All times are UTC + 8 hours




Post new topic Reply to topic  [ 34 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4  Next
  Print view

Binatang Berbisa / Liar - Menghadapi gangguannya
Author Message
PostPosted: 06 Jul 2009, 13:28 
Offline
Alu-alu
Alu-alu

Joined: 17 Mar 2009, 13:21
Posts: 550
Location: skudai, muar,skudai
sedang kita seronok2 memancen dan ikan tengah frenzy (org putih cakaplah) org melayu cakap ikan tengah galah mengetu umpan... tiba2 terpandang binatang liar/berbisa seperti ular ke... tabuan ke.. apa yang anda buat... (la ni mancen belum kena lagi sekadar nak share pengalaman)


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 13:55 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 29 Jan 2007, 17:39
Posts: 4125
Location: Roaming Via Satellite
lariiiiiiiii......


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 13:57 
Offline
Alu-alu
Alu-alu

Joined: 17 Mar 2009, 13:21
Posts: 550
Location: skudai, muar,skudai
aliputat wrote:
lariiiiiiiii......


kalau tebuan... lebah ke... mana mahu lari.....


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 15:05 
Offline
Bilis
Bilis
User avatar

Joined: 07 Apr 2008, 09:32
Posts: 39
Location: PUTRAJAYA
terjun dlm air la..... apalagi.....he..hee


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 15:08 
Offline
Alu-alu
Alu-alu

Joined: 17 Mar 2009, 13:21
Posts: 550
Location: skudai, muar,skudai
aku teringat 4-5 bulan dulu ada pemancen ke serang ngan tebuan.... kalau tak silap ada yg meninggal ....ngeri juga.... aku punya kdn 3 - 4 minggu tak kasi aku keluar mancen.......


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 16:12 
Offline
Gelama
Gelama

Joined: 17 Dec 2007, 16:20
Posts: 174
Location: batu pahat johor
trus tadah tangan dan berdoa..''Ya Allah jauhkan aku dari segala bahaya''..cabutttttlaa


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 16:14 
Offline
Alu-alu
Alu-alu

Joined: 17 Mar 2009, 13:21
Posts: 550
Location: skudai, muar,skudai
bila membacanya nak tergelak pun ada.. nak marah pun ada.... macam2 rasa ada...


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 16:32 
Offline
Moderator
Moderator
User avatar

Joined: 10 Oct 2006, 11:44
Posts: 5788
Location: Selangor kekadang Dungun.
tebuan tanah tu... 7 liang cukup... memang padam.... tapi kalau dlm situasi memancing... care paling elong memang kecebur aje dlm air... dan timbul jauh sket dari situ... dapatkan rawatan secepat mungkin...


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 22:11 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 02 Feb 2007, 12:08
Posts: 3093
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
Salam,

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Jadi kesimpulannya, kita haruslah 'be extra careful' supaya kita tidak menempuh
bahaya sebegini. Siapkan diri dengan alatan keselamatan seperti alatan perubatan
bantuan awal spt First Aid Kit. ( Itu kemudian ).

Sebelum memancing di tebing2 sungai, cuba pastikan kita tidak berada pada laluan
ular, lipan, harimau dll. Bagaimana untuk pastikan?..
Agak sukar sebenarnya nak 'nampak' laluan-laluan binatang2 ini. Antaranya
kalau harimau, kita akan nampak seakan denai yg kecil atau ada lorong kecil
antara semak tepian sungai. Memang susah nak nampak kecuali ada pengalaman.
Manakala tapak2 kaki binatang2 ini membantu kita mengelak memancing di situ.
( tapak harimau belang, harimau kumbang, gajah, buaya, dll.)

Bagi tebuan tanah, mereka gemar berada pada kawasan lembah yang lembab.
Habitat mereka didalam tanah ( terkadang dalam laluan denai yang kita berjalan).
Apabila kita terpijak sarang, mereka akan keluar menyerang. Antara cara yang
baik adalah terus berlari sejauh mungkin kerana Tebuan Tanah ini tidak akan
mengejar sejauh yang melebihi dalam jarak jajahan sarang mereka. ( anggaran
lebih kurang 50 meter radius ). Ini berdasarkan pengalaman saya di Gunung Tahan
pada tahun 1996. (Saya menerima 4 gigitan dari tebuan. Kemudian mountain guide
mengeluarkan lendir/bisa berwarna kuning pada setiap lubang gigitan. 3 biji painkiller
saya ambil dan meneruskan perjalanan ke puncak Tahan )

Image
Imej Tebuan Tanah di Malaysia

Tebuan tanah tidak seperti saudara mereka iaitu Tebuan Afrika dan Tebuan Pembunuh
( Killer Bees ). Tebuan Afrika didapati pernah mengejar mangsa sehingga beratus meter.

Image
Africanized Killer Bees

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

INI ADALAH ARTIKEL DARI :
Terbitan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, 11800. 04-6570099 Fax 04-6568417


Lebah membawa maut!

Serangga dari jenis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya boleh menyebabkan tindakbalas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut. Kebelakangan ini terdapat beberapa laporan akhbar tentang kejadian serangan lebah yang telah meragut beberapa nyawa.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Serangga ini adalah jenis serangga dari kumpulan himenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung racun di segmen hujung badannya. Semasa menyengat, ia meninggalkan kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya. Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan pada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.

Bahan beracun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerakbalas bedan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan. Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong di mana reaksi ini boleh menyempitkan saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.

Reaksi alahan ini menjadi ketara antara 30 minit hingga 24 jam selepas disengat. Reaksi luar biasa ini hanya terhasil daripada pembebasan bahan kimia yang dapat menghasilkan kejutan (penurunan tekanan darah), penyempitan sistem pernafasan, ruam menyeluruh dan bengkak pada saluran darah. Ini membuatkan pesakit merasakan sesak nafas, tidak sedarkan diri atau boleh menyebabkan maut. Reaksi ini biasanya dialami pada mangsa alah yang pernah disengat oleh tebuan atau lebah.

Reaksi anafilaksis, walaupun ringan (hanya ruam, lecur dan tidak mengancam nyawa) masih perlu dirawat di hospital atau klinik. Reaksi anafilaksis selalunya berlaku selepas badan menjadi peka (sensitisasi) apabila sedikit alergen terkandung pada racun yang masuk ke dalam tubuh mangsa menghasilkan reaksi pada sel-sel sistem pertahanan badan. Ini menjadikan sistem pertahanan lebih peka (hipersensitif) kepada bahan tersebut apabila didedahkan seterusnya.

Selalunya sengatan pertama atau sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mangsa kerana ia tidak menghasilkan kesan yang ketara selain daripada reaksi setempat. Keupayaan hipersensitiviti hasil dari sengatan sensitisasi boleh bertahan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun.

Apakah langkah-langkah kecemasan yang perlu dilakukan?

1. Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga. Apabila bekerja diluar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut.
2. Pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni akan menarik perhatian serangga himenoptera.
3. Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.
4. Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini juga akan menarik perhatian serangga himenoptera.

Apabila mengalami serangan tebuan pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik dari pergerakan cepat untuk melarikan diri atau cubaan untuk membunuh serangga tersebut.

Diterbitkan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia, 11800. 04-6570099 Fax 04-6568417


Bersambung..


Top
 Profile  
 

Re: Binatang Berbisa/liar
PostPosted: 06 Jul 2009, 22:23 
Offline
Administrator II
Administrator II
User avatar

Joined: 02 Feb 2007, 12:08
Posts: 3093
Location: Kuala Lumpur, Malaysia
TIPS MENGENAI SPESIS ULAR & PANDUAN KESELAMATAN
( Salinan dari laman > http://mustafatan.multiply.com < Terima kasih. )

1. AM
"Information is the best friend of prevention"
- John Ashcroft, Attorney General of United States
(1)Source: Feds Anti-Terrorist Databases, Associated Press April 11, 2002

Ular merupakan sejenis haiwan pemangsa yang amat di geruni, ini kerana patukan ular amat berbisa dan boleh membawa maut
jika tidak di tangani dengan secepat dan sebaik mungkin. Namun begitu, cuma satu peratus kematian di catatkan akibat
patukan daripada ular yang berbisa. Merujuk daripada buku TEKNIK IKHTIAR HIDUP, karya Mejar (B) Mohd.Yusuf Abdullah,
terdapat 37 speisis ular berbisa daripada 141 speisis ular-ular yang terdapat di Malaysia. Dari jumlah 37 itu, 16 speisis dari
ular darat dan 21 speisis drp keluarga ular air. Walaupun secara amnya ular-ular speisis ini hanya menyerang jika ianya
terancam, tetapi terdapat speisis ular yang menyerang tanpa apa-apa sebab seperti bushmaster atau mamba (rujukan: The Survival
Handbook; Peter Darman - Headline Publisher)(2)

2. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

" To us, deterrence is the best posture to adopt given the strategic uncertainties in the region and beyond "
- Dato' Seri Najib Tun Razak (Malaysia Minister of Defense)
(3)Source: Asian Defense Journal, June 1995

Ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan serangan ular, antaranya tips keselamatan British
SAS.
1. Berhati-hati ketika melangkah, ular selalunya menyerang apabila seseorang memijak badannya secara tidak sengaja
2. Jangan menghampiri,cuba memegang atau bermain-main dengan ular yang kita temui
3. Jika mengalih batu atau kayu reput, gunakan kayu atau galah dan bukan menggunakan tangan
4. memakai kasut atau but yang tebal, 78% gigitan ular ialah di bahagian bawah kaki.
5. Sentiasa memeriksa kawasan perkhemahan, tepat tidur, sleeping bag, kasut, stokin dan beg untuk mengelakkan ular
bersembunyi di situ
6. Jika terserempak dengan ular, BERTENANG dan berundur perlahan-lahan ke belakang
7. Jika mahu membunuh ular tersebut, pastikan menggunakan kayu panjang dan memukul ke arah kepalanya, AWAS, ular
yang cedera lebih merbahaya dari ular-ular normal yang lain, oleh itu pastikan ular yang dibunuh itu betul-betul mati.

selain itu beberapa lagi langkah yang perlu diambil bagi menangani serangan ular
1. Periksa kawasan sekitar sebelum anda mengambil sesuatu drp tanah
2. Perhatikan dahan-dahan kayu yang rendah. ualr amat menyukai kawasan tersebut kerana ia boleh mematuk mangsanya
dengan hanya berjuntai di ranting kayu.
3. Sentiasa membawa senjata tajam seperti parang ataupun pisau
4. Bergerak secara berkumpulan kerana ianya dapat membantu jika salah seorang drp mereka di serang atau di patuk ular
5. Baca apa sahaja maklumat atau panduan mengenai ular. Ia berguna untuk panduan sekiranya anda berada di kawasan yang
terdapat haiwan ini.
6. Elakkan berenang atau mandi di kawasan air yang keruh.
7. Gunakan belerang untuk menghalau kehadiran ular di tapak perkhemahan
8. Bagi tujuan keselamatan, semua spesis ular hendaklah di anggap berbisa


3. JENIS-JENIS ULAR di MALAYSIA

"............ is like nuclear warfare. There are no winners, only survivors."
- Frank Gifford, NY Giants halfback
Secara amnya ular-ular berbisa di negara ini bolehlah dikelas kan kepada empat jenis, iaitu:

1. Ular Tedung
Ia merupakan sejenis ular yang amat berbisa. Sifatnya pula boleh mengembangkan bahagian kepalanya seperti senduk.Beberapa jenis ular tedung
yang diketahui seperti
a) Tedung Selar (Naja hannah)
b) Tedung Senduk (Naja tripudians)
c) Tedung Abu (Naja bungarus)
d) Tedung tikus
Sifat fizikal ular tedung ini ialah bewarna hitam atau perang kekuning-kuningan bagi tedung selar. Di antaranya, tedung selar dikenali sebagai spesis yang
amat agresiff kerana gemar mengejar mangsanya

2. Ular Katam Tebu

Ia juga dikenali sebagai Malayan Pit Viper. Sifat fizikalnya berwarna belang-belang hitam dan merah, bersaiz 2 hingga 3 kaki. Banyak terdapat di sekitar
kawasan kebun getah atau kelapa sawit

3. Ular Kapak
Ianya boleh dikenalpasti melalui bentuk kepalanya yang tigasegi. Ular Kapak selalu ditemui di kawasan tanah pamah ataupun pergunungan. Spesis ini boleh
menjangkau panjangnya sehingga satu meter, sementara warna badannya agak pelbagai seperti keseluruhan hijau atau hijau bertompok putih atau
campuran hijau, hitam dan kuning. Juga terdapat di kawasan paya bakau dan kawasan berdahan rendah.

4. Ular laut
Ular spesis ini gemar mendiami kawasan pantai dan juga perairan dalam. Selalunya spesis ini mempunyai ekor yang pipih bagi memudahkan mereka untuk berenang.
Ular laut ini di kenali sebagai spesis ular yanf amat berbisa seperti ular belerang (Pelamis Platurus)

4. TANDA-TANDA PATUKAN ULAR BERBISA

"There is never enough time to do everything that needs to be done, but there's always enough time to do what is important"
- Brian Tracy

Secara umumnya tanda-tanda patukan ular daripada jenis berbisa adalah seperti berikut:
1. Terdapat dua lubang taring di bahagian hadapan bekas gigitan pada tempat yang di patuk
2. Mangsa berasa sakit pada bahagian yang dipatuk
3. Terdapat tanda berwarna kebiru-biruan atau kehijauan pada bahagian yang di patuk
4. Tekak mangsa berasa kering dan loya-loya
5. Penglihatan mangsa menjadi kabur

5. RAWATAN BANTU MULA @ First Aid

" Everything goes wrong every minute. What you do is fix it."
- Lt. General Gus Pagonis, chief of logistic for General H. Norman Schwarzkoft in Persian Gulf war.

1. Rehatkan mangsa serta tenangkannya, bersihkan kawasan patukan dengan air.

2. Peralatan mangsa hendaklah di tanggalkan.

3. Picit bahagian patukan hingga darah dan bisa keluar.

4. Letakkan bahagian patukan di bawah paras jantungnya. Ini adalah sebagai langkah untuk menyekat pengaliran bisa ular.

5. Sekat pengaliran bisa tersebut dengan mengikat kawasan yang terbabit dengan kain atau tali, tetapi pastikan tidak menyekat
peredaran darah mangsa. Teknik "Tourniquet" ini hendaklah dilonggarkan selama kira-kira seminit bagi setiap sepuluh minit.
tetapi jangan melebihi lapan jam. JANGAN gunakan cara ini pada mangsa patukan ular kapak @viper.

6. lalukan kawasan terbabit dengan air garam, tetapi jangan sapukan garam terus ke tempat patukkan

7 JANGAN cuba melukakan dan menyedut kawasan patukan untuk memgeluarkan bisa, gunakan alatan yang sesuai

8. Usahakan secepat mungkin untuk menghantar mangsa ke hospital yang terdekat.




Pls visit the below sites for more info.

http://www.tanngethong.com/index.htm

http://www.naturemalaysia.com/snake-bites.htm

http://www.theoutdoorlodge.com/survival ... s_six.html


Harap dapat membantu kawan2 semua supaya lebih berhati-hati.
InsyaAllah, doa, usaha dan tawakal adalah jalan terbaik dari hanya
berdiam diri.

Sekian.
Cheerio! 8)


Top
 Profile  
 

Display posts from previous:  Sort by  

Post new topic Reply to topic  [ 34 posts ]  Go to page 1, 2, 3, 4  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum

Jump to:  



Top Fishing Websites at TopFishingSites.Com