All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 24 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next
  Print view

Panduan Guna Sun Block
Author Message
PostPosted: 07 May 2007, 17:34 
Offline
Bilis
Bilis

Joined: 04 Apr 2007, 15:27
Posts: 14
Location: Petaling Jaya
member semua.. rasanya saya boleh membantu dalam bidang ini. Sebagai seorang ahli farmasi, saya akan turunkan panduan guna sun block yang betul.

Petua am: lebih gelap kulit kita, lebih rendah SPF yang diperlukan.
(lebih cerah kulit kita, lebih tinggi SPFnya yang perlu diguna) Ada jenis water-proof (boleh diguna masa berenang) dan macam2 lagi.

SPF (sun protection factors) merujuk kepada keupayaan menghalang cahaya untra-ungu jenis A dan B (UVA & UVB) yang boleh menjejaskan kulit jika terdedah kepada matahari. Ada jenis physical dan jenis chemical. Sebab ada orang hairan, kenapa pakai kulit dia jadi lebih "gelap" dan ada orang lain pakai macam tak apa-apa pula?

Banyak produk dipasaran dan formular mengikut kesesuaian penguna. Untuk pemancing "melayu" kulit sawo matang di malaysia, boleh gunakan jenis SPF 30 secara amnya.

Panduan guna dan maklumat labih mendalam akan saya berikan sesi akan datang..jika ada permintaan..


Top
 Profile  
 

PostPosted: 07 May 2007, 18:57 
Offline
Sembilang
Sembilang
User avatar

Joined: 21 Nov 2006, 19:11
Posts: 66
Location: BeePee.Jay
Trima kasih atas penerangan Pak Ngah tu... byk membantu..

sila silakanlah utk memberi penerangan yg lebih mendalam tu.. saya pasti ramai juga yg ingin tahu ni..


Top
 Profile  
 

Re: Panduan Guna Sun Block
PostPosted: 07 May 2007, 19:08 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 20 Dec 2006, 14:08
Posts: 1689
Location: Gombak
Bagaimana pula dgn SPF 50? kulit saya agak terang... adakah sesuai saya gunakan SPF 50?

_________________
Apex (Fir)
apex@kakipancing.net
May your lines be tight and your shakeoffs and breakoffs memorable.


Top
 Profile  
 

SPF 50 untuk kulit terang?
PostPosted: 08 May 2007, 09:11 
Offline
Bilis
Bilis

Joined: 04 Apr 2007, 15:27
Posts: 14
Location: Petaling Jaya
Terima kasih kerana berminat untuk mengetahui .. inshallah saya akan beri bantuan sedaya mampu mengikut ilmu yang ada...

Biasanya khidmat nasihat boleh diperolehi juga dari doktor atau ahli farmasi samada di klinik swasta atau kerajaan. Saya akan beri nasihat secara ringkas untuk pembaca dan ahli kakipancing agar semua mudah faham..

Buat masa ini saya agak sibuk dan berilah saya masa 2-3 hari bagi menyediakan panduan untuk semua member. Nak jawap satu dua pertanyaan, tiada masalah..

Bagi kulit cerah, lebih elok menggunakan SPF yang sekurang-kurang SPF 30 dan ke atas. Perlu ingat, kaedah menyapu dan ketebalan sapuan memainkan peranan penting..jangan main sapu2 je..

Sapuan perlulah dibuat 30minit sebelum badan didedahkan kepada cahaya matahari. Sapulah sedikit-sedikit dahulu (nipis-nipis dulu), ulang sapu untuk 2 ke 3 kali lagi selepas 5-10minit sapuan pertama. Sebaik-baiknya, gunakan sekurang-kurangnya 15gram krim ini setiap kali mengunakannya (sesetehgah orang guna sampai 20-30gram) dan disapu dibahagian-bahagian yang utama yang akan terdedah.

Jika pakaian kita nipis (melainkan pakai jeket), digalak sapu sunblok pada angota tersebut. Ingat, walaupun hari mendung, cahaya UV masih ada... dan UV mampu menembusi ..

Lepas sapu, pastikan umpan tidak tersentuh dengan baki-baki sunblok ditapak tangan, nanti bau kimia mengganggu ikan yang berminat dengan umpan pula..

Suntan, sunscreen atau sunblock adalah nama-nama yang sering diguna. Ada produk yang dapat bertahan kurang 3 jam dan ada yang lebih lama. Tiada yang mampu bertahan lebih dari 12 jam..(seingat saya).

Kalau kita memakai baju pun, ada kemungkinan pancaran UV masih boleh sampai ke kulit! dan jika kita berada di bawah pokok atau teduhan, pancaran UV masih boleh terpantul dari permukaan air laut, pasir atau batu walaupun ianya lebih lemah daripada direct exposure.

Sekian untuk setakat ini..saya akan sambung penerangan saya diruangan ini...


Top
 Profile  
 

PostPosted: 08 May 2007, 12:34 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 20 Dec 2006, 14:08
Posts: 1689
Location: Gombak
terima kasih bro pak ngah. info yg amat berguna pada kami. sabar menanti penerangan yg akan datang.

_________________
Apex (Fir)
apex@kakipancing.net
May your lines be tight and your shakeoffs and breakoffs memorable.


Top
 Profile  
 

Maklumat sebagai ilmu yang member kebaikan..
PostPosted: 08 May 2007, 17:19 
Offline
Bilis
Bilis

Joined: 04 Apr 2007, 15:27
Posts: 14
Location: Petaling Jaya
Maklumat yang saya berikan merujuk kepada banyak sumber-sumber ilmiah perubatan.. ianya diringkaskan agar mudah faham

Dan selagi ada yang bertanya, ianya akan saya jawap.. semoga ilmu dipanjangkan kepada sahabat, kawan... agar semua dapat mengunakan dengan kesan yang dihajati.

Inshallah, saya akan berikan maklumat sunblock yang dijanjikan..

"Know your medicine"


Top
 Profile  
 

PostPosted: 09 May 2007, 00:40 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 02 Feb 2007, 12:08
Posts: 3093
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
TERIMA KASIH DAUN KELADI pada pakngah...

Harap dengan perkongsian ilmu ini akan menjana minda pemancing
agar lebih prihatin dgn tubuh badan sendiri.

Terima kasih sekali lagi.




* Mancing buka baju...paneh wehh.... :D

_________________
octopussy@kakipancing.net \ +6019.3622.494


Top
 Profile  
 

Panduan Menggunakan Sunblock yang betul
PostPosted: 14 May 2007, 23:13 
Offline
Bilis
Bilis

Joined: 04 Apr 2007, 15:27
Posts: 14
Location: Petaling Jaya
Kaki pancing semua..seperti dijanjikan..saya perjelaskan..


Panduan Menggunakan Sun-block, Sunscreen atau Sun Tan
(untuk ahli kaki pancing sahaja. Sila baca label bagi mendapat maklumat produk dibeli yang lebih tepat)

Kulit muka dan tangan pedih dan rasa sakit, muka merah dan kulit menjadi gelap, dan selang beberapa hari ia mengelupas. Tanda-tanda ini adalah kesan sunburn walaupun ianya akan berbeza mengikut individu. Bagaimana ianya berlaku dan apakah sebabnya? Bolehkah kesan ini dihindari? Baca ruangan ini untuk mendapat pengetahuan yang sebenar.

Apa itu cahaya ultraviolet (UV)?
Cahaya matahari terbahagi kepada 3 baris frekuensi, infra-merah, yang boleh dilihat dan ultraviolet. Lapisan ozon bumi, yang menghalang 99% cahaya UV daripada sampai ke bumi, dikatakan semakin nipis dan berlubang yang meningkatkan potensi cahaya UV sampai ke bumi.

Cahaya UV yang sampai ke bumi terbahagi kepada dua jenis, Ultraviolet A (UVA) dan Ultraviolet B (UVB) dimana 99% daripadanya adalah UVA. Walaupun cahaya UV memberi kesan buruk, ia digunakan dalam pelbagai bidang perubatan, contohnya untuk rawatan penyakit kulit manakala UVB membantu pengeluaran vitamin D. Ringkasan seperti jadual 1 berikut:-

Reaksi kulit pada cahaya UV akan berbeza mengikut jumlah cahaya, jenis kulit dan sensitiviti kulit. Walaupun UVA tidak menyebabkan sunburn, tetapi ia mampu menembusi kulit dan merosakkan kolagen, sistem pertahanan badan dan membran sel kulit. Semuanya menyebabkan kulit berkedut, dan proses penuaan yang lebih cepat serta risiko kanser kulit.

Bagaimana reaksi kulit ke atas UV?
Reaksi kulit terhadap cahaya UV berbeza-berbeza mengikut individu, selari dengan sensitiviti kulit, kegelapan warna kulit dan kandungan melanin. Kebiasaannya kulit menjadi gelap dengan mengeluarkan melanin tambahan dalam menyesuaikan pertahanan badan terhadap vahaya UV.

Apa berzanya orang berkulit gelap dan berkulit cerah?
Kandungan Melanin, pigmen semulajadi pada kulit, rambut atau anak mata adalah yang membezakan antara individu yang berkulit gelap (lebih melanin) dengan yang cerah (kurang melanin). Bilamana terdedah kepada matahari, kulit akan mengeluarkan melanin yang akan menyerap dan memantul cahaya UV. Tetapi tidak bermakna orang berkulit gelap tidak akan mendapat sunburn atau kanser kulit. Pada hakikatnya risiko mereka lebih rendah daripada yang berkulit cerah

Benarkah cuaca yang mendung atau berlindung dibawah payung atau pokok masih boleh mendapat sunburn?
Ya, sebab walaupun hari mendung, 80 hingga 88% cahaya UV masih mampu sampai ke bumi. Pasir, batu atau air laut pula mampu membiaskan cahaya UV.

Apa yang dimaksudkan dengan sun block, sunscreen dan suntan?
Secara ammya, nama-nama mereka adalah sama dan sering disebut oleh pengguna. Sebenarnya suntan adalah proses kulit yang menjadi gelap bilamana terdedah kepada matahari. Senscreen dan sunblock adalah jenis-jenis produk yang didapati dipasaran.

Mana satu persediaan sunblock yang paling sesuai untuk saya?
Buat pemilihan mengikut keperluan. Lebih cerah kulit sesaorang, lebih tinggi SPF yang diperlukan. Bagi orang Malaysia, kaum cina perlukan yang SPF lebih tinggi (SPF 30 ke atas) manalaka orang Melayu dan India perlukan SPF yang lebih rendah. (SPF 15 ke atas). Tiada halangan untuk mengguna produk SPF yang lebih tinggi dari yang disyorkan.

Bagaimana sunblock bertindak?
Ian bertindak dengan cara yang berlainan untuk melindungi kulit, mengikut jenis produk, samada memantul atau menyerap cahaya UV.

Apakah maksud SPF dan nombornya?
Ia merujuk kepada Sun Protection Factor (SPF) yang menjelaskan factor perlindungan kepada cahaya matahari. SPF hanya memberikan perlindungan terhadap UVB sahaja (yang menyebabkan sunburn). Di pasaran, nilai SPF yag dijual boleh bermula dari 1 sehingga 60, walaupun tidak semua siri SPF dijual di farmasi di Malaysia
Namun, beberapa bahan telah ditambah seperti zinc oxide, avobenzone atau titanium dioxide dalam sunscreen bagi memberikan perlindungan daripada UVA. Harga dan perlindungan yang diberikan produk-produk ini akan berbeza mengikut kandungan bahan-bahan ini.

Apakah jenis-jenis sunblock dipasaran?
Ada dua jenis yang utama:
§ Jenis kimia: diserap kedalam kulit dan bertindak menyerap cahaya UV dari merosakan lapisan dalaman kulit.
Panggilan umum: Sunscreen
Ciri-ciri: tidak kelihatan sesudah digunakan
SPF bernilai 2 atau lebih tinggi
Kandungan utama: para amino benzoic acid dan sebagainya

§ Jenis fizikal: lapisan nipis yang disapu bagi memantulkan cahaya matahari. Biasanya berwarna (putih)
Panggilan umum: sunblock
Ciri-ciri: akan kelihatan lapisan putih bila digunakan
SPF bernilai 12 atau lebih tinggi
Produk sunblock juga boleh mengandungi campuran kedua-dua
Diatas (Dipanggil broad spectrum suntan)
Kandungan utama: Zinc Oxide, Titanium Dioxide dan sebagainya

Sunscreen lebih popular berbanding sunnblock dan boleh dibeli dalam bentuk krim, lotion atau gel. Ia menyerap UV dan bila sapu, tidak mudah dilihat pada kulit, yang menyebabkan ianya lebih digemari.

Sunblock pula menghalang UV dengan memantulkannya semuala dan akan kelihatan warna putih pada kulit penggunanya. Bagaimanpun, kemajuan teknologi membolehkan sebahagian produk terbaru dipasaran kini tidak lagi bewarna, tetapi harga lebih mahal.

Selamatkah jika digunakan selalu?
Kebanyakannya selamat digunakan, kecuali kepada individu yang mempunyai kulit yang sensitive kepada PABA (para-aminobenzoic acid) atau bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam persediaan sunscreen. Banyak persediaan terbaru kini tidak lagi mempunyai PABA.

Bagaimana boleh diketahui kita mengalami alahan pada sunblock atau sunscreen?
Selepas digunakan, kulit mengalami kegatalan atau meradang (rash), kemungkinan ini adalah tanda-tanda anda mengalami alahan pada produk sunscreen atau sun block.

Biasanya badan akan berpeluh dalam cuaca panas.Perlukah saya menyapu semula?
Kebanyakan sunscreen atau sunblock hanya dapat bertahan untuk kurang daripada 4 jam. Jika badan berpeluh, mandi atau terkena hujan adalah digalakan untuk memakai semula selepas 2-3 jam.

Bagiamana cara menggunakan dengan betul?
Teknik sapuan dan kaedah penggunaannya memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna memperolehi perlindungan yang diperlukan.

Ia bergantung kepada 2 faktor utama:
Jenis kulit dan tempoh masa akan terdedah kepada cahaya matahari
Pastikan kulit kita kering sebelum disapu. Jika ada kulit yang melecet, kudis atau luka, tutup lapisan berkenaan dengan plaster atau kapas yang sesuai.

Aplikasi yang tidak betul tidak akan memberikan perlindungan daripada UV. Sapu antara 15 hingga 30minit sebelum aktiviti luar bermula, gunakan sekurang-kurangnya 30ml setiap kali sapuan dan sebaiknya disapu semula selepas 2-3 jam. Sapuan perlulah rata, menyeluruh dan kenakan sedikit tekanan pada kulit sewaktu menyapu sunblock atau sunscreen. Elok juga jika sapuan dibuat nipis-nipis dan diulangi 2-3 kali bagi mendapat perlindungan menyeluruh.

Walaupun ada produk baru dipasaran yang dikatakan mampu memanjangkan tempoh perlindungan sehingga 4-6 jam, ianya lebih mahal dan keberkesananya masih dipertikaikan.

Panduan memakai-mengikut turutan:
Mulakan dengan sapuan dimuka (termasuk hidung, bibir, telinga dan dagu) serta tengkuk
Tangan dan bahu
Bahagian depan dan belakang badan (memerlukan rakan untuk membantu)
Keseluruhan kaki dan termasuk bahagian atas tapak kaki

Berapa lama kesan boleh bertahan?
Biasanya mampu bertahan untuk 2-3 jam sebelum perlu disapu semula.

Saya ingin berenang, bolehkan saya guna sunblock?
Boleh, tetapi perlu memilih jenis water resistant. Ia dapat bertahan untuk sekurang-kurangnya 40 minit hingga 80mnit selepas berenang sebelum perlu disapu semula.

Untuk perlindungan terbaik, selain memakai sunblock, apakah lagi panduan bagi mengelak kesan UV?
Pakai topi, cermin mata sunglass, dan berpakaian yang lengkap. Malaysia beriklim tropika dan menerima cahaya matahari yang banyak. Elakkan waktu 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang kerana dikatakan puncak cahaya matahari memancar.

Bagaimana mencuci baki sunblock di badan?
Mudah dan senang. Hanya cuci dengan air dan sabun, dan sebaiknya bilas dengan air tawar. Walaupun bau kimia masih ada, usahlah dirisaukan dan bau akan lenyap sebaik memakai haruman atau ulang mandi.

(Maklumat yang diberikan adalah secara percuma, tanpa prasangka, berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber rujukan dan sisipan pada produk terlibat. Maklumat dan panduan ini mungkin akan berbeza antara ahli-ahli profesional lain dan semua ini adalah seni kepelbagaian dalam penggunaannya. Pengguna dinasihatkan untuk membaca label produk bagi mendapatkan maklumat lebih jelas)


Top
 Profile  
 

PostPosted: 14 May 2007, 23:46 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 20 Dec 2006, 14:08
Posts: 1689
Location: Gombak
Terima Kasih pak ngah. penerangan yg amat jelas & cukup berguna utk pemancing2 sekalian. thank u very much. 8)

_________________
Apex (Fir)
apex@kakipancing.net
May your lines be tight and your shakeoffs and breakoffs memorable.


Top
 Profile  
 

Cara Penggunaan subblock
PostPosted: 15 May 2007, 00:46 
Offline
Bilis
Bilis

Joined: 04 Apr 2007, 15:27
Posts: 14
Location: Petaling Jaya
Maklumat diberikan secara teliti dan sederhana mendalam je. Tak nak nanti ada member kakipancing salah membeli dan menyapu...tak dapat apa-apa kesan. Duit habis, badan dapat sunburn! Nak beri ringkas-ringkas, takut tak faham pula.

Jika ada pertanyaan lanjut, sila usulkan..jika bidang farmasi saya tahulah, tetapi bab ilmu pancing, saya mesti cari member yang arif lagi bijak..nak belajar bro....


Top
 Profile  
 

Display posts from previous:  Sort by  

Post new topic Reply to topic  [ 24 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to:  



Top Fishing Websites at TopFishingSites.Com