sendiri dengan tekong untuk berpindah atau mengutuk/memarahi tekong sekiranya sesuatu lubuk itu tidak mendatangkan hasil. Kemungkinan seseorang tekong mempunyai alasan tertentu untuk terus kekal di lubuk tersebut dan menjadi tugas penyusun trip/kapten untuk menerangkannya kepada semua peserta dari segi rasionalnya. Sekiranya lubuk/lokasi diubah berdasarkan kesepkatan semua pemancing, maka para pemancing haruslah mengetahui/menerima risiokonya dari segi masa, bayaran dan ketidakpastian lubuk/lokasi baru tersebut.

11. Masalah-masalah teknikal yang wujud perlulah ditangani dengan baik sama ada oleh pihak penganjur/kapten dan/oleh pemancing itu sendiri. Antaranya, masalah penggunaan teknik-tenik yang ditetap/dirancangkan/sesuai dalam trip, tali tersangkut, penggunaan umpan, penggunaan alatan dan batu ladung yang sesuai, dan sebagainya yang tidak mendatangkan sebarang kesulitan/kesusahan/kerugian kepada peserta/pemancing lain. Sekiranya perlu, penganjur akan menggunakan budi bicarakan untuk menyelesaikan masalah tetapi selok-eloknya para pemancing harus sentiasa berbincang dan bertolak ansur sesama sendiri. Sekiranya timbul ketidakpuasan hati yang boleh membawa pergaduhan dan sebagainya, peserta boleh membuat aduan untuk diselesaikan oleh penganjur tetapi ia dalam/pada masa yang sama haruslah menerima jalan penyelesaiain diberikan penganjur.

12. Hadiah-hadiah, sekiranya disediakan oleh penganjur, haruslah berdasarkan syarat/pertimbangan/kata putus penganjur sendiri melainkan jika ia melibatkan kepentingan/sumbangan peserta lain yang bersama trip, tetapi ini tidak digalakkan. Segala hal-hal lain yang melibatkan trip terpulang kepada budi bicara penganjur dan setelah disepakati, tidak boleh seseorang pemancing mengambil keputusan sendiri membelakangi keputusan bersama yang telah dibuat. Jika seseorang ahli menimbulkan masalah setelah keputusan bersama dicapai, menjadi satu kewajipan untuk semua peserta trip memberikan sokongan/membantu penganjur/kapten yang menjalankan/diberikan amanah bersama diberikan itu dan sekiranya perlu, menjelaskan/memaklumkan/menerangkan dengan sebaik mungkin kepada pihak-pihak/pemancing di dalam trip untuk mengelakkan terjadinya salah faham. Peserta harus mengutamakan keputusan penganjur dalam apa juga keputusannya kerana ia berkaitan dengan kepentingan bersama dalam trip. Melainkan jika keputusan dibuat hanyalah mewakili pihak penganjur, maka pemancing/peserta harus mengelakkan perbalahan yang tidak menguntungkan sebaliknya tidak lagi mendaftar trip penganjur yang sama pada masa akan datang.

Selepas Trip:

1. Peserta trip/pemancing hendaklah memastikan semua barang telah dikemaskan sebelum bot sampai di jeti dan bayaran kos trip dibuat. Segala persiapan/penyusunan/pemunggahan barangan perlulah dibuat secara gotong royong tanpa pengecualian. Peserta berhak ditegur oleh pihak penganjur jika menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan malas bekerjasama.

2. Dari segi pembahagian ikan, keputusan haruslah dibuat oleh penganjur, dan seelakonya diterima bersama. Beberapa langkah yang mungkin/boleh/disarankan diambil iaitu: Pertama, saguhati atau bonus diberikan kepada seorang yang menaikkan ikan terbesar/terbanyak/ dalam bentuk ikan yang dinaikkannya atau hadiah yang disediakan penganjur. Tetapi pemancing seloknya menyerahkannya kepada budi bicara penganjur. Rasional ini harus diterangkan dari awal yakni sebelum trip bertujuan menggalakkan pemancing berusaha sepenuh hati memperolehi hasil yang baik. Kedua, agihan sama rata dibuat sama ada dengan cara undian atau pemberikan terus/longgokan. Seeloknya pengundian dilakukan tetapi sekiranya seseorang pemancing yang mendapat lebih adalah pemancing yang tidak berjaya menaikkan seekor ikan pun semasa trip, maka seeloknya ia haruslah mengutamakan pemancing lain yang bertungkus lumus. Tetapi pada masa sama, itu terpulang kepada pemancing berkenaan dan keputusan undian haruslah diterima tanpa prejudis/secara terbuka. Sikap tolak ansur perlulah diutamakan dalam konteks pembahagian ini. Ketiga, sekiranya hasil lebih digalakkan diagihkan dengan membuat pembahagian secara potongan atau jika diterima, disimpan/dikongsi bersama untuk dibuat menu. Peserta tidak digalakkan untuk campur tangan dalam urusan pembahagian melainkan jika diberika tugas/kepercayaan oleh penganjur dan semua pemancing lain. Jika pembahagian telah dibuat, tidak wajar timbul rasa tidak puashati dan jika ia berlaku, ia harus diadukan kepada penganjur dengan cara terbaik. Adalah dikira melanggar etika sekiranya pemancing berkomplot atau menadu domba atau menghasut atau mencucuk perasaan orang lain sekiranya ia tidak berpuashati.

Syarat-syarat tambahan:

1. Semua peraturan/etika di atas haruslah dijaga oleh setiap pemancing untuk mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati dan keburukan dalam trip.
2. Bagaimanapun, segala budi bicara tentang tentang segala peraturan di atas dan jika ada, yang melibatkan jemputan trip dalam kalangan pihak-pihak/peserta/pemancing/wartawan/jurugambar/jurumasak/ yang digunakan penyusun secara percuma/separuh bayar atau bayar sepenuhnya, maka ia adalah terpulang kepada penyusun trip/kapten sekiranya ia membawa kebaikan kepada trip itu.
3. Peraturan di atas mungkin akan berubah dan dikemaskinikan dari masa ke mengikut keperluan semasa dan akan dimaklumkan kepada semua pemancing sebelum trip.
3. Peserta trip/pemancing yang tidak berpuashati kerana sesuatu hal tidak dapat dielakkan tetap adalah tidak wajar ia menggunakan platform yang terbuka, khususnya MFN untuk membuat tuduhan atau teguran, lebih-lebih lagi jika teguran itu timbul daripada rasa tidak puashati akibat hal-hal yang tidak bersangkutan dengan khdimat yang diberi masa trip atau kerana sikap songehnya sendiri yang menimbulkan masalah kepada trip.
4. Jika ini berlaku, sangatlah disarankan agar ia secara sukarela tidak lagi mendaftar trip/ditegur/ ditolak oleh penganjur daripada mengikuti trip kerana pemancing sebegini besar kemungkinannya akan terus bersikap sedemikian menyebabkan kes-kes yang sama akan berlaku lagi. Pemancing lain harus tidak memberi sokongan kepada peserta/pemancing yang suka menimbulkan masalah/mengacum orang lain seperti ini
5. Jika seseorang pemancing/peserta trip tidak lagi percaya kepada kebolehan/kebaikan/khidmat penganjur dsbnya, maka adalah disarankan ia memilih trip dan penganjur yang lebih sesuai mengikut kehendaknya.


Dan yg ini oleh GODET7. TQ.

ETIKA SEORANG PEMANCING YANG BAIK (Air Tawar dan Air Masin)

Sebelum pergi memancing

1. Pastikan semua kelengkapan untuk memancing adalah lengkap. Bukan setakat Rod dan Reel saja, mata, batu, swivel/kekili/clip, perambut, tandok (air masin), shock leader, umpan (air tawar) dan rod holder juga harus diambil tahu. Kalau malas nak check forum, sms kengkawan yang tahu.

2. Sediakan duit yang secukupnya untuk lain lain keperluan seperti duit minyak, tol, makanan dan lain lain.

3. Pastikan kenderaan telah siap sedia untuk berkhidmat. Jangan nak harap penganjur je yang tolong uruskan.

4. Bawa kelengkapan lain seperti baju hujan, baju spare dan lain lain keperluan peribadi bagi tidak menyusahkan kengkawan (kalau ada).

5. Untuk ahli yang dipertanggungjawabkan membeli makanan, beli la lebih lebih sikit. Jangan cukup cukup je, takut nanti tak cukup.

6. Maklumkan kepada keluarga anda mengenai trip tersebut bagi mengelakkan berlakunya sebarang kekeliruan.


]Semasa memancing

1. Set/ bincangkan/ buat undian/ giliran bagi membolehkan semua ahli dapat mencuba setiap port yang ade sama rata.

2. Kalau perambut anda buat symposium ngan main line kawan lain, cuba usahakan cara untuk menyelesaikan kekusutan tersebut. Jangan main tibai je, bincang elok elok dengan kawan tersebut.

3. Bile ade rabut, bagi tau la orang lain at least pon tekong atau captain supaya dapat difikirkan samada nak stay kat spot tersebut atau pindah spot. Kesian kat kenkawan lain yang kumpau.

4. Bile jumpa spot bagus, jangan kemut nak bagi tau kat kenkawan yang lain. Jangan bolot sorang spot itu sebab nanti hasilnye akan dibahagi sama rata jugak. (terutama sekali mancing air tawar)

5. Sila berikan kerjasama yang sebaiknya kepada semua kenkawan lain bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham semasa memancing.

6. Jika anda kumpau, jangan tergesa gesa nak balik. Kalau tak larat sangat, tido je dulu. Bagi chance kat kengkawan lain yang tak kumpau. Tak kire la, anda itu captain sekalipun. Perkara kumpau nie tidak tertakluk kepada orang baru sahaja, otai pon kengkadang tu ade gak yang kumpau, so terimalah hakikat.

7. Ikan yang berjaya didaratkan tu janganlah terus nak letak nama. Sakit hati dan mata kengkawan lain tengok. Sebaiknye diletak je terus dalam peti.

8. Ha… kalo nak buat lawak ke, nak ejek ke, tengok tengok la kiri kanan sikit. Jangan nanti sedar sedar ade parang melekat kat kepala korang, sakit dapat, bala pon dapat.

9. Bile naik bot, pastikan keselamatan dan kebersihan bot diutamakan. Ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kite bersama sewaktu memancing.

10. Bayo ramai ramai, makan pon ramai ramai. Jangan lahap semua, ingat mereka yang tersayang.

11. Diatas bot besar, untuk ahli yang bersembahyang, sila guna air dengan berhemat melainkan anda mencedok air laut. Kat tengah laut tu memang le banyak air tapi bukannye boleh diminum atau dimasak. Jangan sampai ibadah kita menjadikan dosa pada kawan lain yang dok bengang kat kita.

12. Lagi pasal sembahyang di atas bot, kalau boleh tu cari le port yang tidak digunakan oleh pemancing lain, misalnye atas bumbung bot atau di haluan. Boleh sembahyang duduk (teman udah tanye kat ustaz di uniten). Kengkawan lain pulak jangan le bantai lalu lalang kat depan orang yang tengah sembahyang, respek le sikit.

13. Untuk para pelabur, sila kasik warning sebelom membuat pelaburan anda. Kalo kene kat main line teman, confirm teman kembiri ‘adik’ mike buat umpan jerung.

14. Para pengkumpau professional, sila pastikan muntah anda tidak bersepah di lantai bot. Bukan hanya ia akan menyebabkan lantai licin, ianya juga akan membuatkan kengkawan lain tambah kumpau, terutama sekali teman.

15. Sila berpakaian yang sewajarnya. Memang la takde orang tengok tapi tuhan nampak !

16. Untuk mereka yang nak tido, sila pastikan pancing anda telah dikarau dan diletakkan ditempat yang sepetutnye. Jangan biar tergadai tak bertuan, takde balaci nak tolong karau pancing mike. Kalau idak pon, tido le sambil peluk batang pancing, nanti bile strike, mike boleh pilih, nak karau atau humban je pancing tu terus dalam laut.

17. Pada kengkawan lain, tolong kejut atau kasik alarm kat kengkawan yang tido peluk rod tu. Tunjukkan belas ehsan anda secara yang sewajarnya.

18. Pancing, pisau dan mata kail yang tidak digunakan, sila letak ditempat yang selamat. Ia bukan saja dapat menyelamatkan peralatan pancing anda dari dipijak atau tercampak ke dalam air malah ia juga dapat menyelamatkan anda dari dicampak ke air bersama gear pancing anda.

19. Semasa aktiviti casting or jigging, sila toleh kiri kanan atau kasik warning kat kengkawan sebelah menyebelah. Jangan nanti anda di sumpah menjadi popper atau lure lalu dibaling ke air.

20. Bab pakai kasut dalam bot, pada teman terpulang. Elok pakai kasut bagi mengelakkan kaki terpijak mata kail dan benda benda tajam lain yang berselerak. Tak elok pakai kasut kerana lantai bot selalunye licin. Sebaiknye dengo cakap tekong, awak2 or captain masing masing mengenai pemakaian kasut nie.

21. Akhir sekali, jangan berebut spot. Sebaiknye buat undian atau giliran mengikut kemampuan masing masing. Kat depan ke, kat belakang ke, kat tepi ke, sebenornye same je tapi kao udah batu ladung yang ade saiz 2 je, baik le duduk je kat belakang tu. Duduk depan karang, hanyut bersangkut ngan tali kenkawan kat belakang.

Lepas memancing

1. Yang nie paling sensitive, terutama sekali kalau hasil tangkapan tidak seperti yang diharapkan. Sebaiknya dibahagi sama rata. Jangan lupa pada tekong n awak2 atau guide yang banyak membantu. Memang la kita dah bayo, tapi ape salahnye dihulurkan seko dua kat diorang buat lauk.

2. Pada mereka yang berjaya mendaratkan ikan, jangan le cepat sangat nak cop ikan tu, ikan ni. Kalau memang ade special request dari orang di rumah, tak salah dibincangkan terlebih dahulu dengan kawan2 yang lain. Insyaallah, ape problem pon boleh kasik settle punye.

3. Untuk air masin, sebaiknye hasil tangkapan disettlekan sebelom bergerak meninggalkan bot. Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau kesilapan semasa pembahagian ikan, ye la, takkan sume duduk dalam kereta yang sama. Untuk air tawar, sebelom bergerak keluar dari tempat memancing, dibahagi bahagikanlah ikan tu mengikut sukatan yang sesuai. Kalau perlu potong, potong je n dibahagi bahagikan sama rata.

4. Setiap barang yang dipinjam semasa memancing hendaklah dipulangkan kepada tuannye dan maklumkan kepada tuannye mengenai pemulangan semula barang tersebut. Jangan main tinggal je kat dalam bot atau di tempat memancing, takde macai nak tolong check untuk korang, masing2 udah letih mancing.

5. Sila pastikan semua pembayaran telah selesai dibuat sebelom meninggalkan bot atau tempat memancing. Kerana di waktu ini, guide atau tekong akan meminta bayaran daripada pihak penganjur atau captain anda. Kesian kat captain yang terkontang kanting cover untuk anda. Lagi tak best kalu member lain la pulak yang kene tolong cover sebab captain pon tak bawak duit banyak.

6. Buat post mortem. Bagus untuk memantapkan lagi ilmu pancing kite dan dapat menambah-baik mutu penganjuran. Tak Bagus, kalau sume ahli kumpulan jenis ‘bodoh tak boleh nak diajar, pandai tak boleh nak diikut” buang masa je.



Top
  
 

PostPosted: 30 Apr 2007, 15:19 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
Pergh... Byk tuh...

Thanks godet tapi aku rasa baik kita ahli2 KPN nie berfikir & berbincang. Bagi plak members KPN nie memberi idea plak dlm topik nie..


Top
 Profile  
 

Display posts from previous:  Sort by  

Post new topic Reply to topic  [ 54 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: Google [Bot]


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to:  



Top Fishing Websites at TopFishingSites.Com